Showing posts with label BN Sarawak. Show all posts
Showing posts with label BN Sarawak. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Sarawak menjalani Pilihanraya ke 10

Rencana dikirim ke majalah Konsumer


Masyarakat dunia dihadapkan dengan perubahan besar di benua Arab. Rejim Hoesni Mubarrak tumbang di Mesir setelah berminggu-minggu orang ramai berhimpun di dataran Tahrir di bandaraya Kaherah menuntut Presiden Negara meletak jawatan. Sebelum itu Presiden Tunisia mendahului, setelah beribu-ribu orang datang ke kota untuk menunjuk rasa amarah mereka kepada rejim pemerintahan.

Gejala penentangan ini kemudian berkembang ke negara lain, seperti Yaman, Syria, Jordan dan kini sedang panas di Libya. Muammar Gadafi didesak turun. Pemimpin angkuh ini masih kuat bertahan dan menggunakan kekerasan kepada penentangan pejuang demokrasi ini. Sudah ramai yang terbunuh kesan dari penentangan ini. Namun kelihatan kedua-duanya kuat, saling berhadapan dan amat menyedihkan apabila ia memakan korban yang besar. Selagi Gadafi tidak turun maka selagi itu lah penentangan ini akan berterusan. Apa lagi ia telah memakan korban, maka dendam dan kemarahan orang ramai tidak akan terhapus dengan mudah. Gadafi pula amat malu untuk turun. Beliau telah menguasi negara nya dengan begitu lama sejak empat dekad lalu. Baginya rakyat negaranya akan terus memujanya dan mimpi ini yang menguatkan semangatnya untuk bertahan dan meneruskan perjuangan.

Apa yang boleh diiktibarkan dari perkembangan ini ialah kesengsaraan yang dialami oleh penduduk benua Arab ini. Mereka begitu sengsara, menderita dan amat daif keadaannya dan dengan itu tidak betah lagi bertahan dengan kedudukan melarat, papa kedana dan tertindas sejak sekian lama. Sejak beberapa dekad dulu, revolusi dan kemunculan pemerintahan republik diharap dapat membawa perubahan. Kecuali Tunisia, Raja telah dijatuhkan dan revolusi diharap dapat membawa perubahan. Rising of expectation atau peningkatan harapan melonjak tinggi. Setelah keluar dari cengkaman raja mereka merasakan inilah masa perubahan apabila istana tidak lagi menguasai ekonomi negara. Maka dengan penentangan ini mereka mengharapkan impian lama itu boleh diteruskan lagi.

Pilihanraya Negeri Sarawak

Dalam negara lain perbincangan kebangkitan ini muncul dengan nada yang sama, menuntut rejim yang sudah terlalu lama turun. Secara kebetulan kerajaan negeri Sarawak turut menghadapi pilihanraya dan suara mendesak ketua menteri turun juga memuncak. Mereka menyatakan beliau telah begitu lama memerintah dan sudah masanya diganti. Mereka menyatakan tidak ada banyak perubahan dibuat oleh kerajaannya apabila harga barang semakin naik apa lagi gula, minyak, barang makanan, sewa rumah, bahan pembinaan, pengangkutan dan sebagainya. Rejim Taib Mahmood dilihat sebagai pemimpin yang gila kuasa dan enggan turun.




Dun Sarawak


Bagi yang menentang, mereka merasakan ini lah masanya kuasa undi itu digunakan. Pengundi sepatutnya menggunakan undi ini untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini. Suara berkempen menyatakan Sarawak akan menjadi seperti Mesir dan Taib akan tumbang menjadi seperti Hoesni Mubarrak. Bagi mereka, rakyat Sarawak sudah amat sengsara dan rejim yang ada perlu ditukar. Rakyat tidak dapat bertahan lagi dengn penindasan yang wujud, sama seperti penduduk Mesir dan Tunisia. Suara-suara menyatakan kerajaan akan berubah dan majoriti dua pertiga akan dinafikan bergema menjelang pilihanraya ini. Kempen pembangkang pula ternyata berjaya memukau pendengar dan ternyata kehadiran pendengar amat tinggi berbanding dengan program BN. Ini menjadikan usaha pemimpin pusat dan negeri dilipatkali ganda bagi menyaingi usaha Pakatan Rakyat ini.

Persoalan timbul, apakah benar masyarakat Sarawak sengsara dalam pemerintahan Taib Mahmood? Apakah mereka begitu miskin, menderita seperti yang terdapat dalam peringkat bawah rakyat Tunisia? Apakah mereka juga tidak dapat cukup makan, ramai yang menganggur dan anak-anak tidak bersekolah? Apakah kerajaan ini melarang semua bentuk penyuaraan sehingga tidak langsung mendengar suara atau kehendak orang ramai dan kepentingan semua lapisan penduduk?

Semua ini akan menjawab persoalan pilihanraya dan pengekalan status quo di Serawak ini. Setelah dibuat pilihanraya ternyata Taib Mahmood masih berkuasa di negeri ini. Taib terus mendapat kemenangan dan Barisan Nasional juga masih menguasai dua pertiga majoriti. Mereka bukan sahaja menang setakat cukup makan atau dengan majoriti mudah, tetapi dengan majoriti yang agak selesa. Keputusan menunjukkan hanya di kawasan majoriti pengundi China seperti di Kuching, Sibu danMiri yang BN tewas manakala di kawasan lain terutaama kawasan Melayu Muslim dan Dayak BN mendapat sokongan yang amat baik.

Persoalannya, apakah tuduhan penderitaan masyarakat Sarawak itu dapat disamakan dengan penderitaan masyarakat Tunisia dan Mesir seperti yang diwarwarkan sebelum ini? Apakah kemiskinan dan kesengsaraan ini sama tahapnya sehingga terdapat suaara menuntut rejim itu bubar dan perlu dibentuk kerajaan baru? Keputusan pilihanraya jelas menampakkan betapa ia ternyata berbeza.

Hakikatnya kemiskinan bukan tidak ada di Sarawak. Kemiskinan merupakan satu fakta social, satu sifat universal yang wujud di mana-mana. Kemiskinan juga ada di negeri lain di Malaysia ini. Inflasi atau kenaikan harga barang bukan tidak ada di Sarawak, dan ia juga terdapat di bahagian lain negara ini. Malah dalam menghadapi pilihanraya Sarawak kerajaan baru sahaja menaikkan harga minyak petrol, ternyata tidak dapat bertangguh lagi kerana lonjakan harga di peringkat antarabangsa waktu itu walaupun pilihanraya menjelang dalam masa terdekat. Ternyata ia tidak dapat dielak. Harga gula minyak makan, pengangkutan seperti bas sekolah dan lain-lain pengangkutan memang membebankanorang ramai pada masa ini.

Dalam menghadapi pilihanraya Sarawak masyarakat Malaysia memang sedang melalui kenaikan harga pelbagai barang yang tidak dapat dikawal. Mereka merasakan kos hidup makin tinggi. Suara dari persatuan pengguna, kesatuan sekerja dan peniaga semua menyuarakan kos barangan meninggkat. Dalam hal ini memang pemerintah negara dan Sarawak khasnya perlu melakukan sesuatu. Kawalan harga barangan, pemantauan penyeludupan dan pengawalan barangan dari disorok atau disimpan bagi meningkatkan harga perlu diperkuat. Pemerintah juga perlu memantau agar usahawan tidak semudahnya meletak harga yang tinggi terutama dalam menghadapi hari perayaan, tahun baru semasa pembukaan sekolah terutamanya di kawasan luar bandar. Harga rumah, sewa rumah dan bahan pembinaan rumah juga menjadi perhatian kerajaan daripada kenaikan yang melampau.

Dalam konteks politik Sarawak ini isu tanah adat merupakan isu kepenggunaan yang amat banyak diperalat pada masa ini. Tanah yang diambil untuk pembagunan ekonomi pihak tertentu seharusnya diganti. Jika boleh pihak yang berkuasa perlu mengelak dari mengambil tanah adat kerana Sarawak amat kaya dengan tanah lain. Demikian juga isu tanah pajakan atau lease yang amat singkat pajakannya di bandar. Jangka 30 tahun adalah tidak manasabah. Ini juga melahirkan bantahan penduduk bandar. Mereka mahukan jangkamasa yang lebih panjang dan yang lebih selamat. Amalan kronisme ketua menteri turut menjadi isu utama pada masa berkempen ini. Walaupun KM tetap menang namun haruslah suara ini diambil iktibar. BN Sarawak memang masih boleh menang, namun demikiakanlah perasaan Hoesni Mubarak dahulu, Suharto, Samy Vellu dan Wan Mokhtar dulu. Namun dunia menyaksikan noktah terakhir rejim mereka. Apakah mahu di Sarawak ia mahu turun secara aib demikian? Sudah tentu kematangan memberi pengajaran yang amat berharga yang perlu diiktibarkan. Pengajaran ini harus dimanfaatkan kerana kelak ia boleh bertukar menjadi keaiban.

Semua ini perlu ditangani bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negeri lain. Kegagalan ini memang meningkat rasa kekecewaan orang ramai. The rising or frustration atau peningkatan kekecewaan orang ramai boleh menyebabkan mereka mencari jalan di luar kawalan yang boleh menyebabkan kekacauan. Perhimpunan di dataran dan menunjuk persaan belum sebati dalam jiwa masyarakat Malaysia, namun sebelum meresap sewajarnya ia ditangani dengan baik.

Malaysia dengan itu tidak sama dengan Mesir, Tunisia mahupun Libya. Kesengsaraan mereka jauh lebih daif. Kemiskinan di negara ini amat menekan sehingga graduan universiti ramai yang menganggur dan berkerja di pasar berjualan seperti kelas bawahan. Pemimpin yang selesa di istana langsung tidak memikirkan penderitaan orang ramai. Kekayaan di istana melimpah ruah namun kesengsaraan rakyat menderita parah. Tidak terdapat saluran yang efektif bagi mereka menyuarakan pandangan dan menyampaikan rasa penderitaan ini. Penguasaan rejim amat tinggi sehingga tidak ada siapa yang berani menunjukkan bantahan.

Bagi peringkat atasan pula mereka menguasai pelbagai bidang ekonomi. Golongan oligarki pemerintahan menguasai sesama mereka akan semua agengi pemerintahan dan perniagaan negara. Pasar, gedung perniagaan, kontrak kerajaan dan sebagainya semuanya diagih berlegar di sekitar golongan oligarki ini. Lama kelamaan orang ramai tidak dapt bertahan sehinggalah mereka mencetuskan bantahan.

Dalam keadaan ini Sarawak dan Malaysia masih berbeza. Suara orang ramai masih boleh disampaikan kepada pemerintah. Golongan pendesak seperti persatuan pengguna Fomca, CAP dan kesatuan sekerja seperti CUEPACS, MTUC, serta NGO lain seperti Aliran, Suram dan sebagainya masih boleh bersuara. Dalam keadaan tertentu memang terdapat pergeseran antara pertubuhan ini dengan pemerintah. Kadangkala tuntutan mereka ditolak, namun dalam waktu tertentu terdapat juga didengari. Apa yang penting di sini ruang itu wujud dan orang ramai boleh memanfaatkannya.

Kesengsaraan di Sarawak yang digambarkan oleh media tertentu sewajarnya diberi perhatian. Pembangunan sewajrnya lebih seimbang antara satu kawasan dengan yang lain. Demikian juga agihan dalam bentuk kaum dan sektor. Pemerintah memiliki pelbagai agensi, jabatan dan kakitangan yang berwibawa untuk sentiasa peka akan kedudukan ekonomi dan kesejahteraan di luar bandar. Hanya dengan ini penderitaan atau kemiskinan ini tidak menjadi lebih teruk. Kerajaan yang memerintah Sarawak sekali lagi menang, namun mereka tidak harus merasa amat selesa. Kalau pilihanraya 2006 dahulu BN mendapat 63 dari 71 kerusi, kini ia mendapat 55 kerusi hanya tewas 16 kerusi. DAP mendapat 12, PKR 3 dan Bebas satu sahaja. Kekalahan di kerusi bandar di tangan DAP menunjukkan masih ada yang tidak puas hati. Beberapa kerusi luar bandar yang kalah di tangan PKR juga memperlihatkan penyuaraan sudah wujud dan perlu segera ditangani.

Walaupun kecil kemenangan pembangkang namun peningkatan 8 kepada 16 adalah merupakan peningkatan 100% atau sekali ganda. Jika kadar yang sama berkembang dalam pilihanraya berikut sekitar 2016 nanti ia mungkin menjangkau sekitar 30an, ternyata boleh menggugat majoriti dua pertiga.

Secara tidak langsung penduduk dan pengundi Sarawak adalah pengguna dalam konteks membayar cukai, cukai kerajaan tempatan seperti cukai pintu dan cukai tanah. Mereka kini semakin sedar akan hak dan tuntutan mereka. Sebagai pihak yang berkuasa kerajaan juga memiki tanggungjawab seperi majikan atau pihak yang memberi kepuasan kepada pengguna. Kepuasan akan diikuti dengan sokongan namun kekecewaan boleh dituruti dengan penarikan sokongan itu.

Kesimpulan
Sarawak dengan Mesir tidak sama tetapi penderitaan tetap wujud di dua tanah ini. Cuma ia berbeza dalam bentuh tahap atau peringkat. Penderitaan yang berbeza ini boleh melahirkan kesan yang berbeza juga dan dengan itu kemenangan tidak harus diikuti dengan rasa selesa sepanjang masa. Mesir juga pernah melancarkan revolusi menjatuhkan rajanya di bawah Presiden Nasser. Mereka berjuang di jalanan menjatuhkan autokrasi yang zalim. Malaysia dan Sarawak khasnya lebih banyak menggunakan kaedah rundingan. Sejak dari zaman penyerahan atau cession, penubuhan Malaysia sekali gus kemerdekaan, semuanya menggunakan kaedah rundingan, perbincangan dan tawar menawar. Sebaiknya kaedah ini gunapakai seterusnya dalam konteks pengurusan kuasa dalam negara kita.

Tuesday, April 20, 2010

Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat

Christine Chan
Malaysiakin
i.com

Apr 20, 10



Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.

Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.

Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.

Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.

Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.

Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.

Komen: Berubah lagi persaingan politik di Sarawak. Snap yang setia selama ini di dalam BN akhirnya bertindak keluar dari barisan dan menyertai PR. Snap sebenarnya sebelum itu lagi sudah berada di luar barisan apabila ia menghadapai krisis dalaman parti sehingga organisasinya pernah dibubar. Setelah merayu ia kembali bergerak tetapi sebahagian pemimpin yang keluar atau faction yang dominan dari parti tersebut telah pun menubuhkan SPDP sebagai jalan keuar kepada krisis tersebut. Kini kedudukannya di dalam PR menjadi hambatan kepada regim BN di Sarawak. Sedikit sebanyak ia tetap menimbulkan kegusaran kepada Ketua Menteri yang selama ini amat selesa menguasai regim, sekali gus memberi momentum kuat kepada DSAI dan rakan beliau dalam menggembleng tenaga di bumi kenyalang in. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Dahulu parang sekarang besi, dahulu sayang sekarang benci.

***
*

Saturday, February 27, 2010

Perlumbaan cari pengganti Taib berterusan...

Feb 27, 10 7:34pm

Persidangan perwakilan tiga tahun sekali Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bermula di Kuching, Isnin ini mungkin satu perkara membosankan berikutan tiada pertandingan bagi jawatan-jawatan utama kecuali bagi beberapa kerusi dalam majlis tertinggi parti.

Bagaimanapun, atas sebab-sebab politik, persidangan ini akan menarik perhatian penganalisis politik dan para anggota parti memandangkan presiden parti yang telah lama berkhidmat dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sekurang-kurangnya mungkin memilih majlis itu bagi membayangkan, paling sedikit, siapa bakal penggantinya.

Sesetengah anggota dalam parti membuat spekulasi bahawa Taib akan memberikan bayangan mengenai kemungkinan siapa selepas ini kerana ini boleh menjadi tempoh terakhir beliau menerajui PBB, parti politik paling kuat di Sarawak.

Tapi, biar betul? Ramai yang masih ragu-ragu bahawa beliau akan berbuat demikian demikian pada ketika ini.

"Beliau sepatutnya mempunyai strategi peralihan mulai sekarang tetapi tiada bukti mengenainya,” kata Datuk Seri Daniel Tajem, yang pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua menteri kepada Taib pada awal 1980-an.

Tajem, yang kini seorang penasihat PKR Sarawak, berkata Taib perlu menghadapinya dan bergelut tanpa menghindarinya dan mengumumkan bahawa beliau akan berhenti dan melepaskannya.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya bahawa Taib akan melepaskan kedudukan tertinggi parti hanya selepas pilihan raya negeri kerana jika beliau meletakkan jawatan sekarang, ia mungkin mencetuskan pergelutan kuasa di dalam parti.

"Beliau perlu mempersiapkan seseorang untuk mengambil alih. Kita mungkin melihat beberapa petanda siapa orang itu selepas konvensyen PBB," katanya.

Dr Sivamurugan berkata daripada perspektif strategi politik, ia mungkin kurang bijak bagi beliau untuk melepaskan jawatan sebelum pilihan raya negeri memandangkan parti itu mungkin memberi perhatian yang lebih kepada siapa yang akan menjadi ketua menteri selepas itu daripada memenangi atau mengekalkan kuasa dalam pilihan raya negeri.

"Isu mana yang mahu diberi perhatian, kepimpinan negeri atau pilihan raya negeri? Taib tidak akan menjadi isu pilihan raya jika beliau terus kekal dan mengetuai kempen dalam pilihan raya negeri akan datang. Pendapat rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak semuanya berbeza. Sebab itu, adalah lebih baik bagi Taib melepaskan jawatan hanya selepas pilihan raya negeri," katanya.

Pengganti berpotensi mungkin datang dari mereka di dalam kedudukan timbalan presiden parti, mereka yang biasanya dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan tertinggi. Tapi politik di Sarawak berbeza, ia tidak bermakna bahawa perkara itu akan terjadi.

Taib, 74, dipercayai serius mencari pemimpin untuk mengetuai parti. Beliau menerajui PBB sejak 26 Mac, 1981, satu tempoh kira-kira 29 tahun.

Apa yang menarik mengenainya ialah sesiapa yang bakal menggantikan beliau sebagai presiden PBB bakal menjadi ketua menteri Sarawak.

Pada masa lepas, Taib telah memerhati sejumlah pemimpin PBB yang boleh mengambil alih kepimpinannya termasuk Tan Sri Dr Sulaiman Daud, Datuk Seri Effendi Norwawi, Datuk Bujang Haji Ulis, Datuk Abang Abu Bakar Mustapha dan Datuk Seri Haji Adenan Satem. Bagaimanapun, kesemua mereka sedikit sebanyak telah dilupakan, atas beberapa sebab - sesetengah daripada mereka dikatakan tidak sabar, sesetengahnya enggan menunggu.

PBB ditubuhkan berikutan penggabungan antara Parti Bumiputra dan Parti Pesaka pada Januari 1973. Dalam sejarah parti itu, tiada siapa yang pernah mencabar presiden parti dan kebanyakan kedudukan tertinggi tidak ditandingi, kecuali dalam dua peristiwa, pada 1998 dan 2005, tetapi ia hanya membabitkan jawatan timbalan presiden.

Pada 1998, Adenan dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan bagi seksyen Melayu/Melanau dalam PBB. Abang Johari menang selepas mendapat sokongan kuat daripada anggota-anggota keturunan Dayak walaupun kenyataannya Adenan disokong kuat oleh Taib pada masa itu.

Adenan, kemudian dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti itu. Tujuh tahun kemudian, Adenan mencabar Abang Johari, tetapi perwakilan persidangan ditangguhkan apabila dilaporkan sesetengah para penyokong Adenan didakwa menggandakan cawangan-cawangan dalam 40 kawasan.

PBB kemudian dinasihatkan Pendaftar Pertubuhan untuk mengadakan pemilihan atau berdepan dibatalkan pendaftaran seperti Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) yang sudah tidak wujud lagi.

Pada 2006 Taib telah membayangkan bahawa beliau akan menduduki kerusi ketua menteri sehingga pilihan raya negeri memandangkan tempoh pentadbiran negeri sekarang akan tamat pada Julai tahun depan.

Tetapi, seawal akhir tahun lepas, Taib menghantar satu isyarat bahawa beliau bersedia mengundur diri dan dilaporkan sedang mencari seseorang tanpa mengira kaum untuk dilatih bagi mengambil alih kepimpinan daripadanya.

Cakap-cakap bahawa Taib bersedia menyerahkan baton semakin bertambah April tahun lepas berikutan kematian isterinya, Puan Sri Laila Taib, yang disifatkan sebagai penyokong kuat kepada Taib dalam karier politiknya.

Oleh itu, tumpuan kepentingan kini ditumpukan kepada kelompok semasa para pemimpin kanan - timbalan presiden (1) Tan Sri Alfred Jabu, timbalan presiden (II), Abang Johari dan naib presiden kanan Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan sebagai calon pengganti.

Alfred Jabu, seorang graduan pertanian dan ahli politik berpengalaman, telah dididik oleh dua ahli politik terkenal Sarawak - Tun Abdul Rahman Yaakub, mantan ketua menteri dan Yang Dipertua Negeri, dan kemudian oleh Taib sendiri.

Sejak dipilih sebagai ADUN Layar pada 1974, beliau telah dilantik dalam pelbagai jawatan kementerian, termasuk timbalan ketua menteri di bawah Rahman, dan sejak Mac 1981 di bawah Taib.

Seorang lagi calon ketua menteri ialah Abang Johari, yang datang dari keluarga ternama di mana bapanya, Tun Abang Openg, merupakan gabenor pertama Sarawak. Dengan memegang satu ijazah MBA dari sebuah universiti Britain, beliau dikatakan telah menunjukkan kebolehan sebagai menteri pembangunan
industri sebelum bertukar ke Kementerian Pelancongan.

Dalam rombakan kabinet terbaru negeri, beliau dipertanggungjawabkan untuk menjaga Kementerian
Pembangunan Bandar dan Perumahan negeri.

Anak Taib, Datuk Seri Sulaiman yang meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri pelancongan baru-baru ini, juga telah disebut-sebut sebagai seorang lagi bakal calon kerana terdapat spekulasi bahawa bapanya mahu beliau kembali ke Sarawak dan "dilatih untuk mengambil alih".

Pemerhati politik yang memantau dengan teliti politik Sarawak berkata walaupun Sulaiman tidak menawarkan diri untuk bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan parti tidak lama lagi, ini tidak bermakna bahawa beliau tidak akan dipilih sebagai seorang calon dalam pilihan raya negeri nanti.

Seorang lagi yang bercita-cita sebagai ketua menteri ialah Awang Tengah, menteri kemudahan awam dan menteri kedua perancangan dan pengurusan sumber, yang disifatkan oleh sesetengah orang sebagai jawatan menteri yang cukup berpengaruh selepas Taib dalam kabinet negeri.

Terdapat cakap-cakap bahawa Taib telah mendapatkan pandangan rakyat yang rapat dengan beliau termasuk sesetengah menteri keturunan Dayak dan Cina berhubung bakal penggantinya.

Jadi, siapa bakal pengganti Taib? Teka teki masih berterusan.

- Bernama
Komen: Banyak nama diberikan sebagai calon ganti, ramai yang sudah tidak berada dalam perlumbaan kecuali Awang Tengah dan mungkin Abang Johari. Namun selagi kita bercakap tentang Taib, sudah tentu peluang Abang Jo tetap tipis, melainkan jika Taib sudah tidak berkuasa lagi. Aneh nya dalam analisis Bernama di atas tidak langsung menyebut nama anaknya Sulaiman Taib.. sengaja atau terlupa.. rasanya tidak keterlaluan jika dianggap dia sedang berada di hadapan sekaliii..