Wednesday, April 14, 2010

Hisham: 'Jaminan selepas Pornthip beri butiran'

Apr 14, 10
Salhan K Ahmad
Malaysiakini.com


Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta Dr Pornthip Rojanasunand supaya mengemukakan apakah ancaman yang dihadapi supaya beliau boleh mengambil tindakan untuk menjamin keselamatan pakar patologi Thailand itu.

Hishamuddin yang juga menteri dalam negeri berkata hanya Pornthip yang mengetahui apakah ancaman yang dihadapinya. "Beritahu saya apa yang ditakutinya. Beritahu saya, siapa yang beri tekanan kepada dia. Beritahu saya apakah ancaman kepada keselamatan dia. "Kemudian barulah polis boleh buat apa yang perlu untuk pastikan keselamatannya," katanya ketika bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

"Dengan kenyataan umum macam itu, bagaimana kita hendak beri jaminan? Hanya (Pornthip) yang tahu apakah ancaman terhadapnya. Beritahu saya hari ini, esok saya akan jamin keselamatan dia," katanya lagi.

Pornthip sebelum ini mendapati, Teoh Beng Hock telah mati dibunuh selepas membuat bedah siasat kedua ke atas mayat pembantu politik tersebut pada 22 Nov lalu atas pelawaan kerajaan Selangor.

Ganguan politik

Ahad lalu, Pornthip bagaimanapun berkata beliau terpaksa menarik diri daripada menghadiri perbicaraan inkues ke atas kematian Teoh kerana mendakwa terdapat 'ganguan politik' daripada kerajaan Malaysia.

Menurutnya, beliau mendapat maklumat daripada pegawai kerajaan Thailand bahawa rakan sejawatan mereka memberikan "isyarat" kepada kementerian luar Thailand bahawa kedatangan Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia.

Pornthip memberitahu beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Pakar patologi berusia 54 tahun itu berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.
++
+
Komen: Sebagai Menteri Dalam Negeri yang memelihara keamanan Pak Menteri tidak seharusnya memberi sebarang syarat bagi menjamin keselamatan, sesiapa sahaja di dalam negara ini. Apakah kenyataan beliau ini memberi makna (implying) bahawa jika tidak diberi maklumat tersebut maka pihak polis atau keselamatan dalam negeri tidak mahu menjaga keselamatan saksi. Di mana peranan pihak yang berkuasa dalam memelihara keamanan negara, apa lagi saksi dan lebih-lebih lagi saksi dari negara luar. Tidakkah ia akan memberi masalah serius kepada hubungan dua negara sekiranya sesuatu yang serius berlaku kepada pakar tersebut, apa lagi setelah beliau memaklumkan dari awal bahawa beliau bimbang keselamatannya di negara ini. Jika pak menteri cinta kepada keadilan mahkamah dan berusaha memulih keyakinan orang ramai kepada pemerintah kini, sebaiknya mahkamah diberi kebebasan untuk memberi penghakiman yang seadil-adilnya. Suara seperti ini hanya menguatkan lagi sangkaan semua pekung ini adalah satu konspirasi besar oleh penguasa!!!
+++
++
+

No comments: