Monday, May 4, 2009

PM baru - harapan baru untuk perubahan...???

Wartawan gesa Najib mansuh OSA
May 4, 09 11:53am Malaysiakini.com

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia menggesa perdana menteri menghapuskan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan menggantikannya dengan akta kebebasan maklumat. Presidennya Norila Daud berkata akta tersebut, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sering ditanggap membelenggu media arus perdana.

"(Dengan tanggapan itu), sejauh manakah agaknya media berkenaan boleh melaporkan berita secara bebas tetapi tetap berkredibiliti dan bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia semalam.

"NUJ memohon kerajaan bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya lebih prihatin dan peka terhadap perubahan era ledakan informasi global yang memerlukan lebih keterbukaan, di samping mengamalkan dasar ketelusan, akauntabiliti dan juga tadbir urus yang cemerlang."

Komen: Terlalu banyak tuntutan mengisi harapan orang ramai terhadap PM baru ini. PPSMI semakin lantang akhir-akhir ini, mengharapkan perubahan berlaku kepada Dasar Pendidikan Nasional. ISA juga sedang memulai proses perubahan, ia sedang dibincangkan oleh pihak berkenaan. Peruntukan pertukaran agama bagi anak-anak juga sedang ditangani sekarang ini. Dan kini NUJ atau persatuan wartawan menuntut OSA pula dihapuskan. Pening kepala PM, antara cuba menarik perhatian orang ramai, cuba menjadi dewa memenuhi harapan dengan berbagai kekangan yang terpaksa diambilkira. Satu tugas besar, yang amat menyulitkan...

No comments: