Tuesday, March 31, 2009

Langkah Desperate..

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang
Mar 31, 09 12:33pm Malaysiakini.com

kemaskini 6.55pm Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda.

Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut dalam program pada pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung. Dihubungi Malaysiakini hari ini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja. "Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu. Kerajaan campuran DAP, PAS dan PKR masih mendakwa mereka sah mentadbir negeri itu walaupun BN melantik menteri besarnya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Susulan itu, sesetengah pihak menyifatkan pilihanraya kecil ini "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dan menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS. Beliau dicabar calon BN Ismail Saffian dan Kamarul Ramizu Idris (bebas) pada 7 April ini. Keputusan mahkamah kes pembunuhan wanita Mongolia itu akan diketahui dua hari selepas pilihanraya ini. Abdul Razak, yang dituduh bersubahat dengan dua anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) cif inspektor Azilah Hadri dan koperal Sirul Azhar Umar, dibebaskan daripada kes tersebut.

Isu Altantuya sering menjadi bahan kempen pembangkang untuk memburukkan Najib dengan mengaitkan wanita itu dengan bakal perdana menteri itu. Najib bagaimanapun menafikan pernah mengenalinya. Mengulas larangan itu, PKR berikrar akan mengabaikannya dan mencabar polis menyiasat mereka jika berbuat demikian.

Selain dua larangan tersebut, polis juga menuntut PKR mengawal kehadiran orang ramai yang mendengar ceramahnya. "Jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan," larangan itu dipetik.

Polis juga melarang jentera PAS mengadakan ceramah lebih 11 malam di kawasan kampung. Dalam kenyataan lewat petang, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata kementeriannya mengeluarkan arahan tersebut bagi ketiga-tiga kawasan pilihanraya, termasuk DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Komen: Desperate measures atau langkah terdesak ini menonjolkan amalan salah guna kuasa masih berleluasa. Sebelum ini perlu diingat 'Harakah' dan 'Siasah' telah digantung untuk beberapa bulan. Selepas ini tidak tahu apa lagi langkah desperate yang akan dilaksanakan. Persaingan dengan itu berlaku dalam gelanggang yang tidak adil atau tidak sama rata. Orang yang berlawan dalam masa yang sama menjadi referee, meletakkan sempadan dan mengubah sempadan menurut convenient mereka. Dalam fikirannya ia akan berjaya menyekat pengaruh parti tertentu, namun tidakkah ia ingat kepada pepatah Inggeris,... "kita boleh menarik kuda ke sungai... tetapi kita tidak boleh memaksanya minum". Kita boleh memaksa pengundi mendengar apa yang kita benarkan sahaja, tetapi apakah ia akan menutup fikiran mereka untuk memikirkan perkara selain dari itu...?

3 comments:

Faizal said...

saya setuju dengan komen Dr di bawah ini..tetapi inilah yg dinamakan "DEMOKRASI ACUAN MALAYSIA" yg kononnya sesuai dengan nilai dan budaya masyarakat kita..geli hati rasanya apabila perkataan ini berulang kali bermain difikiran..tetapi itulah hakikatnya.

Lagi satu, apa yang saya sedar ialah sejak Syed Hamid Albar menjawat jawatan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, pelbagai tindakan-tindakan yg menindas telah dilaksanakan. Bermula dengan penahanan 3 individu dibwh ISA (Group Raja Petra), pergantungan permit Harakah dan Suara Keadilan dan pelbagai lagi..
Keadaan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran kepada kita semua ttg corak serta pendekatan yg akan digunakan oleh Najib kelak yg dilihat semakin terdesak untuk memulihkan imej BN yg semakin terhakis dan imej UMNO yg kian dipandang sepi oleh orang Melayu sendiri...

KaMaRiAh KaMaRuDdIn. said...

saya begitu setuju ngan apa yg dihujahkan oleh DR..
tindakan ini sebenarnya mencerminkan peribadi atau imej BN...
seumpama terdesak...
seumpama ketakutan....
jika tidak bersalah,
apa yg perlu ditakutkan,
jika itu dikatakan wujudnya unsur2 fitnah,sila bawa kehadapan atau saman je...
tapi tindakan ini tidak dilakukan pun..sebaliknya..

Sains Politik Malaysia said...

Faizal dn Kem..
Thanks for the comments... saya lihat dlm Malaysiakini Pakatan menyatakan akan meneruskan penggunaan isu ini tanpa takut.. kita lihat seterusnya nanti. Harap polis tidak mengambil tindakan keras, kerana boleh dilihat tidak neutral..

Isu baru saya dapat... apakah peralihan kuasa ini menjadi seperti yang diwarwarkan oleh media. Kenapa media terlalu ghairah menonjolkan isu ini...tentu ada sesuatu yang pelik tp penting akan meletus..!!!

Panas!... Panas..!! PANAS!!! politik Msia kini.

Kemelut Perak belum habis... kini kemelut politik peringkat pusat. Bukan sahaja pusat tetapi PUNCAK..?
Ya di PUNCAK!!!

So near and yet so far pada Timbalan ini.

"Warna Istana boleh berubah!!"