Sultan Johor hari ini menolak cadangan pembinaan jambatan ketiga menghubungi Johor dengan Singapura seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan lalu.
Titah Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail itu disampaikan oleh Tengku Mahkota Johor ketika merasmikan persidangan penggal kedua DUN Johor pagi ini, lapor Bernama.
"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa Tuanku tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.Terdahulu, Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.
Perdana menteri mengumumkan mengenai minat Singapura membina jambatan ketiga di timur Johor bersama Malaysia apabila hasratitu dilahirkan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew pada pertemuan mereka di Putrajaya. (kedudukan kawasan jambatan ketiga, garis titik merah peta di atas)

Dalam titah yang disampaikan menerusi Tunku Mahkota itu juga, Sultan Iskandar menasihatkan rakyat supaya menyambut langkah kerajaan untuk membina ekonomi yang maju. Menurut agensi berita itu lagi, baginda turut meminta rakyat berpegang teguh kepada Perlembagaan supaya keadaan terus aman dan damai. "Perpaduan antara rakyat mesti dijaga supaya semua rakyat dapat hidup bahagia. Kita hendaklah muafakat kerana muafakat itu berkat," titah baginda.
Komen: Kawasan ini didakwa sesuai dibangunkan bagi projek pelancongan dengan terdapatnya pelbagai kawasan rekreasi dan alam sekitar yang menarik seperti Desaru, Mersing dan pinggiran pantai yang lain. Namun pelbagai persolan yang boleh dibangkitkan di sini hingga Sultan Johor sendiri menyuara pandangan. Mestikah dibuat jambatan tersebut untuk membangunkan kawasan itu. Apakah tanpa jambatan itu pelancong Singapura tidak datang. Sebagai bandingan Genting Highland, Langkawi, Sarawak yang jauh pun tetap menjadi tumpuan rakyat Singapura jika ia mempunyai nilai tarikan yang tinggi. Tidakkah ini menjadi satu projek yang tinggi harganya memandangkan jaraknya yang amat jauh, sedangkan terdapat jarak yang lebih dekat di bahagian lain. Semua ini membangkitkan persoalan... atau apakah ia merupakan satu projek yang memberi banyak 'inject'...?

No comments:
Post a Comment