Showing posts with label Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

Seperti yg telah dikatakan, Jalannya masih panjang dan menyulitkan..

Perak: Speaker lwn Speaker - Pusingan 2
May 15, 09 12:34pm Malaysiakini.com

Krisis politik di Perak kini beralih ke mahkamah berhubung kerusi Speaker di mana Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar memohon dua perintah mahkamah berhubung penggantiannya bagi jawatan tersebut.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.

Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.

Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya. Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.

Komen: Telah ada komen tentang ini sebelum ini betapa jalan masih jauh dan menyulitkan untuk kedua-dua pihak. Saman menyaman dan lepas satu kes kepada satu kes yang lain akan dibawa ke Mahkamah. Adalah tidak mengejutkan jika kes ini semua hanya selesai pada 2012 sebaik sahaja pilihanraya ke 13 akan diadakan dan DUN pun terpaksa dibubarkan selari dengan DUN yang lain di negara ini. Siva mempunyai asas kerana dijatuhkan secara samseng koboi. Ganesan juga ada asas kerana mendakwa Siva punyai interest dan selayaknya timbalan speaker yang mengadakan sidang. Bagaimanapun terlalu banyak perkara bersifat teknikal yang boleh dipersoal. Apakah sidang sudah dimulakan ketika Siva dijatuhkan? Tidak kah Sidang hanya mula selepas ucapan diraja? Bolehkah ditukarkan speaker secara seperti itu tanpa prosedur yang lazim dibuat? Jika keputusan mahkamah tinggi kekal bahawa Datuk Seri Nizar memang MB yang sah, apakah sidang 'koboi' itu sah, memandangkan di situlah speaker ditukar?.. dan ada bermacam lagi yang boleh dibangkitkan. Memang kita kena menunggu lama nampaknya. Malanglah orang ramai yang sedang menunggu atau mengharap sesuatu dari kerajaan negeri ini, seperti yang memohon kontrak, tender, jual beli tanah dan sebagainya yang memerlukan kelulusan eksekutif negeri. Bubar DUN memang merupakan jalan keluar tebaik seperti yang sudah dicadang oleh pelbagai pihak,.. namun pihak berkepentingan hanya memikirkan jangan kepentingan pihak lain mendapat untung... kepentingan dia sahaja yang perlu dipelihara. Orang ramai nampaknya yang paling tidak pernah dilihat penting dalam kes ini.

Wednesday, April 15, 2009

Bright Rising Star of Nizar

Nizar’s star shines bright in PAS
By Shannon Teoh, The Malaysian Insiders, Thursday April 16 2009

KUALA LUMPUR, April 16 — Just how much has Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin's profile grown in the past 13 months? He was a relative unknown on March 17, 2008, when he was appointed Perak mentri besar.

Today, he is PAS's rising star and a symbol of its possible future where the stigma of Islamic extremism no longer retards its political ambitions.

At the time of writing, the new Bukit Gantang MP has collected vice-presidential nominations for the June party polls from all three divisions that have had their general meetings so far.

The Feb 5 toppling of his government, which has led to a gripping constitutional crisis, has paved the way to a paradigm shift within the party, that for decades, suffered under the perception of Islamic extremism, rendering it "unelectable" to non-Muslims, in the words of research chief Dr Dzulkefly Ahmad.

Dogged by the constant controversy over its espousal of hudud, which prescribes punishments such as amputation of limbs for offences like robbery, and an Islamic theocratic state, Nizar's overwhelming popularity with non-Malays due to his moderate and inclusive stance may further open the floodgates for PAS if he is elected into the vice-presidency.

With the startling success of Nizar in sweeping the non-Malay — 85 per cent of Chinese in the state constituency of Kuala Sepetang voted for Nizar — votes in the April 7 Bukit Gantang polls, PAS now has a clear path from being a Malay belt party, to a truly national and mainstream one.

But whether it chooses to embark on this journey is a question that will only be answered in the June muktamar in Shah Alam.

Observers have long spoken of two main factions existing within the party. The side supporting closer ties with Umno, led by president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, are labelled the ulama faction, while those who support Datuk Seri Anwar Ibrahim are tagged the Erdogans because of the opposition leader’s close ties with the Turkish leader.

The former is synonymous with a more conservative Malay Muslim view of the party's objectives while the Erdogans, who have the blessing of spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat, believe that Islamic principles can complement an equitable multicultural society.

Nizar, although not a member of any faction, clearly shares the sort of moderate views espoused by the Erdogans.

When contacted by The Malaysian Insider, he said that he has not thought about the possibility of contesting for one of the three vice-president posts but should nominations continue to stream in, admitted that he "will have to consider contesting."

Modest, as usual, Nizar preferred to analyse circumstances as an "opportunity for PAS's true colours to emerge" and with Erdogan man Datuk Husam Musa set to take the step up from vice-president to deputy president, the post-June Islamist party could very well be the sort of partner that PKR and DAP can finally be comfortable with.

Husam has so far been reluctant to signal any intent to contest for the No. 2 post but it is understood that like Nizar, he will respect the party's wishes if it decides to push for his candidacy.

Dzulkefly told The Malaysian Insider that he is confident that the party is beginning to take a more pragmatic view of how the party should operate, and step away from pure dogmatism that has in the past stopped it from making the sort of inroads with non-Muslims that it has managed to make in the past year or so.

"Of several candidates considered for Bukit Gantang, eventually Nizar was chosen as he was the most 'winnable' despite our studies showing there would be a reduction of Malay support. But the party understood that what was important was to win, so the party is now able to conceptualise its priorities differently," he said.

Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham, who was Nizar's No. 2 in his 11-month-old administration, told The Malaysian Insider that PAS's inclusive policies, if continued and affirmed, would create greater cooperation within Pakatan Rakyat.

"For PAS to be a national party, it must continue with its open attitude," he said, adding that it would quash what he calls Umno's demonisation of PAS as a party of extreme ulamas (religious scholars).

Ngeh's hopes may soon be realised as Nizar's candidacy as vice-president is not the only brow-raising trend in the nominations so far.

While it is accepted that Hadi will retain the presidency uncontested, it appears that his deputy Nasharuddin Mat Isa has not impressed the grassroots.

Out of the three divisions, the ulama leader has only received one nomination, the same as Husam. But with heartland Malay division Temerloh nominating Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak instead, Nasharuddin could be in trouble.

Indeed, developments so far will give PAS's Pakatan Rakyat partners some joy. Besides Husam's candidacy for No. 2, the favourites for vice-president are dominated by more moderate voices such as Youth chief Salahuddin Ayub, firebrand vice-president Mohamad Sabu and Nizar.
For those who feel that a strong Pakatan Rakyat is crucial for the political future of Malaysia, the PAS muktamar, and not last month's Umno general assembly, may well be the highlight milestone for 2009.

Comment: I totally agree with this view. He is a bright rising leader of PAS and Pakatan. Anwar is considered as chief of Pakatan and he is responsible to mend the opposition parties, to bring together PAS and DAP. Without him those two will continue quarrel and will never sit together, let alone to plan any political move or take over of government. Observers always say Pakatan Rakyat is only temporal cliche in Malaysian politics..., what happen after Anwar? Who can lock DAP and PAS together in the post-Anwar period? Definitely Not Lim Kit Siang or Haji Hadi. Tuan Guru Nik Aziz too will be difficult for DAP members to accept as the Pakatan leader. They want somebody liberal enough but at the same time acceptable to PAS members. PKR also need somebody moderate in policies and protect the fundamental agreement of the social contract. Nizar is well liked by all races in the Pakatan and I would say he is the answer. Time will tell...

Monday, April 13, 2009

Projeksi Politik Malaysia 2012-2013

Pilihan raya Bukit Gantang bukti BN dapat banyak undi Melayu
Berita Harian Isnin 13 April


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir, berkata Pas tidak boleh mendabik dada mendakwa Pakatan Rakyat mendapat sokongan sebahagian besar orang Melayu walaupun parti itu menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, minggu lalu.

Beliau berkata, kemenangan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian kerana mendapat sokongan pengundi Cina yang terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah Pas dan DAP. Katanya, sebelum pilihan raya itu, Mohammad Nizar dalam temu bual dengan sebuah akhbar mendakwa mendapat sokongan 70 peratus pengundi Melayu dan mempunyai kelebihan berbanding BN serta Umno dan bukan boneka kepada DAP termasuk ketika menjadi Menteri Besar Perak.

"Mereka menyatakan Pas bukan boneka DAP kerana mendapat sokongan Melayu. Namun, selepas keputusan diumumkan, terbukti BN dan Umno mendapat lebih banyak sokongan pengundi Melayu. Pas hanya mendapat 42 peratus undi Melayu, menurun daripada 47 peratus." Sokongan besar yang diperoleh di kawasan pengundi Cina membuktikan Pas dijadikan boneka oleh DAP.

Pengundi Cina memilih calon Pas kerana menyokong DAP yang mempunyai 17 kerusi dalam DUN Perak selepas seorang wakilnya menjadi Adun bebas," katanya dalam temu bual dengan Berita Harian, di sini semalam. Dr Zambry juga menafikan dakwaan Pas, keputusan itu menunjukkan rakyat tidak bersetuju dengan cara BN mengambil alih kerajaan Perak pada awal Februari lalu.

Beliau berkata, apa yang sebenarnya berlaku ialah cara Pakatan Rakyat membohongi rakyat dengan memberi gambaran seolah-olah BN melakukan rampasan kuasa secara tidak sah sehingga ia terpahat dalam pemikiran mereka. Katanya, apa yang sebenarnya berlaku ialah BN menguasai kerajaan mengikut peraturan dan Perlembagaan negeri selepas mendapat majoriti dalam DUN tanpa membelakangkan undang-undang. "Mereka memberi gambaran sehingga rakyat menyatakan ia benar-benar rampasan kuasa tanpa melihat proses itu dilakukan mengikut undang-undang.

Dulu, selepas pilihan raya umum, walaupun BN parti tunggal mendapat 28 kerusi DUN, kita merelakan mereka membentuk kerajaan secara pakatan beberapa parti. "Kita mengambil kira budi bicara Tuanku (Sultan Perak) yang memperkenankan pembentukan kerajaan pada ketika itu. Kini apabila tiba giliran kita mendapat sokongan daripada tiga Adun bebas sehingga ada majoriti 31 kerusi, mereka menipu rakyat dengan menyatakan tindakan kita salah," katanya.

Komen: Seyogia keputusan pilihanraya Bukit Gantang tidak dilihat terpisah dengan pilihanraya lain dan trend politik Malaysia keseluruhannya kini. Tinjauan yang dibuat memperlihatkan keadaan yang sama berlaku di Bukit Selambau, Kuala Trengganu dan Permatang Pauh. Pengundi bukan Melayu sudah semakin jauh dari BN. BN pula harus memerhati perkara ini dengan penuh teliti. Apa yang menyebabkan pengundi bukan Melayu begitu kecewa dan lari dari BN. Apa pula yang menarik perhatian mereka untuk beralih arah kepada Pakatan. Tentu ada yang boleh menjelaskan. Dr. Zambry mendakwa kempen Pakatan yang memutarbelit isu kemelut politik Perak menyebabkan mereka lari. Rasanya tidak semudah itu. Bukit Selambau terpisah dari kemelut Politik Perak, penduduk Cina dan India juga lari, apa lagi di Kuala Trengganu. Pembedahan serius harus dilakukan untuk memahami perkara ini oleh BN. Undi Melayu yang berpecah dua itu yang berjaya diperoleh oleh calon BN. Itu pun dengan pelbagai kelebihan jentera, perbelanjaan, bantuan pusat dan kepimpinan tertinggi yang membolehkan pemerolehan tersebut. Jika persaingan 'fair and square' ... sudah tentu keputusannya lagi berbeza. Projeksi pilihanraya umum 2012 atau 2013 boleh dibayangkan kini. Kepimpinan pula BN terus berusaha menambat hati orang ramai dengan pelbagai projek pembangunan baru... semalam pengumuman pembangunan askar wataniah ingin ditingkatkan demi "keselamatan negara".... amat menarik.. kan? sila lah singgah ke sini..

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Bukit Gantang Umpama Suara Rakyat Perak dlm Krisis Negeri

Rakyat belum maafkan BN
Apr 7, 09 10:10pm Malaysiakini.com

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak. Ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu. Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.

Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu. Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu. Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi. Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.

Sementara calon PKR S Manikumar yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah. Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi.

Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi. Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi. Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan.

Komen: Banyak persoalan boleh ditimbulkan dari keputusan pilihanraya itu. Antaranya: 1.Walaupun tidak disenangi oleh BN ia tetap dilihat sebagai referendum atau endorsement terhadap kepimpinan baru dalam pemerintahan oleh pengundi.. Bagaimana BN menangani penolakan ini? 2. Dlm kedudukan semakin tersepit BN harus memikirkan jalan keluar kepada kepada kedudukan ini..atau apakah era BN memang menjelang kepupusan? 3. Ketewasan 3 pilihanraya kecil selepas PRU12 (kecuali Batang Ai) secara jelas mendesak kepimpinan BN memikirkan dengan serius apakah yang orang ramai mahukan sekarang...? Bagaimana pula projeksi PRU 13 kelak..? Baru kembali dari pemerhatian di prk Bukit Selambau dan Bukit Gantang.... agak lama blog terbiar...

Sunday, March 29, 2009

Habis di PWTC berpusu-pusu ke Bukit Gantang..

Perubahan Umno 'tiada kesan' di Bkt Gantang
Ali Bukhari Amir Mar 29, 09 2:17pm MALAYSIAKINI

Perubahan kepemimpinan dalam Umno kepada Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan memberi kesan kepada pengundi parlimen Bukit Gantang, kata dua pengamat politik.

Pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata peralihan kuasa itu - dan juga pertemuan mengejut mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - semalam hanya meredakan pergolakan dalaman parti itu.


Beliau, yang turut meninjau perkembangan di kawasan parlimen itu hari ini, berkata masyarakat dan pengundi belum tentu mengubah tanggapan mereka sebelum ini terhadap kerajaan. "Sengketa Dr Mahathir-Abdullah itu adalah pergolakan dalaman parti, sedangkan pilihan raya kecil membabitkan parti-parti politik yang berbeza pendirian. "Jadi, saya tidak fikir perdamaian itu akan mempengaruhi keputusan pengundi," katanya kepada Malaysiakini.

Seorang lagi pensyarah sains politik UKM, Dr Mohammad Agus Yusoff juga mempunyai pendapat yang sama - perubahan Umno itu tidak akan memberikan kesan kepada pengundi Melayu di kerusi tersebut. "Ia tidak memberi kesan segera kepada para pengundi Melayu dan pengundi muda. Jadi, saya tidak dapat memberikan komen berhubung hal itu. "Yang penting, biarlah pilihanraya kecil itu berlangsung terlebih dahulu dan barulah kita tahu apa kesan selanjutnya," katanya, sambil menegaskan bahawa dalam politik, tiada musuh yang kekal.

Perdamaian Abdullah-Dr Mahathir itu yang disifatkan langkah positif kepada Umno, tambah Dr Mohammad Agus, ahli-ahli Umno bermungkinan lebih bersemangat mendepani pilihanraya itu. "Tapi, bukankah semua itu hanya sekadar sentimen," kata beliau. "Ia bukan ukuran yang tepat (untuk menunjukkan Umno akan menang)." Pilihanraya kecil Bukit Gantang yang bermula hari ini menyaksikan persaingan sengit calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan calon BN Ismail Safian yang dianggap "referendum" terhadap Najib dan menteri besar Pakatan Rakyat itu. Ia dimeriahkan lagi dengan kehadiran calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Sementara itu, mengulas pilihanraya kecil Bukit Selambau, Dr Ahmad Nidzamuddin berkata kemenangan presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu bagi penggal tidak memberikan kesan kerana pengundi Melayu memainkan peranan penentu di kerusi DUN itu."Pelantikan (kembali) Samy Vellu tidak memberi apa-apa kesan ke atas pilihanraya di sana kerana di situ ramai pengundi Melayu. "Pengundi Melayu yang akan menentukan keputusannya nanti," katanya. Calon MIc Datuk S Ganesan menggalas cabaran BN bagi berdepan dengan muka baru PKR S Manikumar bersama 13 calon bebas - menjadikan pilihanraya kecil ini merekodkan sejarah paling ramai di Malaysia.

Komen: Baru kembali dari tinjauan 1 di Bukit Gantang. Minggu hadapan akan naik sekali lagi dan akan terus ke Bukit Selambau juga. Hingga kini kelihatan PAS lebih mendahului dari sudut kegiatan, jentera, poster, bendera, kehadiran kepimpinan pusat dan sebagainya. Bilik gerakan BN atau UMNO masih banyak yang terbiar kosong... mungkin selepas penamaan calon tadi baru mereka bertindak lebih aktif. Tinjauan dengan penduduk juga kelihatan berat sebelah. Penyokong fanatik juga kelihatan di sini dengan kata-kata yang agak kesat ditujukan kepada pihak lawan. Pasukan polis yang berjaga-jaga kelihatan amat besar ketumbukannya seolah-olah Bukit Gantang hendak berperang!!! Tuan-tuan pegawai polis yang berkuasa... ini hanya pilihanraya kecil.