Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum bir. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia.
Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.
Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia. Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah.
Jika kerajaan tidak memperkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim? Apakah ada larangan dalam Islam untuk memperkanunkan undang-undang syariah?
Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini. Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya. Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan: "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil".
Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keislaman. Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam.
Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu. Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum bir (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?
Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan. Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.
Artikel pendek ini diterbitkan semula, sepenuhnya, daripada blog peribadi beliau Che Det - Malaysiakini.com.
Komen: Saya kira bukan persoalan sebat batang tubuh individu ini yang menjadi persoalan di sini sehingga ia manarik perhatian dunia. Umum mengetahui kesalahan meminum arak tidak dilakukan oleh Kartika seorang. Lihat sahaja di Pub, Kelab Malam, Kelab Eksklusif, hotel mewah dan sebagainya, ramai sekali muslim yang minum..., namun kenapa wanita ini sahaja yang diambil tindakan. Bukan komen ini cuba mempertahankan Kartika tetapi ingin mempersoalkan kenapa double standard ini diamalkan. Kenapa ikan bilis yang dicekup. Kenapa tidak dibuat raid, atau operasi mengejut di tempat-tempat eksklusif tadi. Apakah semata-mata kerana ia wanita, atau kerana ia merupakan seorang model.
Kalau dilihat dalam persoalan yang lebih luas sebagai contoh lain, pernah beberapa tahun dahulu Majlis Agama Islam Selangor mengambil tindakan menahan beberapa gadis Muslim yang menyertai pertandingan Ratu Cantik. Kesalahan berpakaian yang menjadi sebab. Tindakan itu boleh diterima kerana memang memakai pakaian swimsuit mendedahkan aurat... Namun kenapa tidak ada sebarang tindakan terhadap atlit lelaki yang memakai seluar yang amat pendek dalam perlawanan bola setiap minggu kelihatan di tv kita, kenapa tidak ada tindakan kepada atlit lelaki yang menyertai pertandingan Bina Badan malah perserta kita pernah menjadi juara dalam Mr. Universe, Mr Asia dan sebagainya. Tidakkah mereka juga muslim dan turut memakai sesingkat-singkat pakaian. Apa yang cuba dibincang ini bukan persoalan tidak boleh menghukum sebat Kartika, tetapi persoalan keadilan dan menolak tindakan memilih-milih atau double standard. Tindakan seperti ini hanya memberi impressi Islam menindas wanita, Islam tidak menyeluruh dan lelaki menguasai Islam dan sebagainya kepada masyarakat lain..
Media luar Malaysia memberi perhatian yang amat serius dalam hal ini. Malaysia selama ini dilihat sebagai "negara Islam contoh" dalam maksud ia meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi, memberi penekanan kepada prinsip-prinsip Islam dalam banyak dasar dan budayanya serta menjadi sumber rujukan banyak negara lain. Dalam masa yang sama semua perkara negatif yang dikaitkan dengan Islam (walaupun is sebenarnya tidak Islamic) tidak menjadi isu di sini seperti budaya penindasan kepada kaum wanita, violence atau keganasan seperti yang berlaku di Timur Tengah, penyalahgunaan kuasa oleh golongan orthodox dan sebagainya lagi. Malaysia dilihat 'istimewa' kerana berpegang kepada prinsip asas Islam tetapi dalam masa yang sama boleh maju dalam ekonomi, 'moden' dalam cara hidup tetapi menurut batas budayanya, turut berpegang kepada sains dan teknologi moden, demokratik dalam maksud rakyat diberi ruang penyertaan dan moderate atau sederhana dalam membuat keputusan. Malaysia dihuni oleh dominan Muslim tetapi ia tidak sama dengan Saudi, Afghanistan, Pakistan, Iraq, Iran, Palestine, Kuwait dan Emirate. Persoalan violence, extremists, suicide bomber dan zalim tidak wujud dalam kamus politik negara. Kemunculan isu Kartika menjadikan kedudukan Malaysia mulai diragui rekodnya...
4 comments:
Salam Prof, lama rasanya tak meninggalkan komen di sini. Namun, selalu sahaja membaca artikel dan pendapat Prof. Just keeping up! :)
Anyway, I also noticed the double standard issue. And what more, even CNN covered the whole story as if trying to condemn our system. Kartina ni, tak ubah seperti kambing hitam, jika dilihat kedudukannya.
Itu laah yang menjadi persoalan kini. Ramai yang tidak sedar kerana dikuasai oleh semangat holier than thou... tapi perkara ini agak sensitif, kalau kita bercakap lantang di luar, kelak akan dituduh anti Islam, anti Agama, Atheis, Sosialis atau Komunis... susah kan.. tq for your comment anyway..
salam Dr,
Boleh rujuk komen ustaz zaharuddin rahman tentang hal ini. Saya rasa ulasan dan jawapan balas dia kpd soalan2 che det sangat mantap beserta dgn ayat2 quran dan hadis2.
http://www.zaharuddin.net/content/view/869/72/
saya rasa Dr ada point yg relevan, bukan mcm sesetengah pihak (esp muslim) yg bila bercakap (I respect their rights to speak) tapi sebagai muslim saya rasa "disturb" dgn hujah2 dangkal mereka (seolah2 Islam itu tidak adil dan dsb).Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan memelihara iman dan akidah kita semua.
Umi
Terima kasih Umi.. kita hanya mahu kan perbincangan sihat... dan seboleh2 nya tidak berlawanan dengan ajaran agama..
terima kasih juga sudi singgah web ini.
salam
Post a Comment