Thursday, May 14, 2009

Seperti yg telah dikatakan, Jalannya masih panjang dan menyulitkan..

Perak: Speaker lwn Speaker - Pusingan 2
May 15, 09 12:34pm Malaysiakini.com

Krisis politik di Perak kini beralih ke mahkamah berhubung kerusi Speaker di mana Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar memohon dua perintah mahkamah berhubung penggantiannya bagi jawatan tersebut.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.

Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.

Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya. Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.

Komen: Telah ada komen tentang ini sebelum ini betapa jalan masih jauh dan menyulitkan untuk kedua-dua pihak. Saman menyaman dan lepas satu kes kepada satu kes yang lain akan dibawa ke Mahkamah. Adalah tidak mengejutkan jika kes ini semua hanya selesai pada 2012 sebaik sahaja pilihanraya ke 13 akan diadakan dan DUN pun terpaksa dibubarkan selari dengan DUN yang lain di negara ini. Siva mempunyai asas kerana dijatuhkan secara samseng koboi. Ganesan juga ada asas kerana mendakwa Siva punyai interest dan selayaknya timbalan speaker yang mengadakan sidang. Bagaimanapun terlalu banyak perkara bersifat teknikal yang boleh dipersoal. Apakah sidang sudah dimulakan ketika Siva dijatuhkan? Tidak kah Sidang hanya mula selepas ucapan diraja? Bolehkah ditukarkan speaker secara seperti itu tanpa prosedur yang lazim dibuat? Jika keputusan mahkamah tinggi kekal bahawa Datuk Seri Nizar memang MB yang sah, apakah sidang 'koboi' itu sah, memandangkan di situlah speaker ditukar?.. dan ada bermacam lagi yang boleh dibangkitkan. Memang kita kena menunggu lama nampaknya. Malanglah orang ramai yang sedang menunggu atau mengharap sesuatu dari kerajaan negeri ini, seperti yang memohon kontrak, tender, jual beli tanah dan sebagainya yang memerlukan kelulusan eksekutif negeri. Bubar DUN memang merupakan jalan keluar tebaik seperti yang sudah dicadang oleh pelbagai pihak,.. namun pihak berkepentingan hanya memikirkan jangan kepentingan pihak lain mendapat untung... kepentingan dia sahaja yang perlu dipelihara. Orang ramai nampaknya yang paling tidak pernah dilihat penting dalam kes ini.

Wednesday, May 13, 2009

Machiavellian rule to continue Political Hegemony in Malaysia

What Hasn't UMNO Prostituted in Malaysia?
Posted by ADMIN
http://kutuberahak.blogspot.com/2009/05/what-hasn-umno-prostituted-in-malaysia.html

That's right. What hasn't UMNO prostituted in this country. For all the fence sitters voters out there, should UMNO decides to contest in Penanti by election, just pop down for a visit and have a look-see.

You will find just about alll Federal government agencies being deployed to campaign for Barisan Nasional. For those involved in the Reformasi movement of 1998, they saw how the entire government apparatus was prostituted right in front of their eyes.

How the courts were used to give a guilty verdict to Anwar, how the ISA was used to silence Anwar Ibrahim, how the police was used to quell genuine disatisfaction among tax paying voters and they were prevented from expressing themselves when such right is enshrined in Malaysia's constitution.

I still remember Rahim Nor saying that he do not want a repeat of Indonesia 1998 in Malaysia. But what happened in Indonesia in 1998 is the removal of a cruel dictatorship (aka New Order) of the Suharto regime.

Openly the former IGP admitted that the role of the Police is to protect corruptors, power abusers, crony capitalists, rapists, killers and not to mention crooked judges. Because, that's what Suharto's New Order is all about. Total waste of country's resources to enrich his family and cronies with the help of every single government apparatus.Now, the same cycle repeats itself.

We are seeing how our courts, whose CJ and Presidents, were once appointed by a drunk lawyer who cannot stop himself from boasting in front of Kelana Jaya MP. I mean, our entire line-up of the Judiciary was determined by a drunk lawyer. That's the measure of our Judiciary's credibility.

UMNO Prostitute Everything For Their Own EndsLet me list them down:

a. The Courts - "Correct, Correct, Correct"

b. Universities - to quell students uprising because it was the students that brought down dictators like Marcos and Suharto.

c. Government own medias

d. The law

e. Law Enforcement Apparatus

f. Any type of Government agencies

g. Religous institutions

h. Doctors (remember Saiful Bukhari)

i. Schools (in states where they don't rule, they use schools for their UMNO's political activities)

j. KEMAS - paid by tax payers but campaigned 100% for UMNO/BN

k. JKKK - same as KEMAS case

l. Jabatan Pendaftaran Negara - For Phantom voters operations

m. Suruhanjaya Pilihanraya - Rejected Speakers orders to hold elections for the 3 DUN despite having documented evidence, among others.

n. Jabatan Perkhidmatan Awam - The prostitute Perak SS actually conspired with UMNO to topple the PR government. It's time for other PR state to kick their own SS out the door, fast.

o. The Palaces - except Terengganu and Kedah

p. Ministries under UMNO

q. Embassies in foreign countries - These embasies are used to sponsor activities of Kelab UMNO whereever they are.

r. GLC's - Used to hire UMNO people so that they can have long holidays to work for UMNO especially in elections, among others.

s. Banks - Bank Bumiputra went bankrupt because they were giving loans to UMNO leaders and never repaid.

t. Cental Bank - Under Mahathir, our Bank Negara went bankrupt more than 4 times because of Mahathir's various ambitious projects like cornering the tin market and trying to be a big player in the forex market.

And what's scary, the list will go on and on. Unless we remove UMNO and BN from power. That's the only hope for future Malaysians.

Comment: This is a very gramscian in analysis. State apparatus being used to perpetuate power is normal in many developing countries. However things have changed in most Asian countries. Marcos, Suharto, Musharaf and Thaksin for egs. were brought down for their cruel authoritarian rule. Nevertheless this has yet to happen in Malaysia. Time will tell.. because the same process is inevitable. As an observer I would be more interested to know if the next regime will successfully refrain themselves from doing the same thing. This is politics.. and politics is about power. To ensure power in ones hand Machiavellian rule will prevail. Unless they can prove otherwise... they will last longer.

Tuesday, May 12, 2009

Perjalanannya Masih Jauh dan Menyulitkan...

Penjelasan Peguam Nizar
May 13th, 2009 MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah? Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu.

Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan; Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan (yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry (Responden) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.


d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat- pengkhidmat beliau (seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab- tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekali gus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar (bukannya DS Zambry) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi. Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi. Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang (iaitu Nizar). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman (stay of execution of judgment) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini (12 Mei) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik (special circumstances) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman (dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi, Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman (judicial review) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Komen:
Kemelut ini tidak akan selesai semudah yang dijangkakan setelah muncul keputusan Nizar merupakan MB yang sah. Memang beliau merupakan MB yang sah di peringkat Mahkamah Tinggi setakat ini. MB BN merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan kita tunggu keputusan tersebut. Di samping itu BN sedang berusaha keras untuk mengadakan sidang segera bagi membolehkan mereka membuat undi tidak percaya kepada MB Nizar. Sesegera itu juga Nizar ke Istana memohon DUN dibubarkan. Semacam kedua-dua sedang berlumba bila keputusan Mahkamah Persekutuan diisytiharkan nanti. Dari sini timbul pelbagai persoalan yang amat kompleks yang merumitkan lagi kemelut ini seperti berikut...
i. Apakah istana akan bersetuju untuk membubar dewan?.. saya agak pesimistik pada peringkat ini (berasaskan sikap sebelum ini),

ii. Apakah undi tidak percaya yang bakal dibawa oleh BN nanti itu sah? i.e. apakah 'speaker' Ganesan yang dilantik secara koboi itu sah?
iii. Memandangkan belum lagi mengangkat sumpah, apakah boleh 'speaker' baru itu mengendalikan dewan?

iv. Nizar masih menyatakan sidang 7 Mei lepas tidak sah kerana tidak menurut peraturan. Dengan itu apakah semua yang dilantik pada masa itu sah?

v. Kenapa proses mendengar rayuan Zambry didengar oleh seorang Hakim sahaja, sedangkan proses biasanya memerlukan tiga hakim..?

Banyak lagi yang menimbulkan kemusykilan dari penyelesaian dari kemelut yang berpanjangan ini. Hampir semua pihak mendesak kepada pilihanraya baru kecuali BN. Suhakam & pemimpin veteran Ku Li telah turut mendesak dan lebih 40 NGO telah menyerah memo menuntut kuasa dikembalikan kepada orang ramai. Bagi yang masih bermimpi dan syok sendiri tetap tidak nampak akan keperluan itu. Teringat saya kepada frasa popular Lord Acton...Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely...

Friday, May 8, 2009

Langkah terdesak, takut kalah Pilihanraya Kecil

ISA: Tiga pemimpin Hindraf bebas
May 8, 09 12:34pm Malaysiakini.com

Tiga pemimpin Hindraf - masih berada di kem tahanan Kamunting - bersama 10 yang lain akan dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri, demikian diumumkan hari ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein membuat pengumuman demikian di sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tiga pemimpin ini termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar. Mereka akan dibebaskan dalam waktu terdekat apabila proses dokumentasi pembebasan selesai, kata Hishammuddin lagi.

Daripada lima tokoh terkanan Hindraf yang ditahan pada Disember 2007 bawah akta kontroversi tersebut, dua daripadanya telah dibebaskan awal bulan lalu sejurus selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April. R Kenghadharan dan V Ganabatirau dibebaskan bersyarat dalam kumpulan 13 tahanan ISA seperti diumumkan Najib sewaktu ucapan sulungnya ke seluruh negara. Seorang lagi T Vasantha Kumar akan dibebaskan bersama Manoharan - yang menimbangkan untuk melepaskan jawatan ADUN baru-baru ini dengan alasan gagal berkhidmat kepada para pengundi kawasannya.

Tahanan lain yang akan dibebaskan: Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil dan Admi Pindatun (Malaysia), Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril (Indonesia), dan Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih (Filipina). "Pembebasan kesemua tahanan rakyat tempatan akan dibuat dalam tempoh dua tiga hari lagi sebaik semua proses dokumentasi selesai dan tahanan warga asing pula akan dibebaskan selepas kita mengatur dan mengambil tindakan pengusiran dengan pihak Manila dan Jakarta," kata Hishammuddin kepada pemberita di pejabatnya.

Menjawab satu soalan, beliau menafikan pembebasan Manoharan ada kaitan dengan hasrat pemimpin Hindraf itu untuk melepaskan jawatan ADUN. "Jauh sekali. Sebaliknya kita mendapati kesemua yang akan dibebaskan itu tidak lagi menjadi ancaman kepada negara," katanya.

Komen: Berita kemungkinan Manoharan melepaskan kerusi Dun Kota Alam Shah dikeluakan dalam media alternatif dan blog ini pada minggu lepas. Bimbang akan ianya benar-benar berlaku, tindakan segera membebaskannya dilakukan. Pilihanraya kecil adalah suatu yang amat ditakuti oleh BN kini, apabila spirit atau morale semakin jatuh setiap kali keputusan dikeluarkan. Ia harus disekat hatta sanggup melepaskan tahanan. Di mana undang-undang yang telus? Tidak kah lebih dihormati dan disanjungi jika kebebasan itu berlaku diluar tekanan pembangkang, seperti semasa pelantikan PM baru atau ketika menyambut suatu hari yang bersejarah. Dengan tindakan yang dilakukan atas tekanan ini menunjukkan lagi ketewasan itu berterusan. Hindraf, Pakatan dan pejuang hak asasi terus bersorak lagi nampaknya. Mereka sedang memikirkan tuntutan lain dan tekanan lain. Pihak yang tersepit terlalu defensif kini kerana tindakan terburu-buru sendiri. Senjata kadangkala boleh memakan tuan.

Thursday, May 7, 2009

Used to be in Taiwan & Korea...sadly it is in Malaysia under the brand new regime

Sivakumar dragged out, BN speaker takes over
May 7, 09 8:24am LIVE REPORTS Malaysiakini.com

.... 2.55pm: The same group of 'officials' escort Ganesan to the speaker's chair and the speaker then started chairing the sitting.

2.41pm: Several uniformed police personnel grab hold of Sivakumar and forcibly remove him from the speaker's chair. He was then dragged out of the House by a group of plainclothes personnel wearing tags which read 'official'.
Sivakumar resists and shouts, "I am the legal speaker. Why am I being treated like this?" It cannot be ascertained if these were police personnel. Pakatan reps try to shield him but more plainclothes personnel enter the House and manage to breakthrough the human barricade. Several Pakatan reps are also dragged out and the ensuing melee sees several flower pots in the assembly are smashed.

2.35pm: Attempts by the sergeant-at-arms and state assembly staff to remove Sivakumar are being resisted by the speaker and Pakatan reps. Some other Pakatan assembly persons are continuing with their attempts to eject BN speaker Ganesan from the house.

2.30pm: The situation is still chaotic in the house. The sergeant-at-arms is now trying to remove Sivakumar from the speaker's chair to allow Ganesan to assume the chair.

Comment: A significant historical incident happened in Perak DUN today 7 May 2009, but scarce of news appeared in mainstream media in Malaysia. Malaysiakini has taken an important task in providing detail reports of the incident every 5 or 10 minutes. Taken here is only a small portion of it, only the peak of the event, when law of the jungle took place. Where are we heading...? 1Malaysia and Islam Hadhari? Wawasan 2020 and open democracy?.. as many times claimed by the prime ministers, current and previous ones... Darker Ages i guess...

Wednesday, May 6, 2009

Kena Pecat, Kena Tangkap, Kena Sembur Makin Menjadi-jadi

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus
Jimadie Shah Othman May 5, 09 4:24pm Malaysiakini.com

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu. Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan. Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Umar Al-khattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian. Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Syamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib. Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu. Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan. "Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu. Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata: "Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini. Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.

Komen: Regim Pak Lah telah berlalu. Kritikan selalu dilemparkan kepada regim beliau kerana dilihat tidak cergas. Kini regim telah berganti kepada PM baru. Keadaan tidak cergas telah dibenteras. Kini kelihatan agensi State amat cergas dalam regim kali ini hatta di dalam mesjid. Kita selalu menolak apa yang kita miliki dengan harapan yang baru lebih damai, positif dan lebih menguntungkan. Namun kadangkala kita tersilap dan lebih aneh kita tidak pernah mahu belajar dari kesilapan itu.

Tuesday, May 5, 2009

There Comes RPK Again...!!!

RPK reveals his 'source' on Altantuya allegations
May 5, 09 6:34pm Malaysiakini.com

Popular blogger Raja Petra Kamarudin, in a posting today, revealed what he claimed was his source for his sensational allegation that Malaysia’s first lady Rosmah Mansor was at the scene when a Mongolian woman was murdered.

According to Raja Petra, the information came from Lt Kol Azmi Zainal Abidin, who is the "number two in the Special Branch of the Military Intelligence". In a posting which appeared in Raja Petra’s Malaysia Today website, the controversial blogger said he was put in touch with Lt Kol Azmi by one of his long-standing friends - Nik Azmi Nik Daud, who is an aide to Umno veteran leader Tengku Razaleigh Hamzah. Raja Petra’s revelations were made in his trademark colourful style in the form of a dialogue between him and his police interrogators when he was detained under the Internal Security Act last August.

When asked by his interrogators whether he could trust his source since he did not know him, Raja Petra reportedly answered: “I don’t know him well enough to trust him all the way. But the person who introduced us is a very old friend. “I’ve known him for about 45 years, longer than I’ve known my wife. And I trust my friend. My friend gave me his personal assurance that the story is legit.” According to Raja Petra, he had also sought help from a few other people to vouch for Lt Kol Azmi’s credibility, among them PKR de facto leader Anwar Ibrahim through his aide, Din Merican.

“I also asked John Pang, who also works for Ku Li (Tengku Razaleigh), to check with Ku Li whether Lt Kol Azmi’s information is reliable. I told John what Lt Kol Azmi told us and asked him to inform Ku Li about it. John confirmed that Lt Kol Azmi told Ku Li the same thing and that the information is reliable.” Pang, who is an aide to Razaleigh, said he did receive a phone call from Raja Petra regarding the matter.

“Yes, Raja Petra did ask me about it and I confirmed that Ku Li was aware of the story,” said Pang when contacted today.He added that his boss did not dispute Raja Petra’s account pertaining to his contact with Lt Kol Azmi. Razaleigh has declined to comment apart from saying, “Read the (Raja Petra’s) blog.” According to Pang, Nik Azmi is not an official member of Razaleigh's staff.

Misgivings in signing statutory declaration Raja Petra also revealed that he had misgivings in signing a statutory declaration based on the information which he received from Lt Kol Azmi. “I told Bull (Nik Azmi) I was a bit worried about signing a statutory declaration because the government will surely arrest and charge me if I do. I felt an article would be safer. “But Bull disagreed. He felt an article was not strong enough. Bull said if anything happens to me they would go to court to testify that what I had signed is the truth. Bull assured me they would not allow me to rot in jail. So, on June 18 (2008), I signed the statutory declaration.”

Raja Petra, 59, has been charged for criminal defamation in a statutory declaration which he signed implicating Rosmah, who is wife of Prime Minister Najib Abdul Razak, and two others in the grisly murder of Altantuya Shaariibuu in 2006. He has also charged with sedition for his posting ‘Let’s send Altantuya murderers to hell’, but he failed to turn up in court last month. Sessions judge Rozina Ayob had subsequently issued an arrest warrant for Raja Petra.

Now a fugitive, Raja Petra’s whereabouts is unknown. Raja Petra also claimed that former minister Jamaluddin Jarjis, who is from Najib’s home state of Pahang, had contacted him to “make a deal”. “We drove to a roadside stall in Jalan Ipoh (in Kuala Lumpur) and sat there and talked. JJ (Jamaluddin Jarjis) told me that Najib had asked him to meet me to make a deal. I asked him whether Najib really knows we are meeting and whether he had endorsed or sanctioned the meeting and JJ replied that our meeting was on Najib’s instructions,” Raja Petra allegedly told his interrogators. “We spent about an hour talking.

The bottom line is he wanted me to stop writing about Najib and Altantuya. He also asked me whether I could delay my sedition trial until Najib becomes the prime minister. Once Najib is installed as prime minister, they will drop the charges against me. I will also receive a monthly allowance of RM30,000 for my cooperation. He didn’t say for how long though.”

Raja Petra said that he did not make the deal and soon after he signed the statutory declaration. Meanwhile, veteran opposition leader Lim Kit Siang said that Raja Petra’s latest revelation has again show the urgent need for a royal commission to probe the scandal. “I had repeatedly made in Parliament for a royal commission of inquiry to deal with all the allegations haunting and hounding Najib, especially as he had said that he was innocent and had not done anything wrong,” he said. Raja Petra's statutory declaration

Comment:
For some reasons, I rather reserve my comment this time.
Feel free to say yes or no to this story...