Sunday, March 1, 2009

Kali ini kita berteka-teki..... siapa gerangan...?

Dongeng cucu-cicit baginda Razak
Hishamuddin Rais Dec 6, 08 2:14pm- Malaysiakini.com

Ya ampun baginda Razak, hamba menulis surat ini kepada tuan hamba agar ia dapat dibaca oleh anak cucu-cicit kita semua. Hendaknya apabila kita semua berada di alam baka nanti, maka anak cucu-cicit kita akan membaca kembali surat hamba kepada tuan hamba.Ya ampun! Ya ampun baginda, hamba telah mendengar surah dongeng labun tuan hamba. Hamba bersama teman dan sahabat dengan syok lagi tawadhu' melopong ternganga apabila tuan hamba membuka mulut.

Apabila tuan hamba bercakap bahawa kebenaran hanya diketahui Allah, maka meleleh air mata hamba hingga ke lohong paha. Tidaklah pernah hamba melihat satu makhluk tuhan yang begitu jujur bersilat lidah. Inilah agaknya rahmat Yang Maha Esa yang telah dikurniakan ke atas tuan hamba. Tidak pernah hamba terlihat seorang syadu, seorang sufi atau seorang dukun dapat membelit seperti tuan hamba. Cakap tuan hamba di sidang itu benar-benar melainkan semua tidak benar belaka.

Ya ampun baginda Razak, hamba juga turut berasa gundah-gulana apabila terdengar berita kematian Puteri Mongolia. Hamba bertambah sedih lagi sayu apabila hamba diberitahu bahawa puteri ini adalah gundek simpanan Yang Teramat Mulia Raja Muda yang bakal menjadi raja sekalian rakyat jelata. Hamba juga mendengar khabar berita tentang betapa cemburunya permaisuri ketika mengetahui bahawa ada gundek yang lebih disayangi daripada baginda ratu. Telah tersebar ke seluruh Melaka tentang api murka yang keluar terpancar dari dada tuan permaisuri Raja Muda.

Ya ampun baginda tuan, api murka permaisuri ini bukan datang secara tiba-tiba. Adalah menjadi dongeng rakyat Melaka setiap permaisuri yang akan naik ke atas takhta, maka badannya wajib diukur dan dikira. Telah tersebar ke pelosok kampung dan kota, telah diketahui rakyat jelata tentang berita susuk permaisuri Raja Muda melebihi seekor anak gajah simpanan Tun Bendahara. Adalah menjadi perangai dan sifat anak-anak muda Melaka membuat lawak dan jenaka terhadap badan permaisuri Raja Muda. Dari apa yang hamba menerima berita, inilah punca yang menimbulkan angkara murka. Permaisuri Raja Muda telah mengetahui betapa ramping, langsing lagi ranggi pinggang Puteri Mongolia. Mengikut yang empunya cerita, cemburu melimpah marah bertambah. Mengikut kata yang empunya surah, seorang Tamil dari negara atas angin telah datang bersumpah di hadapan Balai Rong Seri bersama mudim dan pari-pari bahawa si Tamil legam itu mengetahui bahawa Raja Muda kita berkemudi di buritan kapalnya.

Ya ampun baginda Razak, sahihlah dongeng berita Raja Muda "makan di luar dan suka makan di dalam". Makan di depan, makan di belakang telah menjadi nikmat pilihan Raja Muda kita. Ya ampun baginda, "makan depan, makan belakang" ini adalah surah yang dipungut dan dikutip oleh si Tamil dari mulut tuan hamba sendiri.

Ya ampun tuan hamba, bukanlah niat hamba untuk membuat fitnah, jauh lagi untuk mencerca nama baik tuan hamba. Niat hamba untuk memberitahu seantero negara bahawa apa yang tuan hamba suarakan di sidang itu hanyalah dongengan karut semata-mata. Adalah hamba berjanji kepada rakyat Melaka untuk melaporkan duduk perkara sebenar. Adalah juga tanggungjawab hamba bukan menista dengan berita. Hendaklah tuan hamba tahu bahawa tidak ada seorang pun rakyat jelata yang mempercaya apa yang tuan hamba butirkan itu benar melainkan semuanya bukan benar semata-mata. Kisah hikayat Puteri Mongolia ini berpanjangan hendak-hendaknya. Adalah menjadi tabiat baik rakyat Melaka mereka amat suka melihat tuan hamba masuk sekali lagi ke rumah pasungan. Tidaklah busuk hati nurani mereka melainkan mereka ingin tahu duduk perkara sesahih-sahihnya.

Ya ampun baginda tuan hamba, rakyat Melaka dan saentaro belantara dari Melaka ke Majapahit, dari Jambi hingga ke Pasai telah mendengar cerita tuan hamba menjadi kaya-raya kerana membeli dua bahtera. Apakah ini dongeng cerita hamba sendiri tidak terkata-kata hanya tuan hamba tahu duduk perkara. Mengikut kisah yang empunya ceritera, mengikut surah sumpah si Tamil legam, tuan hamba dilantik menjadi khadam yang kanan. Masuk istana keluar istana tanpa ditegur tanpa dilarang. Bukanlah rahsia rakyat Melaka untuk berdendam mencari mangsa. Mengikut surah sumpah si Tamil lagi, tuan hamba menjaga gundek-gundek Raja Muda. Mengikut tuan yang empunya ceritera, tuan hamba juga berligar ke kampong berligar ke kota mencari anak-anak dara untuk dijadikan gundek-gundek istana.

Ya ampun baginda Razak, biarlah hamba meneruskan ceritera tentang permaisuri yang jatuh murka. Telah didengar rakyat Melaka tentang kisah permaisuri kita yang dahulunya seorang mak janda. Bergundek ke hulu bergundek ke hilir membuka paha. Ya ampun, telah menjadi berita atas arahan siapakah Puteri Mongolia musnah derita. Telah diketahuilah rakyat Melaka betapa permaisuri cemburu tersangat bagai gajah kena penyengat. Telah diketahui juga rakyat Melaka bahawa Raja Muda sering berduka berkongsi katil memeluk seekor unta walhal paduka bemimpi gundek langsing berambut panjang bukan permaisuri baginda berambut kontot.

Ya ampun, tuan hamba dikatakan amatlah bergeliga mencari untung membeli bahtera. Biarlah hamba menyampai berita. Dari Naning hingga ke Melaka, rakyat tahu duduk perkara. Jangan cuba dibodohkan, jangan cuba dialpakan, rakyat sudah faham membaca warta berita. Tidak perlu bergelap, tidak perlu bersuluh pelita, kisah tuan hamba membeli dua bahtera dengan duit emas berkantung-kantung diketahui rakyat jelata. Al-kesah tuan empunya cerita, permaisuri telah membadak gegak gempita, lagi marah lagi murka maka diarah puteri disula, diseksa untuk menamatkan semua berita. Badan meletup rambut terbakar agar tidak diketahui siapa empunya benih. Dari atas angin sampailah berita, dari balai rong hingga ke rakyat jelata, semua ingin bertanya janin ini empunyanya siapa?

Ya ampun baginda, adalah hamba mendengar berita amat sahih lagi nyata tentang Raja Mongolia amat besar amarahnya tidak dapat dikata apa-apa lagi. Ya ampun, adalah hamba mendengar berita si Tamil ditemui sudah. Dia bersyair lagi bermadah menunggu masa untuk mendedah sekali lagi. Ya ampun baginda Razak, adalah hamba mendengar berita lagi sahih lagi nyata tentang Raja Muda yang akan naik tahta akan disula rakyat Melaka. Beginilah berakhirnya surat hamba kepada tuan hamba. Ya ampun, tidaklah ada apa-apa lagi yang hendah hamba katakan. Hendaknya diketahuilah oleh cucu-cicit kita nanti tentang kisah murka permaisuri yang gedempol dengan puteri manis bistari, kisah Raja Muda yang takut bini, kisah gundek bertukar ganti. Maka dibuatlah rakyat Melaka pantun enam kerat untuk ingatan turun-temurun:
Tam tam tun
Tak perlu berpantun
Dam dum dah
Tak perlu bermadah
Sidang baginda
penuh dusta.
Komen: kali ini kita tidak perlu komen...
suka kepada kretiviti sang penulis...
dan suka melihat tuan puan tersenyum meneka-neka...

14 comments:

♥ Lady Mae ♥ said...

who wrote this story Dr?
the meaning is really deep~

tp saya paham apa yg cuba utk disampaikan =)

by the way, i agree...the writings are really creative..

Sains Politik Malaysia said...

Nama dia Hishamudin Rais. Dia orang seni, pernah buat filem dan selalu dengan sajak dan cerita2 satira..

Dulu masa gerakan pelajar demonstrasi tahun2 1970an dia bersama Anwar, Ibrahim Ali dan lain2 pemimpin turut ikut demo. Pernah ditahan dan pernah lari ke luar negeri. Dia banyak tulis di Malaysiakini sekarang... saya suka bila ada orang lain faham cerita ni.. malah boleh buat kita tersenyum...

♥ Lady Mae ♥ said...

sangat berseni Dr,
saya suka cara penulisan dia..
hebat! kagum saya...

saya terjumpa kat web malaysiakini td masa cari bahan pasal AUKU..

memang berani, saya respek kat beliau...

bak kata pepatah "berani krn benar, takut kerana salah"
bukan mcm sesetengah aristokrat yg saya rasa ada ciri "menegakkan benang yang basah" meskipun sudah "terang lagikan bersuluh" bukti2 yang ada...
betul tak Dr? =)

Sains Politik Malaysia said...

Hi.. Lady Mae...

Hamba amat gumbira dengan mahir nya lidah tuan hamba...

bahasa tuan hamba pun sudah berubah...

pandai bermadah, bagi hamba amat menghilang gundah...

****************************

Mai... pls see me when u are free. If possible dtg dengan Affan. Maybe I need another one... kalau jadi... i nak hantar u all abroad...

Tomorrow Tuesday afternoon will be good. Not on wed, ada banyak meeting and classes. Thursday pun ok or Fri late afternoon.

salam

Dr Dre said...

hahahhahha..i know,who is he refer to.....hahahahhahaha..kreatif si isham ni...

Berpencak silat si anak melayu,
Pergi bertapa di gunung Dewa,
Pejuang-pejuang yang mudah layu,
Tidaklah layak digelar ketua,

Mencari sireh dihujung taman,
Tersesat masuk ketaman bunian,
Dongeng ini hanyalah sindiran,
Siapakah dia yang bisa terkesan,

Adapun Melayu itu bersopan,
Dalam marah maseh berpantun,
Bila puisi bersalut sindiran,
Adab maseh menjadi keutamaan,

Sungguh berseni menyusun ayat,
Manis madah bagai delima,
Aduhai pedih ini hikayat,
Mendatang murka SI BIK MAMA!...

hahahhahahha....siapakah gerangan BIK MAMA?....Jumpa Isham Rais,pendeta bangsar ini ada menyimpan hikayatnya....pekulun dapat berjumpa pakanira lewat di tukartiub.blogspot!...hahahhahahhaha...

Nana RUZ said...

creative. & also provocative (for those yg mkn cili la)... yes, smmgnye sgt mdh dfhmi... blh dkatakn xssh utk meneka ape mksd t'sirat yg ada dlm "hikayat" ni..or should i say 'tersurat'...

♥ Lady Mae ♥ said...

sure Dr, i'll try my best to see u after class with affan...

today i got class from 11am until 2pm pastu sambung tutorial & kuliah smpai malam kol 9 hehe...

apepon nnt sy jumpa Dr hari ni..

slmt malam =)

affanazami said...

whomever wrote this, the writing is very much provocative and creative indeed!

p/s- bley saya teka tak kat sini, Dr.? hehe

Sains Politik Malaysia said...

Salam...

Tuan-tuan memang pandai menerka. Siapa lagi kalau tak yg empunya kuasa. Bertitah tak henti umpama raja. Mencuri kuasa 'negeri hamba'.

kuasa yg hilang masih dituntut..
lalu bersidang di bawah pohon
anilah angkara kuasa berebut
jelata hina tak merasa pulun..

Thanks for your interest... all of u.. for yr info semua yg beri komen ni sama2 students ukm... nanti kita sambung cerita sidang kerajaan negeri bawah pokok...

bukan emas negerinya perak
tak dapat sidang dewan semarak
berhimpun mesyuarah pokok salak
hati yg panas terkawal marak


salam

Dr Dre said...

kerajaan negeri pasir dua butir yg sebenarnya Dr...hahahhaha..krisis perak,persis filem laksamana do re mi..hahahahhahaha..agak2nya,adakah akan tewas menteri pasola suatu masa nanti?..hahahah..ayuh sama2 skasikan!...student UKM?...yang mana satu?..ni nak kena AUKU ni....hahahahha...

♥ Lady Mae ♥ said...

inikan sekadar coretan & luahan pendapat sesama kita...

berbicara ttg politik dgn cara yg baik... diskusi..hehe...

saya tak takut dgn AUKU selagi saya tidak melakukan apa2 kesalahan seperti mana yang disebutkan dalam akta tu =p

Dr, smlm ada kat berita ttg Speaker DUN perak dikenakan injuksi... what's with all these irritating drama's and bad intention by the "people with powers" right now?

macam desperate utk supress the opposition party, tp saya kagum dgn opposition sbb even kena "pijak" macamana pun since the "people with power" ada macam2 jentera but still they have the semangat utk bjuang ni... dahsyat! hoho~

p/s:
correct me if i'm wrong =)
saya murid baru belajar,
kalau salah tolong bimbing ya?

since saya daripada latar belakang sains (bio kimia stpm, tiada latarblkg sejarah, ekonomi etc)
byk yg sy ingin pelajari =)

Anonymous said...

i suke madah hishamudin rais ni..
i trbaca psal kisah die mlm td..
mse cri bhn tentang hak utk someone itu dibicarakan..
kreatif menyampaikan something dalam susunan dan bait kata yg ckup puitis..
sy trsnyum prof..

Faizal said...

Lagi bez kalo tgk cerita hasyamuddin rais..Dari jemapoh ke manchester..cita Dr ni sah-sah la Najib tun razak al punya kisah..hehe.

Sains Politik Malaysia said...

Salam...
saya tak sempat tonton cerita dari Jemapoh... to Faizal.. tapi kalau ada kesempatan nanti boleh juga...

betul ke tekaan Faizal tu...
yang lain... mungkin boleh angguk atau geleng...

saya suka tuan2 meneka2... mungkin dah sama2 tahu... tapi biarlah ia jadi cerita utk kita kongsi..

Cerita kenyataan beramaran Sirul compliment kepada cerita ini..

salam