Monday, March 16, 2009

Kenapa Gobind Singh digantung dari Parlimen

Najib dituduh pembunuh di Dewan Rakyat
Harakah Daily Abdul Aziz Mustafa Fri Mar 13, 09 3:31:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diherdik dengan kata-kata "Kamu pembunuh!" dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo melemparkan kata-kata tersebut terhadap Najib ketika perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 (Pakej Rangsangan Kedua). Perkara itu juga berlaku sebaik sahaja Najib menggulung perbahasan peringkat dasar rang undang-undang berkenaan.

Gobind pada mulanya menyatakan kehairanannya kenapa kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk membina bangunan dan infrastruktur sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk memastikan sistem keadilan berjalan dengan baik. Beliau kemudiannya membangkitkan isu kematian A Kugan di dalam lokap polis di balai polis Subang Jaya. Sehingga hari ini, katanya, "tidak ada sesiapa pun yang didakwa berikutan kematian Kugan".
Meneruskan pertanyaannya, perkara yang sama juga berlalu dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata beliau. Ahli Parlimen Puchong itu merujuk kepada kenyataan pegawai penyiasat kes tersebut, Supt Gan Tack Guan yang bersetuju dengannya di dalam perbicaraan terhadap Raja Petra Kamarudin bahawa Najib adalah saksi penting dalam kes pembunuhan Altantuya tetapi masih belum memberikan kenyataan.

"Seorang pegawai polis bersetuju dengan saya bahawa Najib adalah saksi penting pembunuhan beliau (Altantuya)," katanya. Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee segera mengingatkan Gobind supaya jangan membangkitkan isu tersebut kerana perkara itu sedang dibicarakan di mahkamah tetapi Ahli Parlimen Puchong itu terus menuntut Najib menjawab persoalan yang dibangkitkannya.

Gobind terus diherdik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaludin Jarjis. Ketika itulah Najib hendak bangun meninggalkan dewan. Melihat Najib mahu meninggalkan dewan, Gobind terus memanggil Najib dan menuduh beliau pembunuh: "Saya belum habis dengan kamu. Tolong duduk... Ahli Parlimen Pekan, awak di sini, bangun dan jelaskan. "Jawab (soalan) saya, kamu pembunuh!"

Najib kembali ke tempat duduknya dan terus berdiam diri. Ketika peristiwa itu berlaku, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anaknya berada di galeri awam sebagai pemerhati persidangan.
Selepas berkali-kali mengarahkan Gobind berhenti membangkitkan perkara itu, Kiandee mengarahkan Ahli Parlimen Puchong itu keluar dewan. Keputusan Timbalan Speaker itu dibantah oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang dan berlakulah jerit-menjerit antara ahli-ahli Parlimen BN dan pembangkang termasuk menjeritkan perkataan 'bodoh' dan sebagainya.

Gobind kemudiannya bangun dan menyatakan kepada Kiandee: "You should be ashamed of yourself (Anda patut malu dengan diri anda)" dan kemudian diiringi oleh bentara keluar dewan.
Komen:
Tuduhan ini dipecayai merupakan ekoran dari kenyataan bersumpah Sirul yang didedahkan oleh Akhbar Peranchis "Liberation" dua minggu lepas. Gobind mendesak siasatan dilakukan tetapi dilihat oleh Ahli Parlimen lain sebagai keterlaluan. Beliau digantung setahun dari dewan dan keputusan ini dibantah oleh ahli pembangkang dan terus bertindak meninggalkan dewan. Persoalannya, selepas setahun, apakah isu ini akan senyap dan menjadikan beliau lebih takut untuk menyebutnya. Apakah tindakan ini juga menjadikan ahli parlimen lain merasa terancam kedudukannya untuk menyuarakan isu ini. Menarik minat diperhatikan...

4 comments:

Faizal said...

Nasib malang yang menimpa Gobind ini sedikit sebanyak mengingatkan saya akan nasib yang menimpa Lim Guan Eng tidak lama dahulu, walaupun ketika itu masih dibangku sekolah, tetapi dapat juga saya memahami apa yang berlaku.
Dejavu..

Sains Politik Malaysia said...

Macam yang telah kita bincang pada isu yang lepas... orang tengah berada di atas bolehlah buat semudahnya yang favour pada dia.. nanti bila di bawah nanti... hukum karma pun berajalan...saya suka melihat bagaimana reaksi pemimpin UMNO yg lain...

Dr Dre said...

Gobind singh (singh is king?)hahahha, kena gantung akibat dari kelantangan?..di dalam kes ini seharusnya yg diperkemaskan siasatan adalah siapa yg membunuh,siapa yg disebalik pembunuhan...saya yakin yg sirul & azilah xkan membunuh jikalau tidak disuruh dgn tawaran wang yg besar amaunnya...terdapat banyak fraud dlm kes ini..1)mengapa pihak pendakwa xmahu merayu ke mahkamah Rayuan dan persekutuan seterusnya...mengapa hanya sekadar kalah di mahkamah tinggi,cukup berhenti setakat itu..kes homicide yg menarik dan sejarah pertama dlm kehakiman bilamana kes bunuh xdirayu di mahkamah rayuan selepas mahkamah tinggi...berbalik kpd kes gobind,xseharusnya beliau dihukum..ini sebenarnya memburukan lagi keadaan seolah2 membenarkan apa yg diujarkan beliau iaitu ada INVISIBLE HAND belakang kes!...lagipun,rekod kemasukan si mangsa xterdapat di dalam rekod imigresen kalau xsilap...mana hilangnya?...terdapat berbagai keraguan!....

Sains Politik Malaysia said...

Sheikh.. salam..
Memang saya setuju sangat dlm maksud banyak fraud dan suspicious dlm kes ini. besides what u have said,..1. kenapa Maniam penyiasat persendirian hilang selepas mengeluarkan kenyataan bersumpahnya. 2. Kenapa sms orang penting berbunyi demikian... i.e "be cool,......." 3. Kenapa bom yg sepatutnya di bawah security yg amat ketat dlm pihak keselematan boleh bolos keluar 4. Kenapa org penting yg dikaitkan tidak dipanggil sbg saksi, 5.Kenapa perlu di'jimat'kan, kenapa tidak halau sahaja, 6. Kenapa perlakuan jimat itu bersahaja shj, maksudnya dibom kemudian pulang (lihat kenyataan bersumpah Sirul) seolah2 sudah lazim melakukan, tidak teragak2 atau tersangkut2 sdgkan ini cerita bunuh. 7. dan kini timbul fasa baru, ie. kenapa Gobind menjerit, 8. Kenapa digantung sampai setahun, selalunya sehari atau dua bagi yg melakukan kesalahan, 9. Kenapa Akhbar "Liberation" Peranchis menerbitkannya pada bulan Mac dan 10. kenapa kenyataan Sirul boleh bocor atau bolos ke luar walau kes masih dlm perbicaraan. Nampaknya banyak persoalan dari penyelesaian dlm kes ini.. tq for your interest anyway. salam