Thursday, April 30, 2009

Senjata makan tuan & sekali lagi BN terperangkap

Pilihanraya kecil di Selangor?
K Kabilan Apr 30, 09 2:12pm Malaysiakini.com

ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difaham kan.

Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundi nya di DUN tersebut.

"Beliau juga menyedari bebanan yang ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya sekarang," tambah sumber itu.

"Isterinya, S Pushpaneela (kanan), terpaksa membahagi kan masanya antara menjaga empat anak-anak mereka, firma guamannya dan kawasan pilihanrayanya," kata sumber itu lagi.

Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin Hindraf. Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan. Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN tersebut dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Gerakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi. Baca berita penuh

Komen:
Nampaknya siri pilihanraya kecil di negara ini masih belum temu noktahnya. Kalau menjadi yang ini ia akan menjadi seperti filem Hindustan pula. Terlalu banyak 'coincident' atau peristiwa berlaku secara kebetulan. Kalau pemergian Fairuz di Pulau Pinang, sebagai disengajakan, maka alasan DAP kali ini tidak boleh diperlekehkan, malah sebaliknya, mereka pula seperti mempunyai banyak peluru untuk menembak dan mempersoal kenapa wakil rakyat ini tidak dibebaskan lagi dari tahanan ISA untuk membolehkan beliau berkhidmat kepada pengundinya dan masyarakat amnya. BN yang sudah penat dengan pilihanraya kecil (penat kerana asyik kalah dan besar kemungkinan di Penanti dan yang ini pun akan kalah) tidak dapat lari dari kenyataan ini. Manoharan memiliki alasan yang amat bernas malah ia akan dihormati oleh pelbagai pihak kerana orang ramai yang menjadi keutamaan, bukan jawatan dan kepentingan peribadi. Namun sekiranya isteri beliau S Pushpaneela yang akan bertanding menggantikan tempat beliau di Kota Alam Shah ini maka dakwaan saya bahawa ia mirip filem Hindustan itu menjadi amat tepat. Lebih tepat lagi apabila beliau menang dan menjadi pemimpin DUN ini. Ia tidak ubah mirip cerita Sonia, Jayalalitha, Bandaranaike, Benazir dan Khaleda Zia. Nampaknya kita tidak boleh mudah mentertawakan plot filem rantau ini kerana ia sudah mula berjangkit dalam arena politik Malaysia secara realitinya. Mereka telah lama mendahului kita.

No comments: