Friday, September 25, 2009

Makan Malam Alumni Sains Politik UKM



Perhimpunan semula Alumni Sains Politik UKM

Tarikh 11 Okt 2009

Masa: 8.00pm

Dewan Seri Endon,
Dewan Puspanita
Precint 10 Putrajaya.




Untuk keterangan lanjut sila
email trils_me@yahoo.com.my

atau lawat web
http://cetusanmindamuda.blogspot.com/


Pensyarah dan bekas pensyarah sudah dijemput sama. Insyaallah akan hadir, Dato Kamarudin Jaffar, Prof Ahmad Atory Hussein, Prof Madya Saliha Hassan, Prof Madya Dr Rashila Ramli, Ust. Wan Abdul Rahman, Dr. Sity Daud dan lain-lain lagi.


Tuan puan alumni Sains Politik UKM dengan hormatnya dijemput hadir. Terima kasih.



Thursday, September 24, 2009

Tapis ketat gelaran Datuk, Doktor

Sep 24, 09 7:52pm
(Malaysiakini.com)

Sebuah badan penapisan perlu ditubuhkan untuk menyaring bakal penerima gelaran darjah kebesaran di negara ini supaya hanya individu yang berkelayakan sahaja dikurniakan anugerah itu, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Datuk Moehamad Izat Emir.

Beliau berkata langkah itu dapat memastikan individu yang memiliki 'resume' dan kriteria yang tepat sahaja dianugerahkan darjah kebesaran tersebut. "Jika gelaran itu mahu diberikan kepada seorang usahawan, laporan lengkap mengenai perjalanan perniagaannya dan personalitinya mesti dinyatakan dengan tepat bagi memastikan penerimanya terdiri daripada orang yang betul-betul berkaliber dan bukan juga seorang yang mempunyai rekod jenayah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Moehamad Izat berkata gelaran itu tidak boleh dijual-beli sewenang-wenangnya kepada golongan yang tidak layak serta tidak menyumbang kepada negara. "Kalau orang itu tidak memberi sumbangan apa-apa kepada negara atau masyarakat tetapi dia mendapat gelaran Datuk atau seumpamanya disebabkan dia ada duit untuk beli gelaran itu, ini tidak betul," katanya.

Moehamad Izat berkata golongan muda juga boleh dianugerahkan gelaran "Datuk" berdasarkan sumbangan besar mereka kepada negara seperti mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam bidang sukan atau hiburan. "Umur adalah penting tetapi jika mereka berjaya membuatkan negara dikenali di serata dunia dan mempunyai rekod cemerlang, seperti pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Siti Nurhaliza, mengapa tidak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung saranan yang meminta Jabatan Peguam Negara memutuskan sama ada 'pembelian' gelaran seperti Datuk dari luar negara atau ijazah doktor falsafah (PhD) 'secara ekspres' merupakan perbuatan jenayah atau sebaliknya. Laporan media itu memetik kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai berkata bahawa kegiatan membeli gelaran sosial semakin serius dan jika tidak ditangani, akan melahirkan satu generasi 'ilmuwan palsu'.

Ketua Biro Penguatkuasaan Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) Kamal Affandi Hashim berkata orang ramai perlu mengetahui bahawa individu yang mendapat gelaran Datuk dari luar negara perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Yang di-Pertuan Agong untuk diiktiraf penggunaan gelaran itu di negara ini. Kamal Affandi yang juga seorang pakar penganalisis jenayah berkata beliau pernah membangkitkan isu pemberian PhD sejak empat tahun lalu, namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil bagi menanganinya.

"Sudah tiba masanya kita meneliti balik undang-undang negara kita yang dilihat masih lemah dalam membanteras sindiket pemalsuan di kalangan individu ini kerana setakat ini tiada sebarang laporan dibuat oleh individu yang pernah menjadi mangsa penipuan PhD ini. "Jika orang ramai melaporkan, (pemegang PhD palsu) ini boleh ditahan dan disabitkan kesalahan mempunyai PhD palsu dan boleh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Kesalahan Menipu) iaitu penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan dan didenda," katanya.

Bagi bekas Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abdul Rahman Arshad, pengurusan universiti perlu memperketat saringan serta mewujudkan satu kaedah khusus bagi membendung pengeluaran PhD secara palsu yang membolehkan pemilikan PhD 'ekspres'. Abdul Rahman, yang juga canselor Universiti UCSI, berkata hanya graduan PhD yang memiliki sijil yang tulen sahaja wajar diiktiraf dan mereka juga perlu menyerahkan salinan tesis PhD sebagai rujukan universiti. "Pada pendapat saya universiti harus memainkan peranan masing-masing dengan memperketatkan saringan serta pemantauan dengan melihat sendiri tesis yang dihasilkan oleh warga pendidik dan bukan menerima bulat-bulat sijil yang diterima," katanya.

Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Akept) Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin pula berkata dalam proses untuk mendapatkan PhD tulen, calon perlu melalui proses Kerapian Akademik yang melibatkan pelbagai tahap termasuk tempoh minimum, penilaian dari lembaga akademik dan kursus penyelidikan."Proses mendapatkan PhD merupakan satu 'kehidupan' yang sangat unik dan hanya selepas melalui semua kerapian akademik, baru tercapai 'satu pengetahuan baru' yang dihajati," katanya. BERNAMA

Komen: Panggilan dan gelaran khas semakin menjadi-jadi dalam masyarakat Malaysia. Di samping bintang anugerah, pangkat dan gelaran juga diberi melalui pencapaian akademik, jawatan pekerjaan dan gelaran sosial seperti imam, pak haji dan sebagainya. Apa yang dijadikan isu kali ini ialah gelaran yang bersifat profesional dan darjah bintang kebesaran yang diragui. Memang sudah lama ia menjadi isu, namun hanya kini diutarakan. Pensyarah Universiti yang bergelar doktor juga ada yang diragukan, apa lagi dengan timbulnya tindakan penipuan seperti yang dinyatakan di atas. Hairan..., ada orang boleh hidup dengan kepura-puraan asal mendapat gah..

PILIHANRAYA DAN PEMBANGUNAN POLITIK SARAWAK
oleh
nidzam sulaiman & zaini othman
boleh diperoleh dari Penerbit UMS atau Pengarang (RM25).
Terima Kasih.

Thursday, September 17, 2009

Elak M'sia dapat imej 'kilang diploma'

Malaysiakini.com Sep 15, 09 7:40pm

Semua institusi pengajian tinggi (IPT) negara perlu terlebih dahulu menghalusi kualiti dan kelayakan pelajar, khususnya dari luar negara sebelum menerima permohonan mereka melanjutkan pelajaran di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata lambakan pelajar asing di IPT negara ini menyebabkan Malaysia digelar sebagai pembekal ijazah tidak berkualiti atau "kilang diploma" di beberapa forum antarabangsa. Katanya tohmahan seumpama itu harus dikekang kerana ia menjatuhkan imej dan martabat sektor pendidikan tinggi negara.

"Kementerian tidak mahu mana-mana IPT menerima pelajar tidak berkelayakan, terutama dari luar negara untuk mengikuti program yang ditawarkan. "Malah mulai tahun depan demi untuk menjaga nama baik, imej dan reputasi, semua IPTS tidak boleh menawarkan sebarang program yang tidak memiliki akreditasi kepada para pelajar antarabangsa," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif IPT-IPT swasta di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata Malaysia ditohmah sebagai "kilang diploma" di beberapa forum antarabangsa selepas didakwa mudah mengeluarkan ijazah kepada para pelajar asing walaupun mereka tidak berkelayakan. "Kerana itu kita mahu, IPTS ini membaiki sistem pengurusan akademik mereka dan melalui proses penarafan.

Dalam soal beri gelaran profesor, penerimaan pelajar dan penawaran kursus, Malaysia tidak seharusnya menjadi tempat lambakan untuk para pelajar yang tidak diterima di IPT lain. "Hanya kerana ada duit, maka mereka diberi tempat di IPTS negara ini," katanya. Kelayakan minimum kemasukan pelajar di IPTA, jelas Mohammad Khaled ialah CGPA 2.0 dan beliau pasti semua IPTS akan mengenakan syarat seumpama itu dalam menerima kemasukan pelajar pada masa hadapan.

"Memang sekarang mereka (IPTS) tidak mengenakan syarat ini, tapi saya pasti apabila kita kemukakan perkara ini, mereka akan berbincang untuk menentukan kelayakan minimum dalam menerima kemasukan pelajar," katanya. Terdahulu, beliau berkata kementerian memulakan langkah transformasi sistem pendidikan tinggi negara kerana transformasi kerajaan tidak akan lengkap jika ia tidak dituruti oleh industri pengajian tinggi.

Transformasi sektor pendidikan, katanya diharap mampu meletakkan transformasi negara di landasan yang betul bagi membolehkan Malaysia berhadapan dengan soal kemajuan dan pembangunan, sekaligus berjaya menghadapi pelbagai saingan era globalisasi.

Mohammad Khaled berkata proses transformasi itu dimulakan dengan penyediaan pelan strategik IPTA mencakupi pelaksanaan projek agenda kritikal sebelum fokus diberikan kepada sektor IPTA, termasuk pindaan terhadap Akta Insitusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). "Pindaan ini menjadikan kementerian sebagai pemudah cara untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh IPTS dan kita berharap IPTS ini dapat memberi perhatian serta mematuhi peruntukan yang terkandung dalam Akta 555 ini," katanya.
BERNAMA
Komen: Malaysia cuba menjadi pusat industri akademik rantau Asia Tengggara atau Asia Timur. Semakin ramai pelajar luar datang ke Malaysia untuk mendapat pendidikan dan ijazah/diploma. Di samping kos yang agak rendah secara relatif dengan negara barat, kebanyakan pelajar asing ini merasakan selesa dengan Malaysia kerana suasana yang aman, orang ramai yang mudah mesra, kebudayaan yang terbuka, menerima pelbagai etnik dan budaya serta politik yang stabil. Selepas peristiwa Sept. 11, kehadiran pelajar Timur Tengah di negara barat juga sering kali berhadapan dengan pelbagai 'soal siasat' di kaunter imegresen ketika masuk, menjadikan negara barat tidak begitu attractive lagi. Namun seperti yang diingatkan di dalam ucapan di atas IPTS seharusnya memainkan peranan yang amat bertanggung jawab agar tidak mudah mengeluarkan diploma yang rendah kualitinya. Nama baik Malaysia dan Kolej perlu dipelihara dengan baik.

Friday, September 11, 2009

STS: Heightened race rhetoric in Malaysia

Heightened race rhetoric in Malaysia - Carolyn Hong

SEPT 10 - Sometimes, it seems one lives in multiple worlds in Malaysia. A couple of weeks ago, I was reading a Mingguan Malaysia commentary by Awang Selamat, a pseudonym used by the newspapers' editors.


It began like this: "Previously we assumed that the Chinese were only interested in economic power, while political control was held by the Malays, but this doesn't appear to be so anymore." It continued: "What will happen if the Chinese also control political power - where will the Malays be?"

The belligerence leapt off the page. As I was reading it, my mobile phone beeped with an SMS invite to an iftar (breaking of fast) with Malay friends. Even before I had finished reading the SMS, another one arrived from another Malay friend keen to check out the Ramadan bazaar in Kampong Baru, the mosttraditional Malay enclave in Kuala Lumpur.

Welcome to life in parallel worlds: one filled with fear among the races; another filled with friendship. In recent weeks, the rhetoric on race - always a staple in Malaysian society - has grown louder and at times poisonous.

This latest round actually began soon after last year's general election when the Barisan Nasional lost its iron grip on power, largely because non-Malay voters favoured the opposition. Umno fought back. Umno-linked organisations and newspapers dropped hints about the erosion of Malay power.

Still, in recent weeks, the sentiment shave become almost hostile. It is hard to tell how far racial feelings are being deliberately stoked to further a political agenda. My opposition friends lay all blame at Umno's door. My Umno friends insist that Malay fears about losing their special position are deeply felt and real.

The truth lies in-between. The rhetoric does seem more political than real. Malaysians leading their own lives will say that the situation on the ground is nowhere as belligerent as it seems in the media. Certain ugly incidents have a whiff of political manipulation to them, like the protest two weeks ago by some Malays who stomped on a cow's head. The protesters objected to the building of a Hindu temple near their homes.

Yesterday, 12 of them were charged with illegal assembly and six also had sedition charges slapped on them. But, despite the ugliness of the incident, some good has also come out of it. The protest galvanised many Malays to speak up and condemn the protesters for insulting Hindus.

Even some of my Umno friends were appalled - and they didn't hide it. Some Malay friends made a trip to meet the Hindus in the neighbourhood, to assure them that the protest was not reflective of wider Malay sentiment. "They were nervous to see me at first, and when I mentioned my friends wereon their way, they got even more nervous!" said one of my friends.

The response of such Malays was heartening, because it seized the agenda from the intolerant. Even though it is fraught with twisted logic and can be ugly at times, the race debate has a soul-searching side to it. My Malay friends and I have ended up talking about the subject endlessly and I've come to better understand Malay sentiments. Political experts have described the Malay feeling as one of insecurity oranxiety, but the reality is more subtle and harder to pin down.One conversation has stuck with me.

A Malay friend who is a British-trained lawyer stayed back several years in London to work for a prestigious firm rather than land a cushy job at home immediately. He told me he wanted to shake off that inevitable impression that his success was due to pro-Malay government policies. Another Malay friend who worked in government told me of complaints of discrimination in economic sectors controlled by the Chinese, ranging from the reluctance of Chinese employers to hire Malays to the lack of cooperation in selling construction supplies.

These chats have helped me understand the vicious cycle that Malaysia is in, and why my innocuous comment about the inefficiency of a Malay-owned restaurant was seen as an indictment of the entire race. I meant nothing of that sort. If my friends and I had not spoken about race, I might not have realised this imagined slight.

More importantly, the race debate has given rise to more Malaysians tryingto change the racial framework of "us versus them". Prominent Malays have come to the fore, refusing to allow race to define them. They include lawyers Malik Imtiaz Sarwar and Art Harun, writer FarishNoor, politicians Dzulkefly Ahmad and Khalid Samad, and university lecturer Azmi Shahrom.

Former MP Zaid Ibrahim published a book early this year, Saya Pun Melayu, orI Am Also Malay, which explores a Malay identity that's not bound to oldpolitical notions. Such Malays have spoken up for the minorities, and challenge stereotypes at a cost to themselves, as many have been labelled as traitors.

It's a pity there aren't as many Chinese bridge-builders. Penang Chief Minister Lim Guan Eng is one, but there aren't many more who will challenge Chinese stereotypes: The Chinese only want to make money, drink alcohol, and go to karaoke. They have no interest in the community. They are only out to protect their turf at the expense of everyone else. That's how we have been asked to define ourselves. But that's not who weare.

Malaysian Chinese need to break these stereotypes and empathise with others. The race debate is not all ugly; away from the media glare, it has been a more thoughtful exercise. That's why when some Malaysians are grim about the country, I'm not. As longas race is bound up with power, it will feature disproportionately in ourlives. But when so many Malaysians are trying to change the old dynamics, one feelsmore hope than despair. - The Straits Times

Comment: Sceptical if the loss of Malay political power would occur should UMNO lose control of the government. Some of these leaders are smartly constructing the UMNO image as the sole savior of the Malays and at the same time rediculing the ability of PAS and/or PKR. Without UMNO they say the Malays are in trouble. This false consciousness is going strong in the mind of many ordinary Malay folks. They could not detect what political agenda is, what political construction is or the colour of the wayang kulit. What ever appears in our local newspaper or main media to them is always true and should be supported and inevitably they constantly become those leaders' prey. How I wish they can be enlightened as regard to the true colours of these leaders.

Friday, September 4, 2009

Sebat: Islam junjung tinggi keadilan

Mahathir Mohamad 2009 Ogos 25, 0912:59pm

Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum bir. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia.

Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.

Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia. Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah.

Jika kerajaan tidak memperkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim? Apakah ada larangan dalam Islam untuk memperkanunkan undang-undang syariah?

Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini. Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya. Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan: "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil".

Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?



Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keislaman. Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam.

Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu. Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum bir (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan. Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Artikel pendek ini diterbitkan semula, sepenuhnya, daripada blog peribadi beliau Che Det - Malaysiakini.com.
Komen: Saya kira bukan persoalan sebat batang tubuh individu ini yang menjadi persoalan di sini sehingga ia manarik perhatian dunia. Umum mengetahui kesalahan meminum arak tidak dilakukan oleh Kartika seorang. Lihat sahaja di Pub, Kelab Malam, Kelab Eksklusif, hotel mewah dan sebagainya, ramai sekali muslim yang minum..., namun kenapa wanita ini sahaja yang diambil tindakan. Bukan komen ini cuba mempertahankan Kartika tetapi ingin mempersoalkan kenapa double standard ini diamalkan. Kenapa ikan bilis yang dicekup. Kenapa tidak dibuat raid, atau operasi mengejut di tempat-tempat eksklusif tadi. Apakah semata-mata kerana ia wanita, atau kerana ia merupakan seorang model.

Kalau dilihat dalam persoalan yang lebih luas sebagai contoh lain, pernah beberapa tahun dahulu Majlis Agama Islam Selangor mengambil tindakan menahan beberapa gadis Muslim yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Kesalahan berpakaian yang menjadi sebab. Tindakan itu boleh diterima kerana memang memakai pakaian swimsuit mendedahkan aurat... Namun kenapa tidak ada sebarang tindakan terhadap atlit lelaki yang memakai seluar yang amat pendek dalam perlawanan bola setiap minggu kelihatan di tv kita, kenapa tidak ada tindakan kepada atlit lelaki yang menyertai pertandingan Bina Badan malah perserta kita pernah menjadi juara dalam Mr. Universe, Mr Asia dan sebagainya. Tidakkah mereka juga muslim dan turut memakai sesingkat-singkat pakaian. Apa yang cuba dibincang ini bukan persoalan tidak boleh menghukum sebat Kartika, tetapi persoalan keadilan dan menolak tindakan memilih-milih atau double standard. Tindakan seperti ini hanya memberi impressi Islam menindas wanita, Islam tidak menyeluruh dan lelaki menguasai Islam dan sebagainya kepada masyarakat lain..

Media luar Malaysia memberi perhatian yang amat serius dalam hal ini. Malaysia selama ini dilihat sebagai "negara Islam contoh" dalam maksud ia meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi, memberi penekanan kepada prinsip-prinsip Islam dalam banyak dasar dan budayanya serta menjadi sumber rujukan banyak negara lain. Dalam masa yang sama semua perkara negatif yang dikaitkan dengan Islam (walaupun is sebenarnya tidak Islamic) tidak menjadi isu di sini seperti budaya penindasan kepada kaum wanita, violence atau keganasan seperti yang berlaku di Timur Tengah, penyalahgunaan kuasa oleh golongan orthodox dan sebagainya lagi. Malaysia dilihat 'istimewa' kerana berpegang kepada prinsip asas Islam tetapi dalam masa yang sama boleh maju dalam ekonomi, 'moden' dalam cara hidup tetapi menurut batas budayanya, turut berpegang kepada sains dan teknologi moden, demokratik dalam maksud rakyat diberi ruang penyertaan dan moderate atau sederhana dalam membuat keputusan. Malaysia dihuni oleh dominan Muslim tetapi ia tidak sama dengan Saudi, Afghanistan, Pakistan, Iraq, Iran, Palestine, Kuwait dan Emirate. Persoalan violence, extremists, suicide bomber dan zalim tidak wujud dalam kamus politik negara. Kemunculan isu Kartika menjadikan kedudukan Malaysia mulai diragui rekodnya...

Wednesday, September 2, 2009

Persidangan Malindo Nusantara 1


Tarikh: 16-17 Dis. 2009

Tempat: Bukittinggi, Sumatera Barat.


Untuk keterangan Lanjut:

Sila lawat



Penyertaan Terbuka kepada semua yang berminat dari mana-mana anggota akademik dan calon siswazah IPTA atau IPTS Malaysia dan luar Malaysia.