Friday, April 22, 2011

ZAMALAH RM4,000 SEBULAN



SKIM ZAMALAH UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2011


Skim Zamalah Perdana Universiti Kebangsaan Malaysia diwujudkan bertujuan untuk menarik pelajar yang sangat cemerlang dalam bidang akademik untuk mengikuti pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) secara penyelidikan sepenuh masa di UKM. Ia merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan bilangan pelajar siswazah dan juga aktiviti penyelidikan universiti. Skim ini adalah sangat kompetitif dan hanya diberi kepada pelajar yang memenuhi kriteria. Untuk tahun ini, UKM menyediakan sehingga lima (5) zamalah untuk ditawarkan kepada pelajar yang layak. Syarat Kelayakan dan Cara Memohon:


1) Permohonan adalah dibuka kepada calon tempatan dan luar negara.
2) Mengikuti program pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) secara sepenuh masa melalui mod penyelidikan dan penyediaan tesis.
3) Pembiayaan akan bermula sebaik sahaja penerima zamalah ini mendaftar sebagai calon Doktor Falsafah secara sepenuh masa.
4) Mempunyai kelulusan akademik cemerlang dengan kelulusan CGPA tidak kurang daripada 3.67 atau setara pada peringkat pra siswazah. Bagi pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana, hendaklah mempunyai pencapaian akademik yang sangat cemerlang di peringkat sarjana.
5) Tidak menerima biasiswa atau sebarang bantuan kewangan daripada pihak lain untuk membiayai pengajian.
6) Pelajar tahun akhir peringkat Sarjana Muda/Sarjana yang mempunyai prestasi akademik cemerlang dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD melalui penyelidikan juga boleh memohon dengan mengemukakan permohonan melalui fakulti masing‐masing dan memperolehi perakuan serta sokongan daripada Dekan fakulti berkenaan.

7) Penerima Zamalah Perdana UKM dikehendaki menjalankan penyelidikan yang ditetapkan dalam program pengajian masing‐masing dan membantu dalam pengajaran yang ditentukan oleh fakulti, tetapi tidak melebih 6 jam seminggu.

8) Penerima zamalah ini juga dikehendaki menandatangani perjanjian yang antara lain tidak membenarkan mereka menukar pengajian pada bila‐bila masa tanpa persetujuan penyelia/Dekan Fakulti serta mendapat kelulusan Pengarah PPS, memastikan prestasi cemerlang sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi syarat‐syarat lain seperti yang ditetapkan oleh Universiti.



Tempoh Pembiayaan: Bermula semester pertama pendaftaran untuk tempoh maksimum tiga tahun.
Kadar Pembiayaan: Elaun Bulanan RM 4000.00
Yuran Pengajian* Dikecualikan
Yuran Pemeriksaan Tesis* Dikecualikan (sekali sahaja)
Elaun Penyediaan: Tesis RM 500.00


*Penerima Zamalah Perdana UKM hanya dikecualikan daripada membayar Yuran Pengajian dan Yuran Peperiksaan Tesis sahaja. Manakala bagi yuran‐yuran selain yang dinyatakan di atas, adalah menjadi tanggungjawab pemegang skim ini untuk menjelaskan.



utk keterangan lanjut sila ke e warga ukm http://ewarga.ukm.my/ewarga/


Good Luck..


No comments: