Tuesday, March 30, 2010

'Hilang RM546b:' Menteri diminta letak jawatan

Mac 29, 10 6:36pm
Malaysiakini.com


Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menuntut menteri yang bertanggungjawab ke atas syarikat permodalan negara Khazanah Nasional Bhd supaya meletak jawatan atas kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 bilion.

Pada ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Wee (kiri) berkata kerugian itu berlaku selepas Khazanah mempengaruhi Pos Malaysia Bhd dalam isu penjualan sahamnya dalam sebuah lagi syarikat "X" dengan harga RM14 juta.

"Saya difahamkan bahawa maksud 'penguasaan luar' di sini adalah penguasaan dariapda Khazanah (Nasional) Bhd, yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan syer X adalah Transmile Bhd.



"Saya merayu kepada perdana menteri untuk menjalankan satu siasatan dengan segera apa yang telah didedahkan.

"Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, saya percaya benar, menteri yang bertanggungjawab untuk Khazanah pada masa itu, jika masih memegang jawatan menteri mesti meletak jawatannya dengan segera untuk memikul tanggungjawabnya.

"Tindakan keras mesti diambil terhadap menteri tersebut dan pegawai Khazanah yang terlibat," katanya.

Wee berkata, beliau difahamkan perkara itu melalui satu rencana yang disiarkan dalam satu keluaran majalah Malaysian Business.

Katanya rencana bertajuk 'Is whistle-blowing really serious' itu ditulis oleh bekas ahli parlimen Tan Sri Adam Kadir yang juga merupakan bekas pengerusi Pos Malaysia.

Tulisan itu juga menyebut, keputusan untuk menjual pegangan berkenaan dibuat oleh badan pengarah Khazanah.

"Saya percaya, ini adalah satu contoh yang jelas -- harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.

Komen: Melihat kepada jumlah itu sahaja boleh membuatkan kita ternganga, malah ramai yang tidak dapat menganggarkan sebesar mana...RM546b, bukan juta... 10 keturunan tidak dapat menghabiskan jumlah ini.. Satu billion sudah dianggap terlalu besar jika kita mengalami kerugian.. kemana hilangnya..? ke luar atau ada yang menangguk di mana-mana..? Banyak sangat ketirisan yang berlaku, apa lagi yang tidak kita tahu..

Friday, March 26, 2010

Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis

Malaysiakini.com Mac 27, 10

Kepercayaan orang Melayu terhadap Umno sebagai pelindung nasib mereka kini terhakis dan Melayu kini perlu berusaha untuk melindungi diri mereka sendiri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

"Maaf saya katakan, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada UMNO sebagai pelindung nasib mereka,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Menurut Mahathir, prestasi Umno pada pilihan raya tahun 2008 adalah terlalu buruk dan Barisan Nasional (BN) hanya mampu menubuhkan kerajaan yang lemah, yang dilihat sebagai tidak berupaya mempertahankan kedudukan orang Melayu.

“Kita lihat seolah-olah kerajaan memberi layanan kepada mereka daripada apa yang ada pada kita. Saya tak kata kerajaan berat sebelah tetapi lemah kerana ada sipolan yang tak tau Umno dan BN hampir kalah. “Masa saya jadi PM, ada juga tuntutan, tapi jangan la biadap,” kata Mahathir.

Beliau berkata tuntutan dan desakan pada zaman itu tidaklah sebiadap seperti hari ini. “Saya bukan rasis, saya keturunan orang Melayu.nak aman,hidup rukun dan damai. Negara dapat dibangunkan. hampir 50 tahun tak ada masalah yang besar dihadapi kecuali tahun 1969 dan 1987. Tak ada tuntutan yang bukan bukan dari mana-mana pihak..

“Zaman Tunku (Abdul Rahman), Tun Razak, (Tun) Hussein dan zaman saya, tak ada tuntutan yang bukan-bukan. Apa yang saya perkatakan adalah benar belaka, negara kita unik, penduduk pelbagai kaum, negara lain, penduduk tempatan tak akan beri hak kepada pendatang,orang lain melainkan guna syarat-syarat yang ketat seperti guna bahasa tempatan, budaya tempatan,” kata Mahtahir.

Katanya, orang Melayu amat bermurah hati dan sanggup berkongsi negara ini hampir tanpa sebarang syarat yang ketat. Bagaimanpun akibat kerajaan BN yang ditunjangi oleh Umno adalah lemah, maka golongan berkenaan mula berani menuntut perkara-perkara yang tidak sepatutnya dan ia ditambah burukkan lagi dengan bantuan parti pembangkang yang memuatr-belitkan perkara itu.

“10 peratus anak Melayu yang berada di universiti, anak Melayu yang melanjutkan pengajian ke luar negeri, pun tak ramai. Kita boleh buat banci, siapa yang lebih ramai?

“Ramai penuntut Melayu dapat biasiswa. Kita beri sebab tak ada duit atau duit tak cukup. Yuran setahun RM60 ribu, mana ibu bapa Melayu yang mampu. Zalimkah kita bagi biasiswa untuk tambah Melayu berpelajaran?” soal Mahathir lagi.

Selain itu, menurut Mahathir, bukan Melayu juga tidak seharusnya mempertikaikan kedudukan Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. “Keris ialah simbol bangsa kita. Kita hargai. Nak guna simbol kita pun tak kan nak kena minta maaf? Hanya kerana satu kaum nak hidup bahagia, kaum satu lagi hidup sengsara?” soalnya.

Justeru, kerana keadaan sedemikian orang Melayu, kata Mahathir memerlukan NGO seperti Perkasa bagi memperjuangkan hak mereka. Kata beliau lagi, tanpa menamakan pihak yang bertanggungjawab: “Kita taklah tuntut banyak banyak.. dia dah pergi, biarlah dia pergi.”

Mahathir bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya perlu mendengar pandangan dan rintihan daripada semua rakyat tanpa mengira kaum. Ini kerana, katanya, sebagai sebuah negara yang demokratik, membentuk sebuah kerajaan bergantung kepada sokongan undi.

“Oleh itu, penting bagi kerajaan dengar rintihan rakyat, di samping cuba mengambil kira pandangan mereka (rakyat). Bukan daripada satu kaum tetapi daripada semua kaum. “Orang Melayu perlu mengambil kira orang India serta Cina dan di Sabah atau Sarawak,” katanya.

Beliau berkata walaupun jumlah mereka tidak ramai dan tidak dapat menentukan siapa yang akan memerintah, namun orang Melayu perlu beringat bahawa kemenangan bukan bergantung kepada ratusan ribu undi tetapi kelebihan satu undi sahaja,

“Satu undi itulah yang akan menentukan menang atau kalah seseorang atau sesebuah parti. Hendak menang atau kalah bukan kerana ribuan undi, dua tiga undi pun boleh menentukan menang atau kalah.

"Kalau mereka ada rintihan dan perasaan tidak puas hati, harus dengar. Kalau tutup telinga atau desakan mereka tidak didengar, dalam pilihan raya, akan kalah," katanya.

Pada ucapannya itu, Mahathir turut meminta media bahasa Cina dan India supaya melapor dengan benar. “Tolong buat laporan yang benar. Jangan putar belit kenyataan saya. Saya harus prihatin kepada nasib orang Melayu. Saya yakin ahli perkasa bukan berniat tidak adil terhadap bukan Melayu tapi tuntut hak mereka. Tuntut hak adalah tindakan yang adil,” katanya.

Beliau juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan melupakan rintihan dan tuntuan orang Melayu. “Nak negara berada dalam keadaan aman, adil, saksama sesama kaum, nak keadilan dalam pengagihan kekayanaan dalam negara kita. Bukan kita nak rebut tapi jangan ambil yang sedikit yang kita ada untuk diberi kepada mereka yang dah ada,” katanya lagi.

Mahathir mengakhiri ucapannya dengan meminta Perkasa supaya berperanan secara bijak, dan bukan untuk mendabik dada. Selesai ucapannya, Mahathir dianugerahkan 'Bintang Perkasa Pribumi Negara' yang pertama oleh presiden NGO itu. Ia diikuti dengan laungan “Hidup Tun” sebanyak tiga kali.
***
**
*
Komen: UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk memelihara keseluruhan bangsa, agama dan identiti Melayu. Ia lebih dilihat bijak menggunakan topeng Melayu tetapi sarat dengan kepentingan golongan atasan dan kroninya sahaja, tidak kepada keseluruhan umat Melayu. UMNO bukan lagi tempat untuk bersandar atau mengadu kepada pemeliharaan hak Melayu. Semakin lama, apa lagi sejak keputusan Pilihanraya ke 12, UMNO semakin dipinggirkan. Ini keseluruhannya kerungsingan yang diluahkan oleh Tun.

Namun soalnya, kenapa Tun memilih Perkasa sebagai platform untuk memberi ucapan ini. Banyak ruang lain yang lebih sihat, lebih berkredibiliti untuk menyuarakan hakikat kedudukan Melayu ini. Tun telah mengeluarkan beberapa perkara penting tentang kedudukan dan peruntukan wajar kepada orang Melayu demi menyeimbangkan kedudukan ekonomi dan pemilikan kekayaan. Logika bantuan kepada pribumi untuk menyelamat dari terus ditinggalkan amat menyentuh perasaan.. Syarahan umum yang lebih berkredebiliti adalah tempat yang lebih sesuai, memandangkan imej beliau akan lebih dipandang serong lagi negatif bila berucap dalam nada Perkasa. Bintang yang diterima juga agak melucukan. Sejak bila NGO seperti Perkasa diiktiraf bintangnya, apakah bintang Ibrahim Ali ini mengatasi bintang yang diberi oleh YDP Agung atau Sultan mahupun Perdana Menteri. Kelak nanti beribu bintang akan dikeluarkan oleh berbagai NGO...

Dalam perkara yang berkaitan Tun tidak melihat belakang dengan sepenuhnya jujur. Zaman beliau dahulu lagi sudah ada pelbagai tuntutan tetapi pelbagai tekanan keras dan penggunaan ISA meluas seperti dalam Operasi Lalang 1987. Ketua Hakim negara dipecat, pembangkang ditahan di Kemunting dan sebagainya dilakukan. Bagi Tun tidak perlu meminta maaf dalam menggunakan simbol keris. Namun keris walau pun boleh dikaitkan dengan simbol Melayu, dengan menghunusnya serta mengaitkan dengan darah bukan Melayu memang ia agak keterlaluan. Kita sudah berada dalam abad 21, bukan 19 atau 2o lagi. Memang Melayu mudah lupa.

Tuesday, March 23, 2010

Who is the manipulator? Who is the kingmaker?

Lim Sue Goan, Malaysian Insider

Mar 23, 2010


It is a three-cornered fight for the MCA presidency. Who do you wish to be elected the party president? Is it former president Tan Sri Ong Ka Ting, former deputy president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek or incumbent president Datuk Seri Ong Tee Keat?

It is not something to be determined by you and me, but by the 2,380 central delegates of the MCA. They are bearing a very heavy responsibility as they are going to choose party leaders on behalf of a million party members, as well as the Chinese community of Malaysia. How are they going to make the decision?

Many newspaper analyses show that Tee Keat has no chance to win the battle as his performances and record as the president are obvious to all. Therefore, it is going to be a fierce fight between Ka Ting and Dr Chua. The two of them are familiar enough to the public.

Ka Ting has a strong leadership ability. He successfully united Team A and B after taking office in 2003. It is his advantage to win votes. However, he has left office for more than a year.

As for Dr Chua, he possesses a strong organisational capacity. He is supported by the grassroots since he has been active among them over all these years. It is the key for him to make a breakthrough but unfortunately his image is not as good as his opponents’.

In the 2005 party elections, Ka Ting defeated former Health Minister Datuk Chua Jui Meng by winning 1,515 votes (65 per cent support). As for Dr Chua, he was elected the deputy president among the four candidates in the 2008 party elections by gaining 1,115 votes (48.52 per cent support). But the previous results can only be used as a reference.

To a large extent, MCA party elections depend on the factions and commands from the high level. For example, how many votes are controlled by district chairmen, state chairmen, state assemblymen and members of Parliament. Candidates who are able to gain more support from district factions and leaders will have a bigger chance to win. But ironically, all the candidates contesting for high posts this time claim that they have not formed any alliance with others.

The fresh polls are complicated as they involve interest transmissions and the manipulation of old forces and veterans. Elections require forces, friendship and contacts. There may be tens or hundreds of manipulations, who are wrestling and deploying behind the scene to make a fresh poll result.

Therefore, it is not as simple as treating the delegates or shaking hands with them. If Dr Chua did not mention about it, not many would know that the MCA owns more than RM2 billion in assets. No wonder the fresh polls are so bustling.

According to analyses, Ka Ting and Dr Chua are evenly matched. If Tee Keat gains only 20 per cent of support, then Ka Ting and Dr Chua may get 40 per cent of support each. However, there are always swing voters who vote based on their own judgement or conscience.

The fight is intense and many factions can be seen in the current fresh polls. I believe that there are not many swing votes but the small percentage of swing voters may become the kingmaker.

In the Oct 10 extraordinary general meeting (EGM) last year, both Tee Keat and Dr Chua were voted out together and the results were actually affected by mere one per cent of votes. At that time, many people tried to guess who was the third force; was it a veteran camp or an outside force?

The fresh polls may also be dramatic. If you do not believe me, just wait and see! — mysinchew.com
*This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.


Comment: How I wish its a one-to-one contest between Ong Tee Keat and Chua Soi Lek.. The long standing fight between the two has finally come to an expected ending. Ka Ting's presence has altered the rivalry and it will not be surprising if he turns out to be the victor. His return from retirement to contest the party's top post indicates the question of integrity.. how in the world will people trust the politicians...
..28Mar 10, 7.40pm.. Results has just been announced, Dr Chua Soi Lek won and he is the new President of MCA, defeating both ex-Presidents. The reps have fully used their rights and potrayed their different view of his smeared image. Both Ongs should respect the votes given to him... Shouldn't they..?
******
***
*

Saturday, March 6, 2010

PP cuba pulihkan pilihan raya k'jaan tempatan

Low Chia Ming
Mac 6, 10
Malaysiakini.com


Dua hari sebelum Pakatan Rakyat meraikan ulang tahun kedua mereka merampas, Pulau Pinang, kerajaan negeri hari ini mengumumkan pilihan raya kerajaan tempatan akan diadakan semula.

Pilihan raya itu membabitkan dua majlis tempatan - Majlis Tempatan Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Tempatan Seberang Perai (MPSP)

Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, surat telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf pada 4 Mac lalu meminta mereka menguruskan perjalanan pilihan raya berkenaan.

Perkara itu, kata Lim terkandung dalam Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi "undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada SPR menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada yang dinyatakan dalam Fasal (1)."

Lim juga berkata pihaknya bersedia berbincang dengan SPR bagi menyelaraskan perjalanan pilihan raya kerajaan tempatan itu.

Pilihan raya kerajaan tempatan yang terakhir dihentikan sejak 40 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum itu, pilihan raya itu didakwa mampu mengembalikan keberkesanan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas di kawasan masing-masing.

Lim juga pernah dilaporkan berkata, pelbagai masalah yang berlaku di peringkat tempatan sekarang adalah kerana kegagalan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suray berkenaan belum dibawa untuk perhatian suruhajaya itu lagi.

“SPR akan meneliti kandungan surat itu dan membincangkannya sebelum memberikan jawapan (kepada kerajaan Pulau Pinang).

“Apapun keputusannya sama ada positif atau negatif, adalah terlalu awal untuk kita perkatakan. Ini membabitkan isu perundangan yang perlu diambil kira," kata Ahmad.

Komen: Nampak cantik di permukaan, namun keputusan ini perlu diteliti dengan amat berhati-hati oleh semua Adun P. Pinang terutamanya dari Adun Melayu. Atas dasar apa pilihanraya tempatan ini diadakan? Apakah Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya tidak berfungsi dengan cekap di negeri ini...? Muslihat halus saya kira boleh dibaca di sini. KM dan DAP sudah membaca bahawa sekiranya pilihanraya tempatan dikembalikan maka wakil-wakil yang menang kelak dari parti mana yang ramai. Siapakah yang menjadi pengundi terbesar di P Pinang khususnya di sebelah pulau. Dengan muka satu etnik sahaja yang bakal menjadi wakil kerajaan tempatan ia memberi gambaran bahawa pulau ini dikuasai oleh satu kaum dan dari situ mereka akan beranjak seterusnya untuk agenda seterusnya. Tidak ada maksud lain dalam muslihat ini...