May 15, 09 12:34pm Malaysiakini.com
Krisis politik di Perak kini beralih ke mahkamah berhubung kerusi Speaker di mana Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar memohon dua perintah mahkamah berhubung penggantiannya bagi jawatan tersebut.
Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.
Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.
Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya. Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.
Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.
Komen: Telah ada komen tentang ini sebelum ini betapa jalan masih jauh dan menyulitkan untuk kedua-dua pihak. Saman menyaman dan lepas satu kes kepada satu kes yang lain akan dibawa ke Mahkamah. Adalah tidak mengejutkan jika kes ini semua hanya selesai pada 2012 sebaik sahaja pilihanraya ke 13 akan diadakan dan DUN pun terpaksa dibubarkan selari dengan DUN yang lain di negara ini. Siva mempunyai asas kerana dijatuhkan secara samseng koboi. Ganesan juga ada asas kerana mendakwa Siva punyai interest dan selayaknya timbalan speaker yang mengadakan sidang. Bagaimanapun terlalu banyak perkara bersifat teknikal yang boleh dipersoal. Apakah sidang sudah dimulakan ketika Siva dijatuhkan? Tidak kah Sidang hanya mula selepas ucapan diraja? Bolehkah ditukarkan speaker secara seperti itu tanpa prosedur yang lazim dibuat? Jika keputusan mahkamah tinggi kekal bahawa Datuk Seri Nizar memang MB yang sah, apakah sidang 'koboi' itu sah, memandangkan di situlah speaker ditukar?.. dan ada bermacam lagi yang boleh dibangkitkan. Memang kita kena menunggu lama nampaknya. Malanglah orang ramai yang sedang menunggu atau mengharap sesuatu dari kerajaan negeri ini, seperti yang memohon kontrak, tender, jual beli tanah dan sebagainya yang memerlukan kelulusan eksekutif negeri. Bubar DUN memang merupakan jalan keluar tebaik seperti yang sudah dicadang oleh pelbagai pihak,.. namun pihak berkepentingan hanya memikirkan jangan kepentingan pihak lain mendapat untung... kepentingan dia sahaja yang perlu dipelihara. Orang ramai nampaknya yang paling tidak pernah dilihat penting dalam kes ini.
2 comments:
DR.
inikah yang dikatakan fahaman politik NSM yang faham konsep dan proses demokrasi melalui kolonialisme. Penjajah telah berjaya menjual produk demokrasi kepada setiap negara yang mereka jajah. Demokrasi hanya difahami atas dasar ikutXan bukan atas kesedaran. Politics is the art of possible dan struggle for power. Seni yang bekemungkinan dan perjuangan mendapat kuasa tu tiada penhujunganya. Maka jawapannya the politician is true nesseccary evil. Semua yang terlibat tidak berada di landasan perjuangan untuk rakyat. Mereka menjadi hamba kepada kuasa dan wang. Bagi mereka rakyat hanya alat untuk kepentingan kuasa dan politik mereka.Krisis politik di Perak ini seperti ulangan sejarah yang berlaku pada tahun 1874 hingga bermulanya dasar campurtangan british di tanah Melayu. Manusia kadang kala lebih suka berdepan halangan besar daripada halangan yg kecil.Org politik tidak penat tetapi rakyat dan warga yg jadi mangsa.BN atau PR sama sahaja.Masingx sering melompat antara satu sama lain. nilai MORAL bukan asasnya.....
Amat puas hati dengan komen tu. Nampak sangat kematangannya dalam membuat penialaian. Ini kira dah boleh jadi penganalisis pro.
Tapi itu lah yang menyedihkan kita. Orang politik hanya memikirkan kepentingan dan kuasanya. Yang menjadi mangsa ialah orang ramai. Kadangkala dalam kes2 yg extreme nyawa orang ramai pun tidak dipedulikan...
TQ for your valuable comment.
salam
Post a Comment