Monday, April 12, 2010

Biasiswa Siswazah Kementerian Pengajian Tinggi

***
**
*
Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan di bawah
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
Bagi Kakitangan IPTA (Bukan Akademik)
Tahun 2011

Kementerian Pengajian Tinggi telah menawarkan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan bagi kakitangan bukan akademik yang berminat dan telah melakukan persediaan untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara di peringkat Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana. Syarat-syarat khusus permohonan ialah seperti berikut:

i. Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

ii. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada 1 Januari 2011;

iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (pencapaian CGPA minimum 2.50) bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana bagi pengajian peringkat PhD;

iv. Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang/pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan):

1. Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka pendek di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap satu tahun tamat kursus jangka pendek berkenaan.

2. Bagi calon yang telah mengikuti kursus jangka panjang di luar negara dan memohon untuk mengikuti kursus ini di luar negara mestilah melepasi genap dua tahun tamat kursus jangka panjang berkenaan.

v. Mencapai Gred A dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut (2006, 2007 & 2008 atau 2007, 2008 & 2009);
vi. Perlu memohon ke universiti selain dari tempat berkhidmat sekarang;

vii. Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan;

viii. Tidak menerima sebarang bentuk penajaan lain;

ix. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;

x. Telah mengisytiharkan harta; dan

xi. Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
Syarat tambahan bagi permohonan luar negara:

i. Lulus ujian Bahasa Inggeris skor minimum sama ada TOEFL 600 (Paper-Based), 240 (Computer-Based) atau 94 (Internet-Based) atau IELTS 6.5.
**
Syarat ini adalah untuk kemasukan ke semua universiti luar negara termasuk universiti yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hanya ujian yang diambil pada atau selepas tahun 2007 sahaja diambilkira bagi tujuan ini;

ii. Menerima tawaran tempat pengajian daripada universiti terkemuka, bagi United Kingdom sekurang – kurangnya bertaraf 4A ke atas (RAE Report) dan bagi USA bertaraf ‘very competitive’ atau ‘highly competitive’ (Barron’s Profile). Bagi negara –negara lain, sistem penarafan yang hampir sama juga digunakan; dan
**
iii. Lulus Kursus Khas Kenegaraan anjuran Biro Tatanegara.

 Calon boleh menduduki Ujian Bahasa Inggeris, mendapatkan tempat pengajian dan mengikuti Kursus Khas Kenegaraan setelah berjaya ditawarkan Biasiswa ini.

**
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web www.mohe.gov.my. Permohonan dibuka mulai 19 April 2010 sehingga 30 April 2010.
**
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dimuat turun dan dicetak serta dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan dihantar ke
Unit Latihan Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Pendaftar,
UKM
**
(Bagi UKM, bagi majikan lain.. boleh bertanya dengan pendaftar / bhg sumber manusia jabatan berkaitan) sebelum 5 Mei 2010 dengan disertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

1) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini;
2) Salinan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana atau setaraf;
3) Salinan transkrip Ijazah Sarjana Muda / Sarjana atau setaraf;
4) Salinan Senarai Tugas;
5) Satu salinan Kertas Cadangan Penyelidikan; dan
6) 1 keping gambar berukuran passport.
***
**
*
gd luck..
***
**
*

No comments: