Wednesday, December 31, 2008

Sukan pun jadi alat untuk politik...

Utusan : 03/08/2007
Larangan boleh kembalikan kegemilangan sukan negara

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Arahan supaya menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen tidak memegang jawatan dalam persatuan sukan disifatkan sebagai langkah yang dapat mengembalikan kegemila- ngan sukan di negara ini.

Profesor Jabatan Pengurusan Awam dan Undang-undang, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, arahan itu merupakan satu isyarat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan persatuan sukan diterajui oleh mereka yang berkelayakan.

Sehubungan itu, katanya, ahli-ahli politik terbabit tidak harus melihat nya sebagai satu usaha untuk mengurangkan pengaruh mereka sebalik nya ia merupakan pendekatan terbaru Perdana Menteri untuk memaju kan sukan di negara ini.

‘‘Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan keikhlasan daripada semua pemimpin dan ini adalah salah satu pengorbanan yang terpaksa mereka lakukan. Cuba lihat di luar negara, hampir kesemua pemimpin sukan terdiri daripada orang yang berpengetahuan dan berkelayakan.

‘‘Tidak hairanlah kemajuan sukan negara mereka amat memberangsang kan. Malaysia sebenarnya tidak kurang hebat pencapaian sukannya tetapi ia tidak menyeluruh. Saya percaya kesan yang positif akan berlaku selepas ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Atory mengakui pendekatan itu bakal menjadikan persekitaran politik di negara ini lebih telus. ‘‘Selepas ini ahli-ahli politik tidak perlu bergantung kepada persatuan sukan untuk pengaruh politik kerana yang akan menentukan survival mereka ialah prestasi perkhidmatannya kepada rakyat,’’ katanya.

Perdana Menteri semalam mengeluarkan arahan melarang menteri, timbalan menteri dan setiausaha Parlimen memegang sebarang jawatan dalam persatuan sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antara bangsa.

Sementara itu, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, arahan tersebut bukan satu halangan untuk menteri dan timbalan menteri aktif dalam sukan tetapi sekadar mengurangkan tanggungjawab mereka kepada tugas hakiki sedia ada.

Katanya, penglibatan mereka tidak terhenti setakat itu kerana pemimpin berkenaan masih boleh memberi sokongan moral kepada persatuan-persatuan sukan.

‘‘Berilah peluang kepada golongan yang tidak mempunyai komitmen yang berat dalam kerajaan untuk mengetuai persatuan sukan. Mungkin ini ada kebaikannya untuk memajukan lagi bidang itu,’’ katanya.
Comment:
Segala-gala menjadi kesempatan kepada orang politik. Kalau menang ia akan claim credit, konon hasil kepimpinannya. Kalau tewas, ia perlu lebih lama memimpin untuk memperbaiki keadaan.

No comments: