Semuanya bermula dengan Khir Toyo memainkan isu Lembu Korban yang digunakan MB Tan Sri Khalid untuk diberi kepada orang ramai sempena hari korban. Ia didakwa menggunakan budget negeri. Sebagai reaksi pemimpin Pakatan, satu persatu rahsia atau penyelewengan kepimpinan negeri yang terdahulu didedah kepada orang ramai. Beberapa hari sebelum ini mereka mendedahkan bagaimana Isteri pemimpin BN negeri dahulu didakwa pergi ke Disneyland Tokyo & beberapa tempat melancong lain. Hari ini pendedahan bertambah lagi...
Azmin provokasi lagi Dr Khir Toyo
Malaysiakini.com Jimadie Shah Othman Mar 12, 09 1:00pm
Azmin provokasi lagi Dr Khir Toyo
Malaysiakini.com Jimadie Shah Othman Mar 12, 09 1:00pm
Azmin Ali (Bukit Antarabangsa) mendakwa agensi pelancongan yang menguruskan perjalanan ke luar negara bekas menteri besar Selangor itu ada "hubungan kekeluargaan" dengan Dr Mohamad Khir. "Adakah menteri besar sedia maklum, syarikat itu Green Adventure Holiday Sdn Bhd mempunyai kaitan keluarga dengan mantan menteri besar (Dr Mohamad Khir)?" katanya ketika mengemukakan soalan tambahan mengenai kos perjalanan ketua kerajaan negeri itu. "Apakah langkah bagi memastikan perkara ini tidak berulang, apabila satu syarikat memonopoli perjalanan menteri besar ke luar negara. "Pemimpin PKR itu sebelumnya mengemukakan soalan bertulis berhubung kos perjalanan Dr Mohamad Khir sebagai menteri besar dan agensi yang menguruskannya.
Dalam jawapannya, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kos tambang bagi 21 perjalanan udara bekas menteri besar itu dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134. Destinasi-destinasi yang dikunjungi termasuklah London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.
Tambah Abdul Khalid, perangkaan itu tidak termasuk jumlah kos seperti penginapan, makanan dan minuman serta kos-kos lain yang berkaitan kerana ia masih dalam semakan. Menjawab dakwaan Azmin tentang syarikat itu, menteri besar berkata pihaknya tiada bukti untuk mengaitkan Dr Mohamad Khir dengan agen perjalanan itu. Tambahnya, kerajaan negeri bawah pimpinannya membuat keputusan melantik syarikat pelancongan Tourism Selangor Sdn Bhd untuk menguruskan perjalanan bagi pihak kerajaan negeri. Bagi mengelakkan amalan monopoli dalam hal ini, kerajaan negeri juga mengalu-alukan agen-agen perjalanan lain untuk turut serta.
"Tapi setakat ini kita dapati kebanyakan exco lebih berminat untuk membeli tiket secara dalam talian terutama syarikat penerbangan AirAsia kerana kos yang tinggi jika melalui agen," katanya. Azmin semalam membangkitkan beberapa isu yang ditujukan terhadap Dr Mohamad Khir, yang juga ketua pembangkang di DUN itu.
Isu-isu itu termasuklah pemberian jam mahal RM150,000 sewaktu menjawat pengerusi anak syarikat kerajaan negeri PNSB, perbelanjaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong, dan juga pembelian hartanah di Arab Saudi. Ditemui ketika sidang berhenti rehat tengah hari tadi, Azmin berkata Green Adventure Holiday bukan sahaja memonopoli perjalanan menteri besar tetapi juga perjalanan exco negeri dan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). Katanya, perkara ini dapat dikesan dua hingga tiga bulan sebelum ini. Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga satu atau dua syarikat lain yang terlibat tetapi penglibatan mereka terhad.
Isu-isu itu termasuklah pemberian jam mahal RM150,000 sewaktu menjawat pengerusi anak syarikat kerajaan negeri PNSB, perbelanjaan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) ke Disneyland di Tokyo dan Hong Kong, dan juga pembelian hartanah di Arab Saudi. Ditemui ketika sidang berhenti rehat tengah hari tadi, Azmin berkata Green Adventure Holiday bukan sahaja memonopoli perjalanan menteri besar tetapi juga perjalanan exco negeri dan anak syarikat kerajaan negeri Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB). Katanya, perkara ini dapat dikesan dua hingga tiga bulan sebelum ini. Bagaimanapun, tambahnya, terdapat juga satu atau dua syarikat lain yang terlibat tetapi penglibatan mereka terhad.
Diminta mendedahkan identiti ahli keluarga Dr Mohamed Khir, Azmin berkata beliau difahamkan, terdapat ahli keluarga terdekat wakil rakyat Sungai Panjang yang mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut. Ditanya sama ada kes itu akan diajukan kepada siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) DUN, beliau berkata "tidak pasti". Azmin juga menjangkakan perkara itu akan disentuh sewaktu penggulungan menteri besar dalam sidang DUN nanti.
Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang) juga turut mengkritik Dr Mohamed Khir di sidang dewan itu, dengan mendakwa isteri bekas menteri besar itu menyalahgunakan kenderaan mahal sebuah anak syarikat kerajaan negeri. Pendedahan itu menimbulkan keberangan Dr Mohamed Khir apabila mereka berdua dilaporkan bertekak di lobi bangunan DUN tengah hari tadi.
Komen:
Selepas pendedahan ini siang tadi Khir Toyo melepaskan barannya di lobi (http://www.malaysiakini. com/news/100124) memarahi Saari Sungib yang membawa tuduhan tersebut. Demikian putaran roda dunia. Apabila di atas orang menghormati, mengiringi ke mana sahaja kita pergi. Baju disemat bunga dan kompang dipalu dengan kehadiran kita. Apabila putaran kita di bawah,... kita dilihat seperti sampah, dimaki dan dinista, apa lagi jika memang banyak melakukan penyalahgunaan kuasa.!!! Moral of the story, bagi yang sedang ada di atas, berhemahlah dalam segala keputusan, kerana kita sentiasa diperhati dan kelak diadili...
5 comments:
apabila mereka bkuasa, buatlah apa sahaja..org sekeliling telah dibutakan mata, dibisukan bicara dan dipekakan telinga apabila melihat tindakan mereka. Tetapi tiada apa yg kekal yg di dunia ini..apatah lagi kuasa,silap langkah, di bawahlah jawabnya.
Apabila kuasa sudah tiada dlm gemgaman, mulalah org persoalkan tindak tanduk terdahulu, ketika alpa dibuai kuasa, ketika leka terpesong dunia.
Bila dah jadi org bawah, mulalah ingat dunia, barulah nak belajar kenal dosa pahala. Inilah jadinya. Teringat saya kepada pepatah Arab pernah berkata "ketika berkuasa buatlah apa yang anda suka, tp tunggulah masa dan ketika pembalasannya kepada anda"
Sekian saja, lama dah x jumpa DR.
Terima kasih atas komennya. Saya suka dengan bahasa selokanya dan padat dengan isi. Memang demikian nasib orang, ada masa di atas dan ada masa di bawah. Apa yang menghairankan masa di atas dulu, orang tak kacau. Masa di bawah kini, dia pulak yg lebih2 melolong sana sini. sejak dari isu pembukaan UITM kepada bukan bumi, banyak demo dianjur, isu lembu pula dia yang bising menuduh orang korup. Kesannya, orang lain pula bertindak balas.. barulah terbuka banyak pekung rupanya.
thanks again. Memang lama tak jumpa... maybe satu hari nanti lunch, tea atau dinner ke...
Salam Dr,
situasi Khir Toyo ni ibarat sama dgn situasi Tun Mahathir suatu ketika dahulu...
Semasa berada di puncak kekuasaan,
segala yang ada hanya reti mengangguk-angguk kepala...
nak geleng tak berani.
Setelah jatuh tersungkur dari kuasa, dipijak dan dicerca.
Tetapi amat dikesali kerana seharusnya duit rakyat digunakan untuk membangunkan bagi kepentingan rakyat...
rupanya ke situ perginya duit cukai rakyat..
kalau duit rakyat itu digunakan untuk ibadat dapat juga pahala..tapi duit rakyat digunakan untuk berjoli...
So sad and truly disappointing..
if the rulers are those we could consider as "philosopher king" maybe things will be much better.
Mengamalkan politik berdasarkan kepada ilmu..
Benarlah dalam politik:
Tiada musuh/ sahabat yang kekal, yg kekal hanyalah kepentingan...
sekian, teruskan memblogging Dr,
saya suka baca..tapi kadang tak tahu nak komen apa :)
salam...
Teringat kata-kata Tun Dr Mahathir "Dulu masa saya jadi PM, org cium tangan saya, org puji sampai berasap.Tp sekarang org maki saya,hina saya. Saya nak cakap pn org x bagi".
Banyak maknanya semua ini..mcm cerita Quran Buruk lak..hehe.
Terima kasih atas komen2 baru.. saya baru kembali dari PD,. mem pulak ada retreat pej nya. Lalu depan Seri Msia tu... teringat juga,.. "baru lagi saya tidur di sini".
Mmg adat macam itu lah... di mana ada semut di situ ada gula. Bila gula habis... semut tak pergi lagi..
Bila wang negara atau wang taxpayers disalahguna macam itu memang rasa amat sakit hati. Itu yang saya suka dedahkan.. kasi orang tauu.. saya amat sensitif dengan penyelewengan, dalam apa juga peringkat. Baik di peringkat tinggi atau negara mahupun di peringkat kita di UKM... saya amat tidask suka dengan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Muga kita sedar batas sempadan dan tauladan.
Post a Comment