Wednesday, April 1, 2009

Salah guna kuasa akhirnya dibongkar..!!

Agensi k'jaan S'gor biayai lawatan Khir ke Disney
Apr 1, 09 8:33pm Malaysiakini.com

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.

Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.

Perkara ini didedahkan dalam siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggung -jawaban dan Ketelusan (Selcat) hari ini.

Antara pendedahan mengenai lawatan keluar negeri itu, dalam tempoh antara 17 hingga 24 Disember 2004 ialah: Turut menyertai lawatan tersebut ialah isteri Dr Mohd Khir - Datin Seri Zaharah Kechik dan tiga anak mereka serta seorang orang gaji. Delegasi rasmi membelanja sejumlah RM416,000 bagi lawatan tersebut. Kumpulan yang pergi mengendalikan urusan bagi lawatan tersebut membelanjakan RM366,000. Persinggahan transit di Dubai membabitkan perbelanjaan RM10,000.

Komen:
Sorak-sorak penyelewengan Lembu dlm kerajaan Selangor kini, tetapi sorak baru ini lebih heboh dan bingit. Lebih sensasi tetapi menjijikkan. Masalah lumrah pemimpin kini...berhadapan awam bercakap tentang masalah negara, modal insan, integriti dan Islam Hadhari.. tetapi di belakang khalayak.. kebas mana yang jadi. Berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Ingat sudah terlepas, kini, terbongkar lagi...

2 comments:

KaMaRiAh KaMaRuDdIn. said...

salam..
bolah dikatakan bahawa 'adat gajah terdorong'
yakni orang yang berkuasa itu kerapkali menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan mereka sehingga mereka ini lupa amanah yang sebenarnya perlu dipikul.

seterusnya keadaan inilah yang membawa kepada 'lembah jua yang dituruti air'

Sains Politik Malaysia said...

betul tu Cik Kem.. tapi lebih menjijikkan ialah bila berdepan dengan massa, ia bercakap tentang integriti, ketelusan, Islam Hadhari dan Wawasan negara. Tapi di belakang... ia belasah mana yang sempat...

Sejak dari dulu hingga MB UMNO Selangor selalu terjebak dlm pelbagai isu sensasi, sejak Dato Harun, Muhammad Mat Taib, dan Khir.