Low Chia Ming
Mac 6, 10
Malaysiakini.com
Dua hari sebelum Pakatan Rakyat meraikan ulang tahun kedua mereka merampas, Pulau Pinang, kerajaan negeri hari ini mengumumkan pilihan raya kerajaan tempatan akan diadakan semula.
Pilihan raya itu membabitkan dua majlis tempatan - Majlis Tempatan Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Tempatan Seberang Perai (MPSP)
Menurut Ketua Menteri, Lim Guan Eng, surat telah dihantar kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf pada 4 Mac lalu meminta mereka menguruskan perjalanan pilihan raya berkenaan.
Perkara itu, kata Lim terkandung dalam Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi "undang-undang persekutuan atau undang-undang negeri boleh memberi kuasa kepada SPR menjalankan apa-apa pilihan raya yang lain daripada yang dinyatakan dalam Fasal (1)."
Lim juga berkata pihaknya bersedia berbincang dengan SPR bagi menyelaraskan perjalanan pilihan raya kerajaan tempatan itu.
Pilihan raya kerajaan tempatan yang terakhir dihentikan sejak 40 tahun lalu oleh kerajaan Barisan Nasional.
Sebelum itu, pilihan raya itu didakwa mampu mengembalikan keberkesanan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas di kawasan masing-masing.
Lim juga pernah dilaporkan berkata, pelbagai masalah yang berlaku di peringkat tempatan sekarang adalah kerana kegagalan pihak berkuasa tempatan menjalankan tugas seperti yang diharapkan oleh rakyat.
Ketika dihubungi, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata suray berkenaan belum dibawa untuk perhatian suruhajaya itu lagi.
“SPR akan meneliti kandungan surat itu dan membincangkannya sebelum memberikan jawapan (kepada kerajaan Pulau Pinang).
“Apapun keputusannya sama ada positif atau negatif, adalah terlalu awal untuk kita perkatakan. Ini membabitkan isu perundangan yang perlu diambil kira," kata Ahmad.

Komen: Nampak cantik di permukaan, namun keputusan ini perlu diteliti dengan amat berhati-hati oleh semua Adun P. Pinang terutamanya dari Adun Melayu. Atas dasar apa pilihanraya tempatan ini diadakan? Apakah Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya tidak berfungsi dengan cekap di negeri ini...? Muslihat halus saya kira boleh dibaca di sini. KM dan DAP sudah membaca bahawa sekiranya pilihanraya tempatan dikembalikan maka wakil-wakil yang menang kelak dari parti mana yang ramai. Siapakah yang menjadi pengundi terbesar di P Pinang khususnya di sebelah pulau. Dengan muka satu etnik sahaja yang bakal menjadi wakil kerajaan tempatan ia memberi gambaran bahawa pulau ini dikuasai oleh satu kaum dan dari situ mereka akan beranjak seterusnya untuk agenda seterusnya. Tidak ada maksud lain dalam muslihat ini...
1 comment:
inilah dilema politik Malaysia, kita sering terperangkap dalam kantung - kantung perkauman yang menjengkelkan. apakah usaha untuk membawa pilihan raya kerajaan tempatan itu hanya untuk Pulau Pinang? jika tidak bersetuju dengan pilihan raya, maka apakah mekanismenya untuk memastikan rakyat dapat terlibat menentukan jalan hidup mereka. kerajaan tempatan adalah badan yang paling mengesani kehidupan rakyat kerana apa pun undang2 yang mereka luluskan, apa pun sikap mereka, ia akan memberi kesan lansung kepada rakyat.
biarkanlah rakyat belajar untuk merayakan demokrasi. soal kaum hnya untuk menutup pekong sendiri. UMNO terbuki gagal di Penang dan negeri lainnya. UMNO jugalah yang buat Melayu bandar terpinggir, maka jika kita jujur dengan prinsip, kritikal jugalah pada apa yang dilakukan oleh UMNO di Penang dan negeri lainnya.
Post a Comment