Oleh Saufi Hamzah dan Azli Ayob
bhnews@bharian.com.my Jumaat, 12 Jun 2009
Pungutan suara hanya kaji selidik
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, pungutan suara itu hanya kaji selidik untuk tujuan akademik parti berkenaan.
"Setahu saya, MCA tak ada niat untuk keluar daripada BN. Mungkin pungutan suara itu bersifat akademik tapi kedudukan MCA memang sentiasa sebagai rakan kanan dalam BN," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan majlis Konsultasi Bajet 2010 di Kementerian Kewangan di sini, semalam.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas pungutan suara dalam laman blog Ong, www.ongteekeat.net yang bertajuk 'Patutkah MCA meninggalkan BN'.
Dalam pungutan suara itu yang menerima maklum balas 2,592 orang (sehingga jam 3 petang semalam), sebanyak 75.8 peratus mahu MCA keluar BN manakala 24.3 peratus tidak bersetuju dengannya. (kini 12 Jun, sudah 78%) . . . .(disambung dgn berita lain).
Komen: Survey dibuat melalui laman Presiden MCA, Ong Tee Keat. Responden dipercayai lebih ramai pengundi Cina dan ahli MCA. Anehnya kenyataan MCA tidak akan keluar dari BN dilahirkan oleh Presiden UMNO. Presiden MCA atau Exco lain belum membuat kenyataan. Bermacam tafsiran boleh dibuat di sini... Satu amaran?, satu ingatan? kenyataan sebagai mewakili, atau percikan hati kecil dari gemuruh gundah gulana...? Kedudukan BN dlm politik Malaysia kini dilihat amat genting. Dlm keadaan politik gabungan seperti ini satu sahaja parti utama seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS atau SUPP bertindak keluar maka teori domino terus berjalan. Zaman sudah berubah, lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang.
No comments:
Post a Comment