Sunday, March 15, 2009

Pendapatan Bulanan Exco Selangor didedah

MB, Exco S'gor isytihar harta
Malaysiakini.comMar 13, 09 10:28am

Selangor hari ini mengumumkan pemilikan aset menteri besar dan barisan exconya dalam tempoh setahun sejak Mac 2008 di laman web rasmi kerajaan negeri. Laman web itu - www.selangor.gov.my - memuatkan maklumat aset selepas jam 6 petang ini.

Exco pelaburan dan perdagangan Teresa Kok mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM32,830.67, sementara jumlah tanggungannya RM2,246.92 sebulan. Exco hal-ehwal agama Dr Hassan Ali pula RM17,722.08 (pendapatan) dan RM12,781 (tanggungan). Exco pelancongan Elizabeth Wong, yang sedang bercuti susulan isu foto bogel, mendapat RM17,722.08 dan membayar hutang kad kredit RM2,000 sebulan. Exco perumahan Iskandar Abdul Samad RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,527 (tanggungan). Rodziah Ismail, exco kebajikan, RM18,122.08 (pendapatan) dan RM3,830.25 (tanggungan). Ronnie Liu Tian Khiew, exco kerajaan tempatan, RM20,722.08 (pendapatan) dan RM4,657 (tanggungan). Exco pertanian Yaakob Sapari mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM1,598.99. Exco kesihatan Dr Xavier Jayakumar RM17,722.08 (pendapatan) dan RM2,270 (tanggungan). Exco pendidikan Dr Halimah Ali mendapat RM17,722.08 dan menanggung RM7,238.50.
Semua maklumat pendapatan barisan exco ini tidak termasuk perolehan pasangan masing-masing. Maklumat aset menteri besar sendiri bagaimanapun setakat 8.45 malam ini belum dimuatkan di laman web tersebut. Perisytiharan itu dititahkan dalam ucapan Sultan Selangor sewaktu baginda merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) awal minggu ini.

Komen: Moga ia menjadi pencetus kepada DUN lain agar semuanya mengisytihar harta secara publik. Tingkat transparensi yang tinggi hanya akan melonjakkan penghormatan. Jika tidak ada pengumpulan harta secara tidak sah, kenapa perlu takut untuk didedahkan... Syabas Exco Selangor!!! Pendapatan boleh berbeza kerana ada Exco yang menjadi Ahli Parlimen atau jawatan lain serentak..

3 comments:

Faizal said...

Semoga pengistiharan eset ini menjadi ikutan oleh negeri-negeri lain tanpa perlu tunggu perintah sultan saya rasa. Malah lebih elok jika dilakukan secara konsisten. Tetapi mestilah tidak ada istilah berkecuali. Termasuk Perdana Menteri sendiri.

Barulah rakyat senang hati. Tidak lagi tertanya-tanya kemana duit rakyat pergi. Sukalah rakyat dapat pemimpin berintegriti yang tidak amalkan kroni dan korupsi.

♥ Lady Mae ♥ said...

salam Dr,

saya masih ingat 5 konsep dalam urustadbir yg Dr sebutkan dalam kuliah subjek politik dunia membangun...

integrity
transparency
good governance
accountability
equality

saya setuju dengan faizal,
seharusnya dilakukan dgn konsisten...

moga pentadbiran yang telus akan membawa manfaat yang besar untuk pembangunan "negara madani" seperti yang diwar-warkan kerajaan PR dalam p/raya...

Sains Politik Malaysia said...

Saya lihat berita ini sudah disensasi dalam akhbar tempatan dengan dakwaan pendapatan MB yg tinggi. Bukan hendak mempertahan kerana sokongan politik, tidak... kerana sy tidak menganggotai PKR. Tetapi mempertahan kerana sekurang2nya beliau membuat pengisytiharan. Amaun itu kelihatan agak besar bagi pendapatan individu tetapi bagi MB, atau wakil rakyat.. ia umpama air lalu yang sentiasa deras. Tetapi saya tetap percaya pepatah lama... "senang keluar.. senang masuk, susah keluar maka susah lah masuk", i.e jika selalu membelanja untuk kebajikan senanglah rezki datang kembali, jika terlalu susah nak menghulur.. maka susah jugalah nak bertambah rezki..

TQ Faizal & Lady May.. appreciate yr comments..