Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts
Showing posts with label Khir Toyo. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Kes Teoh: Surat misteri Khir-SPRM dibawa ke balai

Salhan K Ahmad
Ogos 21, 0912:27pm
Malaysiakini.com


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam hari ini membuat laporan di balai polis Brickfields berkaitan surat misteri yang muncul Rabu lalu di inkues kematian Teoh Beng Huat. Manikavasagam berkata, beliau juga menerima salinan surat tersebut, yang mendakwa wujud perbuatan rasuah antara seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Kandungan surat tersebut menyatakan terdapat unsur-unsur penyelewengan salahlaku dan kegiatan rasuah oleh pegawai atasan SPRM Selangor,” dakwanya dalam laporan polis berkenaan. “Saya percaya surat ini ditulis oleh orang dalam SPRM kerana dia kelihatan mengetahui secara terperinci mengenai apa yang berlaku,” katanya kepada wartawan selepas membuat laporan berkenaan pagi ini.

Dakwaan dalam surat berkenaan antara lain mengaitkan seorang pegawai kanan SPRM terlibat dalam usaha memulakan siasatan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. Surat yang ditulis dalam bahasa Malaysia itu juga menyebut, pegawai SPRM itu telah menyoal-siasat Teoh pada hari kematian pembantu politik berkenaan.

Manikavasagam juga berkata laporan polis hari ini dibuat atas kesedarannya sendiri tanpa menerima arahan daripada pemimpin-pemimpin PKR.Surat tersebut dialamatkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; dan salinanya dihantar kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, Manikavasagam, setiausaha perhubungan PAS Selangor dan beberapa pihak lagi, termasuk akhbar Suara Keadilan dan Sinar Harian. Dihubungi media apabila ditanya, beliau berkata tiada apa-apa perbincangan dibuat dengan mana-mana pihak yang dikatakan menerima surat berkenaan.

“Saya tidak bercakap dengan sesiapa mengenai surat ini. Saya tidak sebarkan surat ini, dan saya tidak tahu bagaimana surat ini sampai ke tangan media,” katanya lagi. Beliau telah mengedarkan salinan surat bertarikh 5 Ogos itu kepada media hari ini. Jelasnya lagi, beliau menerima surat sepanjang lima halaman itu pada 14 Ogos lalu di pusat perkhidmatannya di Kapar, Selangor. Jelasnya, sebaik menerima surat berkenaan, beliau hanya membaca beberapa bahagian kandungannya tetapi mengenepikannya kerana khuatir ianya mungkin surat layang seperti yang pernah diterima olehnya sebelum ini berkaitan siasatan ke atas kematian VP Sujatha.

Manikavasagam juga berkata, pada awalnya beliau tidak membaca surat berkenaan sepenuhnya kerana ia dialamatkan kepada Khalid. “Saya tidak baca kerana ia dialamatkan kepada menteri besar. Saya cuma baca sebahagian, kemudian saya simpan,” katanya.

Beliau bagaimanapun meneliti kembali kandungan surat berkenaan semalam apabila ditanya oleh beberapa orang wartawan, sama ada beliau menerima surat tersebut.Jelasnya lagi, Malaysiakini, Malay Mail dan The Star telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan mengenai surat misteri itu. “Tapi setelah saya baca kandungan surat ini (sepenuhnya, semalam), saya rasa perlu buat laporan polis kerana dakwaan ini serius,” katanya lagi.

************************************
Salinan surat boleh dibaca dari beberapa blog utama analisis politik negara. Salah satunya dari laman web berikut: http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=2063

Komen:
Kes Teoh Beng Hock mungkin boleh membuka lebih banyak kes yang berangkai-rangkai sebelum ini. Kes ini belaku di Selangor. Surat yang dikirim mengait-ngaitkan dengan pemimpin Selangor dan pegawai tinggi SPRM Selangor. Memang orang ramai puzzled atau tidak tahu banyak tentang ini. Hukum Karma nampaknya memain peranan penting di sini. Semakin disembunyi semakin ia sukar ditahan.. perlahan-lahan ia menyusup keluar juga. Kita tunggu kebenaran surat ini.. jika tidak ada angin... tidak akan pokok bergoyang..

Monday, August 3, 2009

'Istana Khir': New stop on tourist trail


Malaysiakini, Lee Way Loon
Aug 3, 095:40pm


Some 50 voters from Sungai Panjang and Sekinchan turned tourists today, as they stopped by the super-luxury mansion of former Selangor menteri besar Dr Mohd Khir Toyo.

They arrived in Shah Alam by bus at 10.50am, led by DAP 's Sekinchan state assemblyperson Ng Suee Lim as a self-professed “volunteer tour guide”.

The group was not allowed to enter the property, but appeared excited as they took photographs at the Balinese-style wooden gate at the entrance.

Two police officers stood by in a patrol car, but did not interfere in the photo session.

Ng said the trip was organised by Sungai Panjang and Sekinchan residents to allow those interested to get a first-hand look at the mansion. They paid RM50 to cover transportation and lunch.

“The residents want to know how Khir, as a dentist, has managed to build a 'palace' like this. So after this trip, I believe the residents can tell their families and friends the truth about (it),” he said.

Describing the property as a new tourist attraction, he said the tour was arranged in response to the state government's call to promote tourism in Selangor.

Sungai Panjang resident Chua Muk Lim (left) told the press that he decided to join the tour after reading about the 'palace' in the news.

“Based on my observations today, I am not sure whether this 'palace' costs RM24 million, but I can tell you that it is very luxurious although I only managed to see the wooden door,” he said.

Ng had earlier questioned how Khir, the Sungai Panjang state assemblyperson, was able to pay RM24 million for the mansion.

Khir, however, has since clarified that the property costs RM3.5 million and that he is financing it through a bank loan. He also laughingly challenged Ng to sell it at RM24 million, in return for a 50 percent commission.

Five 'interested buyers'

Ng said he has been officially appointed as Khir's agent in selling the property, based on a letter dated July 8, which promised him a fee of RM12 million.

According to Ng, the letter states four criteria:
  • The mansion must be sold at RM24 million.
  • The buyer must pay a 10 percent deposit.
  • The buyer must show that he/she can afford payment before checking the mansion.
  • Ng must find a buyer within a month from July 9.

Ng said that, if Khir is sincere, he should be open to showing the mansion to interested buyers.

“He should also remove the requirement for the deposit, as this is not the norm in the housing market,” he said.

Ng claimed he has found at least five interested buyers to date, with one being based in Kuala Lumpur.

“He told me that the mansion would be a ideal purchase as it is located in the high-end residential area in Shah Alam,” he added.

Comment: Teoh Beng Hock was only a witness for a RM2,500 case... but unfortunately he lost his life for that. He was not a suspect.., he was only a witness. We are still puzzled as to how the MACC prioritise cases. This is a real big issue that MACC should not simply ignore. The people will judge and it does not stop there. Internet and blogs are playing important roles in 'promoting this tourist spot'. It will help Selangor's tourism sector in a way.. and I wonder how people can simply live in such a place or palace like this when folks are observing now and then..

Wednesday, April 1, 2009

Salah guna kuasa akhirnya dibongkar..!!

Agensi k'jaan S'gor biayai lawatan Khir ke Disney
Apr 1, 09 8:33pm Malaysiakini.com

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggung -jawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah: Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji. Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Komen:
Sorak-sorak penyelewengan Lembu dlm kerajaan Selangor kini, tetapi sorak baru ini lebih heboh dan bingit. Lebih sensasi tetapi menjijikkan. Masalah lumrah pemimpin kini...berhadapan awam bercakap tentang masalah negara, modal insan, integriti dan Islam Hadhari.. tetapi di belakang khalayak.. kebas mana yang jadi. Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Ingat sudah terlepas, kini, terbongkar lagi...

Thursday, March 12, 2009

Lagi Pendedahan Penyelewengan Khir Toyo semasa MB

Semuanya bermula dengan Khir Toyo memainkan isu Lembu Korban yang digunakan MB Tan Sri Khalid untuk diberi kepada orang ramai sempena hari korban. Ia didakwa menggunakan budget negeri. Sebagai reaksi pemimpin Pakatan, satu persatu rahsia atau penyelewengan kepimpinan negeri yang terdahulu didedah kepada orang ramai. Beberapa hari sebelum ini mereka mendedahkan bagaimana Isteri pemimpin BN negeri dahulu didakwa pergi ke Disneyland Tokyo & beberapa tempat melancong lain. Hari ini pendedahan bertambah lagi...

Azmin provokasi lagi Dr Khir Toyo
Malaysiakini.com Jimadie Shah Othman Mar 12, 09 1:00pm

Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) mendakwa agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan ke luar negara bekas menteri besar Selangor itu ada "hubungan kekeluargaan" dengan Dr Mohamad Khir. "Adakah menteri besar sedia maklum, syarikat itu Green Adventure Holiday Sdn Bhd mempunyai kaitan keluarga dengan mantan menteri besar (Dr Mohamad Khir)?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai kos perjalanan ketua kerajaan negeri itu. "Apakah langkah bagi memastikan perkara ini tidak berulang, apabila satu syarikat memonopoli perjalanan menteri besar ke luar negara. "Pemimpin PKR itu sebelumnya mengemukakan soalan bertulis berhubung kos perjalanan Dr Mohamad Khir sebagai menteri besar dan agensi yang menguruskannya.

Dalam jawapannya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kos tambang bagi 21 perjalanan udara bekas menteri besar itu dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134. Destinasi-destinasi yang dikunjungi termasuklah London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.
Tambah Abdul Khalid, perangkaan itu tidak termasuk jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta kos-kos lain yang berkaitan kerana ia masih dalam semakan. Menjawab dakwaan Azmin tentang syarikat itu, menteri besar berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan Dr Mohamad Khir dengan agen perjalanan itu. Tambahnya, kerajaan negeri bawah pimpinannya membuat keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri. Bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalu-alukan agen-agen perjalanan lain untuk turut serta.

"Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui agen," katanya. Azmin semalam membangkitkan beberapa isu yang ditujukan terhadap Dr Mohamad Khir, yang juga ketua pembangkang di DUN itu.

Isu-isu itu termasuklah pemberian jam mahal RM150,000 sewaktu menjawat pengerusi anak syarikat kerajaan negeri PNSB, perbelanjaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong, dan juga pembelian hartanah di Arab Saudi. Ditemui ketika sidang berhenti rehat tengah hari tadi, Azmin berkata Green Adventure Holiday bukan sahaja memonopoli perjalanan menteri besar tetapi juga perjalanan exco negeri dan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). Katanya, perkara ini dapat dikesan dua hingga tiga bulan sebelum ini. Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga satu atau dua syarikat lain yang terlibat tetapi penglibatan mereka terhad.
Diminta mendedahkan identiti ahli keluarga Dr Mohamed Khir, Azmin berkata beliau difahamkan, terdapat ahli keluarga terdekat wakil rakyat Sungai Panjang yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut. Ditanya sama ada kes itu akan diajukan kepada siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) DUN, beliau berkata "tidak pasti". Azmin juga menjangkakan perkara itu akan disentuh sewaktu penggulungan menteri besar dalam sidang DUN nanti.
Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) juga turut mengkritik Dr Mohamed Khir di sidang dewan itu, dengan mendakwa isteri bekas menteri besar itu menyalahgunakan kenderaan mahal sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Pendedahan itu menimbulkan keberangan Dr Mohamed Khir apabila mereka berdua dilaporkan bertekak di lobi bangunan DUN tengah hari tadi.

Komen:
Selepas pendedahan ini siang tadi Khir Toyo melepaskan barannya di lobi (http://www.malaysiakini. com/news/100124) memarahi Saari Sungib yang membawa tuduhan tersebut. Demikian putaran roda dunia. Apabila di atas orang menghormati, mengiringi ke mana sahaja kita pergi. Baju disemat bunga dan kompang dipalu dengan kehadiran kita. Apabila putaran kita di bawah,... kita dilihat seperti sampah, dimaki dan dinista, apa lagi jika memang banyak melakukan penyalahgunaan kuasa.!!! Moral of the story, bagi yang sedang ada di atas, berhemahlah dalam segala keputusan, kerana kita sentiasa diperhati dan kelak diadili...