Jadi, ia tidak menarik perhatian pengundi yang terbiasa dengan kerangka politik kaum. Golongan tertentu sahaja yang minat isu rasuah. Mereka ingin tahu dan mengikutinya misalnya melalui (artikel) blog-blog," tambahnya.
Menurutnya, golongan berpendidikan tinggi yang tinggal di bandar-bandar lebih prihatin isu rasuah dan akauntabiliti awam tetapi jumlah mereka tidak ramai. "Tetapi sesetengah orang Melayu pula, termasuk cendekiawan, berasa serba salah untuk membincangkan isu-isu umum seperti meritokrasi, hak asasi atau akauntabiliti kerana dianggap membahayakan (kepentingan) mereka," katanya, ketika diminta mengulas sejauh mana berkesannya isu rasuah, berbanding isu kepentingan etnik, mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya umum.
Menurut dua pengamat yang dekat dengan parti-parti pembangkang, pengundi tidak mengutamakan isu rasuah berbanding isu-isu yang lebih membakar sentimen seperti kepentingan kaum, agama dan skandal seks.
Dr Ahmad Nizamudin menambah, ahli-ahli politik dan cendekiawan Melayu juga bimbang pengundi-pengundi tradisi khususnya di luar bandar menganggap mereka "cuba menggadaikan kepentingan bangsa" apabila mengangkat isu-isu berkepentingan bersama, misalnya mempertikai hak istimewa Melayu atau menganjurkan idea meritokrasi.
Akan datang, mungkin tergantung pada perkembangan ekonomi negara. Orang sekarang selesa, jadi mereka tidak beri perhatian pada isu-isu rasuah (yang boleh merosakkan kemajuan ekonomi). "Mengulas kempen anti-korupsi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejak menjelang pilihan raya 2004, Dr Ahmad Nizamudin berkata masyarakat melihat pemimpin negara ini jujur untuk memerangi rasuah apabila mengambil tindakan terhadap beberapa tokoh politik seperti naib presiden Umno, Tan Sri Mohamed Isa Samad dan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam.
Langkah-langkah seumpamanya, kata pensyarah itu lagi, memberi keuntungan politik kepada Abdullah dan beliau masih berjaya dilihat sebagai seorang pemimpin yang bersih.
Bagaimanapun kes-kes seumpama ini, tambah Dr Ahmad Nizamudin, akan terus dibangkitkan parti-parti pembangkang bagi mempertikaikan kewibawaan kerajaan.
Ditanya sebab DAP dilihat lebih lantang menyuarakan isu akauntabiliti dan penyelewengan berbanding PAS dalam tempoh lebih 10 tahun mutakhir, beliau berkata DAP cuba membuang imejnya yang dianggap "cauvinis Cina" dengan memberatkan isu-isu berkepentingan bersama.
"Tetapi nampaknya tidak berjaya, label itu masih melekat padanya. "Keseriusan DAP dalam isu rasuah atau akauntabiliti tidak pula bermakna pengundi-pengundi Cina lebih prihatin berbanding pengundi Melayu atau etnik-etnik lain, katanya.
Comment: Sensasi kaum hanya gunaan politikus untuk menutup isu lain seperti perbezaan atau penindasan kelas bawahan, isu korupsi, penyelewengan kuasa dan sebagainya. Lihat tulisan BN Cham, Class and Communalism in Malaysia.
No comments:
Post a Comment