Thursday, July 23, 2009

Keluarga Teoh mahu bertemu PM

Khamis Julai 23, 2009
MStar (dari Bernama)

ALOR GAJAH: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang mennyambut baik pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes kematian mendiang berharap dapat bertemu dengan Perdana Menteri secepat mungkin.

Adik perempuan Teoh, Lee Lian, 29, selaku jurucakap keluarga itu berkata mereka mahu bertemu dengan Perdana Menteri bagi memaklumkan secara peribadi permintaan mereka supaya siasatan menyeluruh dijalankan terhadap kes kematian abangnya itu.

"Setelah diteliti, suruhanjaya dengan termaterma khusus itu hanya berkaitan untuk meneliti dan mengkaji soal siasat yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Suruhanjaya itu tidak merangkumi siasatan untuk punca kematian dan pihak yang bertangungjawab," katanya kepada pemberita di kediaman keluarganya di Taman Seri Kelemak di sini hari ini.

Semalam Kabinet memutuskan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan minggu depan bagi menentukan punca kematian Teoh, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah.


Satu suruhanjaya diraja juga diwujudkan dengan termaterma khusus iaitu meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai SPRM.

Teoh ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam Khamis lalu selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM.

Semalam,Najib turut menyatakan kesediaan untuk bertemu keluarga Teoh untuk memaklumkan hasil siasatan itu. BERNAMA


Komen: Terlalu banyak komen susulan setelah kabinet memutuskan untuk membentuk suruhanjaya penyiasat bagi kes ini. Sebelum ia dimaklumkan pelbagai pihak menuntut satu suruhanjaya penyiasatan bebas diwujudkan. Setelah disahkan oleh kabinet ia diwujudkan, berbagai pula komen lain seperti tidak percaya akan keadilan, kebebasan dan ketelusan yang akan diketengahkan.. Persoalannya kenapa suara-suara seperti ini keluar? Kenapa keluarga mendiang sendiri pun tidak yakin dan ingin berjumpa dengan PM bagi menyatakan kehendak dan kepastian mereka. Semua ini memberi gambaran demikian imej yang wujud terhadap suruhanjaya penyiasatan di negara ini. Lihat kes video Lingam sebagai contoh dan lain-lain kes lagi yang melibatkan badan penyiasat seperti ini.. Ke mana akhirnya...? Apakah semua itu disusuli dengan tindakan yang sewajarnya..??

2 comments:

♥ Lady Mae ♥ said...

salam prof,

saya sependapat dgn mereka prof, saya sendiri meraguinya.
bagaimana kita nak menyakini dengan badan2 adhoc yg ditubuhkan utk menyiasat kes-kes sebegini seandainya ketelusan badan2 sedemikian adalah kurang telus?
(tmasuk kes video lingam yg prof sebut, kes tun salleh abas etc)
bukan itu saja, bahkan badan2 seperti badan kehakiman kita juga telah beberapa kali mengecewakan rakyat dengan perbicaraan yg kita sendiri mampu nilai kebenaran perkara yg dibicarakan di mahkamah...

kemungkinan juga dari segi sistem fusion of powers menimbulkan permasalahan dari segi ini...

saya merasa sedih dengan apa yg menimpa keluarga teoh...

satu lagi masalah, seharusnya SPRM pun diletakkan di bawah Parlimen, namun seperti kita sedia maklum ianya diletakkan di bawah JPM... kalau begitulah ceritanya... sudah tentu kita dapat meneka bahawa ianya membolehkan pihak2 tertentu untuk campur tangan dalam urusan dan kerja2 SPRM...

ini luahan pendapat saya yg tidak seberapa prof...

sekian, wslm

Sains Politik Malaysia said...

TQ for your comment. I wonder why ppl always link this to politics. For me this is purely human matter. Teoh has family, I mean his ma and pa. He has rigths and that should be respected. He was not the suspect being investigated, yet only a witness. Why must his life gone so cheap. I think we are in deep trouble, in term of protecting our rights and life. Let alone gone under the hand of supposedly trusted body like sprm or police... Really hope they can put themselve in the same position. How would the ma and pa feel... do drop by whn u r in ukm lady mae..