Malaysiakini.com
Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menuntut menteri yang bertanggungjawab ke atas syarikat permodalan negara Khazanah Nasional Bhd supaya meletak jawatan atas kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 bilion.
Pada ucapannya di Dewan Rakyat hari ini, Wee (kiri) berkata kerugian itu berlaku selepas Khazanah mempengaruhi Pos Malaysia Bhd dalam isu penjualan sahamnya dalam sebuah lagi syarikat "X" dengan harga RM14 juta.
"Saya difahamkan bahawa maksud 'penguasaan luar' di sini adalah penguasaan dariapda Khazanah (Nasional) Bhd, yang diketuai oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan syer X adalah Transmile Bhd.
"Saya merayu kepada perdana menteri untuk menjalankan satu siasatan dengan segera apa yang telah didedahkan.
"Jikalau tuduhan tersebut adalah benar, saya percaya benar, menteri yang bertanggungjawab untuk Khazanah pada masa itu, jika masih memegang jawatan menteri mesti meletak jawatannya dengan segera untuk memikul tanggungjawabnya.
"Tindakan keras mesti diambil terhadap menteri tersebut dan pegawai Khazanah yang terlibat," katanya.
Wee berkata, beliau difahamkan perkara itu melalui satu rencana yang disiarkan dalam satu keluaran majalah Malaysian Business.
Katanya rencana bertajuk 'Is whistle-blowing really serious' itu ditulis oleh bekas ahli parlimen Tan Sri Adam Kadir yang juga merupakan bekas pengerusi Pos Malaysia.
Tulisan itu juga menyebut, keputusan untuk menjual pegangan berkenaan dibuat oleh badan pengarah Khazanah.
"Saya percaya, ini adalah satu contoh yang jelas -- harapkan pagar, pagar makan padi," katanya.
Komen: Melihat kepada jumlah itu sahaja boleh membuatkan kita ternganga, malah ramai yang tidak dapat menganggarkan sebesar mana...RM546b, bukan juta... 10 keturunan tidak dapat menghabiskan jumlah ini.. Satu billion sudah dianggap terlalu besar jika kita mengalami kerugian.. kemana hilangnya..? ke luar atau ada yang menangguk di mana-mana..? Banyak sangat ketirisan yang berlaku, apa lagi yang tidak kita tahu..
No comments:
Post a Comment