Monday, February 23, 2009

Speaker Perak dan Isu Penculikan

Seperti dlm komen sebelum ini Speaker Perak dari analisis politik...mungkin boleh terjebak dgn bahaya penculikan..., ia kini (23 Feb) telah mula disedari oleh pemerhati lain seperti berita Utusan di bawah. Lihat link berikut mengenai komen terdahulu tentang ini...di bahagian hujung komen...

http://sainspolitikmalaysia.blogspot.com/2009/02/was-sultan-right-constitutionally.html

23/02/2009 Utusan Online
Nizar usul undi tidak percaya terhadap Zambry

IPOH 22 Feb. - Pakatan pembangkang akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir pada sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan sebaik sahaja mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah menulis surat meminta persetujuan Sultan Perak untuk diadakan sidang khas DUN itu secepat mungkin. ''Surat telah dihantar pada minggu lepas. Dalam sidang khas itu kita akan lihat siapa dapat majoriti supaya dapat ditunjuk kepada orang ramai.

''Dengan tiga 'katak' dan tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) sudah digantung, pakatan pembangkang mempunyai 28 kerusi manakala BN 21 kerusi dan dengan ini kita ada majoriti," katanya. Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas meraikan petugas media, pengendali laman-laman blog dan Unit Amal Pas di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Majlis itu diadakan sempena perpindahan beliau dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak hari ini. Mohammad Nizar keluar meninggalkan kediaman itu pada pukul 11.45 pagi ini.Mengulas lanjut, beliau mendakwa, BN takut sekiranya sidang khas DUN ini diadakan kerana mereka tidak mempunyai suara majoriti dalam Dewan.

Menjawab tentang kehadiran Zambry, enam Exco kerajaan negeri yang 'digantung' serta tiga ADUN Bebas pada sidang DUN itu nanti, kata Mohammad Nizar, ia mungkin akan menyebabkan berlaku sedikit kekecohan di awal persidangan. ''Mereka (Zambry dan enam Exco) boleh datang, tetapi Speaker dah gantung mereka," tegasnya.

Pada Rabu lalu, Sivakumar dalam kenyataan akhbar mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan. Diminta mengulas persepsi orang ramai bahawa tindakan Sivakumar itu berat sebelah dan bermotif politik, Mohammad Nizar mendakwa apa yang dilakukan oleh Speaker DUN Perak itu tidak menyalahi peraturan DUN. Tegasnya, Speaker DUN mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian dan keputusan itu tidak boleh dicabar oleh sesiapa termasuk mana-mana mahkamah.

''Keputusan Speaker adalah muktamad dan ia dibuat atas penghakiman beliau sendiri selaras dengan peraturan DUN dan prinsip kebenaran," katanya. Bekas Menteri Besar itu juga memberitahu bahawa Sivakumar sedang dikawal rapi kerana bimbang akan 'diculik' oleh UMNO dan BN sebelum berlangsungnya sidang khas DUN.

Beliau mendakwa, UMNO dan BN telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa parti itu pernah 'menculik' Speaker DUN Kelantan 20 tahun lepas. ''Semua blogger tolong sebarkan bahawa UMNO dan BN sedang berusaha untuk culik Speaker kita," katanya.

Sementara itu, ditanya adakah beliau akan akur sekiranya mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah, Mohammad Nizar hanya menjawab: ''Kita akan tunggu keputusan mahkamah atau 'mahkamah' yang lebih tinggi daripada itu."

Komen:
Lihat hujung komen dlm artikel di bawah...
Was The Sultan Right Constitutionally...?
(warna & italics, tambahan sendiri)

No comments: