Monday, March 30, 2009

Sangsi dgn KPI SUHAKAM - Bukan Gred A

Usaha turunkan status Suhakam di PBB
Mar 30, 09 7:54pm Malaysiakini.com

Sekumpulan besar NGO Malaysia terus mendesak badan antarabangsa yang memantau institusi hak asasi nasional di seluruh dunia ICC agar tidak lagi memberikan "status A" kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Penurunan status suruhanjaya itu kepada "B" membawa akibat ia hanya dibenarkan sebagai pemerhati dan tidak boleh menyertai perbahasan di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan "status C" bermakna sama sekali gagal mematuhi Prinsip Paris, syor kebebasan institusi hak asasi di sesebuah negara."

(Jika Suhakam dikekalkan status A), tindakan ini akan memberikan keabsahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia membuat pindaan sewenang-wenangnya tanpa berunding dengan pihak berkepentingan, termasuk NGO, dan juga pindaan (Akta Suhakam) yang bersifat permukaan, " kata 46 pertubuhan itu dalam surat yang ditujukan kepada ICC hari ini.

Pada 25 Mac lalu, Parlimen secara tergesa-gesa meluluskan Rang Undang-undang (Pindaan) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia bagi membolehkan ia diiktiraf oleh ICC seperti diarahkan sejak April tahun lalu. Namun, kumpulan NGO itu mempertikaikan pindaan-pindaan tersebut – mengenai pelantikan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui nasihat perdana menteri – dengan alasan ia tidak memenuhi kehendak ICC yang mahu "proses pelantikan dan pemberhentian anggota Suhakam dibuat secara telus."

Dalam surat mereka kepada pengerusi jawatankuasa kecil semakan akreditasi institusi hak asasi nasional ICC David Langtry, NGO Malaysia berkata pindaan tersebut tidak banyak perbezaannya dengan Akta Suhakam 1999 yang dibuat tanpa merujuk masyarakat sivil dan kebebasannya diragui.

NGO tersebut termasuklah Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Sisters in Islam (SIS) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO).

Komen: KPI atau key perfomance index Suhakam diragui. Memang aneh dlm beberapa tahun kebelakangan ini index hak asasi kita menurun, index transparensi dan korupsi juga merudum ..di tengah - tengah laungan Islam Hadhari, Modal Insan, pertukaran BPR kepada SPRM dll yang digagaskan. Sementara itu meletus pula kes Kugan, pertukaran agama, perebutan mayat dll yang memperkukuh kesangsian. NGO yang tidak puas hari lalu membawa kes ini ke PBB. Harapan besar kepimpinan baru membawa perubahan .. pemerhati politik sentiasa memerhatikan, secara dekat. Demikian juga NGO2 dunia ini, mereka memerhati dengan dekat.

No comments: