Tuesday, April 7, 2009

Keputusan Bukit Gantang Umpama Suara Rakyat Perak dlm Krisis Negeri

Rakyat belum maafkan BN
Apr 7, 09 10:10pm Malaysiakini.com

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan penolakan berterusan rakyat terhadap BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak. Ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu. Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.

Kini bukan sahaja beliau, malah Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu. Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang ingin kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu. Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi. Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.

Sementara calon PKR S Manikumar yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah. Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi.

Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi. Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi. Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan.

Komen: Banyak persoalan boleh ditimbulkan dari keputusan pilihanraya itu. Antaranya: 1.Walaupun tidak disenangi oleh BN ia tetap dilihat sebagai referendum atau endorsement terhadap kepimpinan baru dalam pemerintahan oleh pengundi.. Bagaimana BN menangani penolakan ini? 2. Dlm kedudukan semakin tersepit BN harus memikirkan jalan keluar kepada kepada kedudukan ini..atau apakah era BN memang menjelang kepupusan? 3. Ketewasan 3 pilihanraya kecil selepas PRU12 (kecuali Batang Ai) secara jelas mendesak kepimpinan BN memikirkan dengan serius apakah yang orang ramai mahukan sekarang...? Bagaimana pula projeksi PRU 13 kelak..? Baru kembali dari pemerhatian di prk Bukit Selambau dan Bukit Gantang.... agak lama blog terbiar...

3 comments:

KaMaRiAh KaMaRuDdIn. said...

salam..
Kemenangan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memperlihatkan bahawa rakyat perak khasnya di bukit gantang masih lagi memerlukan khidmat beliau untuk berbakti dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Ini juga turut menggambarkan bahawa rakyat Perak sebenarnya masih lagi tidak boleh menerima pimpinan baru iaitu BN di Perak yang setengah pihak mengatakan sebagai rampasan kuasa.

Kemenangan majoriti yang agak besar juga turut memperlihatkan pandangan rakyat di Perak terhadap BN. Maka seharusnya BN perlu lebih rasional dan membuat penambahbaikan atau rombakan dalam parti itu sendiri sekiranya ingin diterima oleh masyarakat.

Kepercayaan rakyat terhadap parti pembangkang (merujuk kepada secara keseluruhan di negeri yang diperintah di Malaysia )dilihat semakin bertambah.Inilah hakikat yang perlu diterima oleh parti yang telah lama mengekalkan hegemoninya.

Anonymous said...

salam Dr....

kemenangan PKR di kedua-dua pilihanraya ini mencerminkan pandangan masyarakat terhadap BN dan UMNO amat sukar berubah. Kesalahan ini tidak sepatutnya diletakkan kepada UMNO tetapi parti-parti komponen yang lain terutamanya MIC. Presiden MIC patut bertanggungjawab diatas kedua-dua kekalahan ini..PM yang baru juga harus melihat bukan semua orang sukakan tun mahathir dan rakanx...apa yang penting PM baru perlu bijak synergi kekuatan kedua-dua pihak untuk kepentingan BN...elakkan menggunakan kaedah memutarkan ucapanx lama DSAI di media spt RTM....

Sains Politik Malaysia said...

Terima kasih sudi menurunkan komen. Kemenangan Datuk Seri Nizar memang sudah dijangka. Banyak terdapat kelebihan kepada PAS atau calon Pakatan. Jenteranya kemas dan unsur voluntarisme amat tinggi. Dalam BN semuanya berharap dengan upah. Kekecewaan dengan apa yang berlaku dalam krisis politik negeri dimanfaatkan oleh pengundi pembangkang menterjemahkannya dlm bentuk undi. Nizar juga kelihatan berkerja kuat dlm kempen. Beliau ke sana sini setiap hari dan mendekati masyarakat sepenuhnya. Tun Mahathir yang datang tidak dapat mengubah pendirian malah telah menyebabkan majoriti kelebihan PAS lebih besar dari dulu. Apa yang pasti, ini satu gelombang rentetan Mac 2008. Semua orang nampak... tapi apakah orang yang patutnya dan nampak masih tidak nampak...???

cam ne pun kuey tiow Doli dan ED kuey tiow serta mee udang kuala sepetang amat menyelerakan. Rasa sekali naakk lagiii...