Sunday, May 31, 2009

The Revival of KL-Spore Bullet Train...will YTL have the last laugh?

Sunday, May 31, 2009

In Forbes Magazine, June 8, 2009 issue, Francis Yeoh is featured in an article, "Last Laugh."
He is one of Malaysia's richest men and is known for his flamboyant lifestyle, including his two helicopters, a private island and famous friends such as the late Luciano Pavarott. YTL is still sitting on $2.8 billion in cash,

Yeoh has had setbacks. For years he tried to get approval from the Malaysian government to build a fast train connecting Singapore and Malaysia, but the project was shelved in April 2008, apparently stalled by politics. Now Yeoh seems to be trying again, with Siemens Malaysia as a partner. He won't say much. "The more I talk about it, the more the project will never come alive," he worries. Still he argues that people didn't believe in his high-speed rail between Kuala Lumpur International Airport and the city center, which carries 4.5 million people a year. "I pray that this project will come in my lifetime. Even if it is not done by me, I want to see it happen between the two countries."
The project costed 8 billion ringits ($2.5 billion US), the bullet train project would have reduced the current six and a half hour trip to ninety minutes.

They were oppositions to the project as it could be more beneficial to Singapore than Malaysia in the long run. Jeff Oii had an entry on this here as well as Citizen Nades here. Bernama reported Posers Arise Over Viability Of KL-Singapore Bullet Train Project
However, the majority opinion is that for the project to go ahead, the Federal Government's support will be required in such matters as obtaining soft loans, providing subsidies or compulsory acquisition of land for the track.

A thorny issue is the likelihood of protests over the compulsory acquisition of land along the route as many landowners are unlikely to give up their land without a fight or asking for high compensations.

Meanwhile, rail service provider KTM Bhd managing director Datuk Mohd Salleh Abdullah has been quoted as saying that the project is not suitable for now as such a service can be provided by the state-owned rail company itself if a number of infrastructure projects are developed.
With the third bridge is said to be on the table, we may see Yeoh's dream would be realised in his life time after all...

Comment:
Not only in politics... the return of mahathirism can be seen in business sector too. Lets see if this is really happening. Time will tell..


Wednesday, May 27, 2009

Soal Jawab: Kem Erdogan lawan ulama hakis dasar Pas
Berita Minggu 24 Mei 2009

Prof Madya Dr A Nidzamuddin Sulaiman,
Pensyarah Sains Politik
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Soalan: Menjelang pemilihan Pas, timbul perdebatan siapa yang patut dipilih sama ada calon mewakili ulama atau profesional. Pada ketika ini ramai mengatakan ahli Pas sendiri sebenarnya mahu profesional menjadi pemimpin untuk disesuaikan dengan keadaan semasa?

Jawapan: Ini adalah isu besar dalam Pas dan turut menjadi masalah kepada banyak parti berteraskan Islam di negara lain. Hakikat bahawa golongan ulama dicabar oleh golongan profesional atau golongan muda sudah menjadi isu lazim dalam banyak negara Muslim. Golongan ulama sudah lama memimpin Pas dan mempunyai pelapis seperti Datuk Dr Haron Din dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk meneruskan kesinambungan. Namun, berlaku sedikit anjakan iaitu kelihatan semakin ramai profesional memegang jawatan penting seperti Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak), Datuk Kamarudin Jaffar dan Dr Mohd Hatta Ramli.

Ketika Pas dipimpin Allahyarham Datuk Fadzil Noor, golongan ini dinamakan intelektual Islam dan ini menunjukkan mereka sudah lama wujud tetapi kini lebih dikenali sebagai profesional. Walaupun berlatar belakangkan kerjaya profesional seperti doktor perubatan, jurutera atau ahli akademik, jiwa Islam dan semangat mereka kepada perjuangan amat kental dan juga mahir menangani pelbagai isu agama, perjuangan parti dan isu ummah dewasa ini.

Kini, bilangan mereka semakin bertambah dan semakin berpengaruh. Saya melihat ini sebagai perkembangan sihat. Meskipun dianggap profesional, semangat dan komitmen mereka kepada perjuangan tidak boleh dipertikai. Pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai agama juga amat tinggi. Jika mereka diberi peluang memegang jawatan utama, Pas tidak akan berubah banyak dasarnya, malah boleh menjadi lebih progresif. Namun, tidak bermakna golongan ulama mesti dipinggirkan kerana mereka tetap penting kepada parti.

Apa yang menjadi isu ialah tidak wajar parti menetapkan hanya ulama menjadi pemimpin utama, apatah lagi sudah ada Majlis Syura dianggotai golongan ulama yang bertindak sebagai lembaga pengarah menggubal keputusan penting. Pada zaman ini, keterbukaan (menerima golongan profesional) menjadi pilihan orang ramai. Mungkin mereka tidak akan menyuarakan isu ini secara terbuka pada muktamar parti, tetapi tuntutan pengiktirafan kepada golongan profesional tetap berkembang dan tidak boleh dielakkan.

Soalan: Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden Pas selepas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menawarkan diri bertanding jawatan itu. Adakah keputusan ini disengajakan bagi mengelak seorang daripada dua tokoh ini daripada tenggelam?

Jawapan: Kedua-dua pemimpin ini tonggak utama parti dan memiliki cara tersendiri dalam kepemimpinan. Walaupun kadangkala berlaku perselisihan pendapat seperti isu muzakarah atau muqabalah, mereka saling menghormati. Sudah tentu parti tidak mahu kehilangan salah seorang daripada mereka, maka disusun seolah-olah tidak berlaku sebarang cabaran.

Nik Aziz pula tidak pernah menyatakan hasrat untuk memegang jawatan presiden atau mencabar Hadi. Kedua-dua faktor ini menjadikan keadaan lebih damai dan berupaya mengawal perpaduan dalam parti. Dalam budaya politik Melayu, cabaran kepada pemimpin tertinggi jarang sekali berlaku.

Dalam parti Melayu di negara kita, tidak ada presiden parti yang pernah dicabar dan kalah termasuk Umno. Masyarakat Melayu beragama Islam memang sentiasa mengutamakan penghormatan tinggi kepada pemimpin utama. Mereka lebih selesa dengan cara mengelak pertandingan walaupun amalan ini sebenarnya boleh mempersoalkan darjah keterbukaan dalam parti atau mudahnya, amalan demokrasi yang membenarkan pertandingan.

Soalan: Adakah kepemimpinan baru Pas yang bakal dipilih mampu membawa perubahan kepada parti dengan pendekatan yang lebih banyak menggunakan pendapat golongan profesional atau kekal dengan imej dan amalan sekarang?

Jawapan: Kehadiran profesional akan menghasilkan pasukan bercampur antara golongan muda dan senior. Penggemblengan tenaga akan merumuskan pelbagai dasar atau keputusan yang progresif tetapi masih tidak lari daripada prinsip asas yang dipegang. Pengaruh dan desakan golongan profesional dipercayai akan membawa Pas kepada era baru yang berbeza daripada era ulama terdahulu. Golongan muda ini lebih sederhana meskipun berpegang kepada prinsip agama. Memang kadangkala boleh melahirkan perselisihan kecenderungan atau cara pelaksanaan. Jika tidak dapat ditangani secara berhemah, perselisihan kecil tetap boleh membawa kepada krisis lebih besar.

Soalan: Adakah Prof melihat Pas mampu membentuk ikatan kuat dalam Pakatan Rakyat dan meningkatkan keyakinan rakyat terutama pengundi bukan Islam?

Jawapan: Pas memang dikenali sebagai parti yang bergerak atas landasan agama. Matlamatnya jelas dan tidak ada keraguan dalam hal ini. Satu tugas besarnya ialah bagaimana bentuk pelaksanaan dalam kedudukannya bersama Pakatan Rakyat dan masyarakat Malaysia yang amat kompleks. Sepanjang ceramah dan manifesto, ia kelihatan mudah dalam usaha menarik keyakinan orang ramai, namun dalam realiti, perasaan skeptikal masih belum dapat dihapuskan terutama di kalangan bukan Islam. Ini adalah tugas utama Majlis Tertinggi Pas.

Alasan parti itu sudah mendapat sokongan pengundi bukan Melayu belum cukup meyakinkan bahawa ia sudah mendapat sepenuh keyakinan masyarakat. Dalam menghadapi perubahan gaya sokongan pengundi, perkara yang menjadi keutamaan mereka ketika ini ialah perhitungan politik, bukannya peningkatan keyakinan.

Wujud andaian tanpa kerjasama DAP, tidak mungkin Pas mendapat undi bukan Islam yang tinggi seperti pada pilihan raya raya umum dan pilihan raya kecil lalu. Dalam konteks ini, golongan profesional boleh memainkan peranan utama memastikan matlamat parti tercapai.

Soalan: Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, baru-baru ini mendakwa politik sogokan mula menular dalam Pas dan ia mengejutkan kerana selama ini Pas menjadikan Islam sebagai teras perjuangan serta dilihat parti yang bersih. Adakah ini membuktikan Pas juga tidak terlepas daripada gejala melobi dan menyogok perwakilan, cuma sebelum ini ia tidak dihebahkan?

Jawapan: Itu adalah pandangan peribadi beliau, namun ia tidak mungkin keluar (disuarakan) tanpa sebarang pemerhatian atau desas-desus yang beliau dengar. Logiknya jika tiada angin, pokok tidak akan bergoyang. Ini bermakna memang wujud berita atau khabar mengenai gejala itu dalam parti yang sampai ke pengetahuan Ketua Dewan Ulama sehingga beliau menyuarakan pandangan dan kebimbangannya.

Walaupun parti ini bergerak atas nama Islam, perlu diakui aktor (watak) yang terbabit adalah manusia biasa dan tetap memiliki sifat lazim dalam politik dan persaingan kuasa. Pegangan jawatan membawa kepada peningkatan hierarki dan suara dalam parti. Suara ini pula tidak dapat dipisahkan daripada pemilikan kuasa. Kerana kuasa, tidak menghairankan jika ada yang bertindak secara 'machiavellian'. Mungkin keadaan melobi dan menyogok ini tidak seteruk parti lain tetapi disebabkan Pas bergerak atas nama Islam, sekecil mana saiznya pun ia tetap dilihat amat mencemarkan.

Soalan: Berbalik kepada pemilihan dalam Pas, jawatan Timbalan Presiden hanya akan dicabar dua Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Adakah kehadiran dua orang kuat ini mampu menggugat kedudukan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa?

Jawapan: Kedua-dua calon ini adalah pemimpin kanan Pas yang sedang meningkat naik. Kedua-duanya juga cukup popular dalam politik tanah air apatah lagi dalam Pas. Mohamad Sabu lebih popular di luar atau dalam erti kata mudah, setiap ceramah politiknya sentiasa berjaya menarik perhatian khalayak yang besar, malah sudah boleh dianggap sebagai selebriti Pas. Namun perlu diingat bahawa bukan orang kebanyakan yang bakal mengundi pada pemilihan Pas nanti, mungkin hanya segolongan kecil. Husam juga tidak mudah dipinggirkan kerana beliau mempunyai pengaruh dan penyokong.

Bagaimanapun, saya berpendapat kedudukan Nasharuddin masih di depan kerana beliau dikenali ramai, diberi kepercayaan dalam pelbagai tanggungjawab dan melaksanakannya dengan baik. Beliau kelihatan kurang bermain politik dan kurang bercakap tetapi kuat bekerja dengan penuh komitmen dalam tanggungjawab. Sikap kurang politiking ini tidak melemahkan sokongan, sebaliknya meningkatkan hormat penyokong terhadapnya kerana orang ramai lebih sukakan individu yang bekerja kuat untuk parti. Keputusan Husam dan Mohamad Sabu untuk merebut jawatan lebih tinggi membuka ruang kepada Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar untuk mengisi jawatan Naib Presiden.

Soalan: Adakah Prof percaya susunan calon itu juga sebenarnya membabitkan wakil kumpulan tertentu atau pakatan?

Jawapan: Jika dilihat sekali imbas memang kelihatan pemilihan parti kali ini seperti semuanya sudah dirancang secara berpusat, tetapi saya kira lebih banyak unsur kebetulan. Salahuddin melepaskan jawatannya kerana faktor usia dan cuba mendaki tingkat (jawatan) setangga di atas. Mahfuz juga pernah jadi Ketua Pemuda dan sememangnya kedudukan lebih tinggi selepas itu ialah Naib Presiden. Unsur kebetulan yang kuat memang boleh mendorong pemerhati untuk melihat ini sebagai satu perancangan yang rapi, apatah lagi dengan tidak ada persaingan. Ia seperti sudah disusun dengan teliti supaya kelihatan seperti dua pemimpin pergi dan dua lagi menyusul sebagai ganti.

Komen: Memang menarik untuk memerhatikan persaingan antara kumpulan muda profesional vs kumpulan Ulama dalam perhimpunan parti ini tidak lama lagi.

Tuesday, May 26, 2009

Cops seek Interpol manhunt for RPK (Raja Petra)
Tuesday May 26, 2009 Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, May 26 – Malaysian police are now seeking the help of Interpol to apprehend fugitive blogger Raja Petra Kamarudin, Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said today in the first official acknowledgement that RPK has fled the country.

RPK, as he is popularly known, went on the lam last month when he failed to turn up for his sedition trial. Today a second warrant of arrest was issued against him for failing to turn up for his criminal defamation trial.

Despite being a fugitive, RPK continues to taunt the authorities and remains a thorn in the side of the administration of Datuk Seri Najib Razak.

Both his sedition and criminal defamation trials are related to his allegations that Najib was involved in the murder of Altantuya Shaariibuu, the former mistress of the prime minister’s associate.

RPK continues to write regularly on his Malaysia Today website, giving his take on political developments and criticising the police and the Barisan Nasional (BN) government.

Since skipping trial, the blogger who remains hugely popular has also been engaging in a war with some of his fellow bloggers. He has been attacking several bloggers whom he had once been friendly with, identifying them as pro-Barisan Nasional bloggers.

According to a recent news report, police here believe RPK is now in Brisbane, Australia, together with his wife.

Besides the latest arrest warrant issued today, Sessions Court judge Mohamad Sekeri Mamat also issued a show-cause notice to RPK’s wife, Marina Lee Abdullah, as his bailor for not being in court as well.

Raja Petra, 59, had on July 17 last year claimed trial to three counts of criminal defamation over his statutory declaration on the murder of Altantuya Shaariibuu.

He is alleged to have defamed Najib’s wife Datin Seri Rosmah Mansor by claiming she was involved in the murder.

RPK has claimed through his website that he would not be attending the trials as he fears being arrested under the Internal Security Act (ISA).

Comment: The news really strikes one's mind as to the role and interest of Interpol. Here are the main functions of this international body taken from the website, http://www.interpol.int/. 1. Tackling the growing problem of drug abuse and trafficking, often linked to other crimes. 2. Tracing fugitives, who threaten public safety and undermine criminal justice systems. 3. Countering terrorism, which threatens public safety and world security. 4. Fighting abuse and exploitation of people, which breach human rights and destroy lives. 5. 'Working together towards a corruption-free world by promoting and defending integrity, justice and the rule of law.’ It is very much doubtful that Interpol is interested in getting RPK after studying his case. The more they study the case, the more they will realise that a different person should be hunted, I'm afraid... I think taking the case to them would only tarnish Malaysia's image as a different picture may emerge. It would be very exciting to see what would unravel if he is taken to court. I wonder if this is only a threat.., pressure,.. or a clumsy choice of action. :)

Sunday, May 24, 2009

YDP Agong pecat Najib daripada jawatan PM??
Posted on Mei 23, 2009 by pemudawilayah (sang kancil)
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke rumah rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat dari Duli Yang Mulia Yang DiPertuan Agung (YDPA) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan rumah rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat dari jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Najib yang masih marah dan berang berkata: “Macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana–mana peruntukkan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri.
Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik”.

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA. YDPA dengan senyum berkata kepada Najib: “Adakah tuan hamba sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif (Y.A) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa;

a. Seorang Menteri Besar (di peringkat Negeri) atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat secara tersirat boleh dipecat atau diminta letak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah: “Bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang tuan hamba inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek tuan hamba dan parti tuan hamba. Bukankah tuan hamba yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen tuan hamba sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semuladi Perak.
Maaf tuan hamba, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh buat apa-apa. Maka Beta dengan ini memerintahkan tuan hamba dan sekeluarga keluar dari rumah rasmi Perdana Menteri kerana tuan hamba bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kini telah makan diri. Jika keputusan yang paling wajar dan munasabah oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Y.A Dato’ Aziz Abdul Rahim yang memutuskan bahawa satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya sekaligus mengekalkan doktrin Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) keputusan Mahkamah Rayuan pula ditafsirkan oleh ramai cendikiawan undang-undang telah melahirkan doktrin baru iaitu Raja Mutlak (Absolute Monarchy).
Jika Raja Berperlembagaan melahirkan kesejahteraan sudah tentu doktrin Raja Mutlak akan melahirkan suasana yang tidak menyenangkan.
Sketsa di atas adalah, bagi saya, cara terbaik untuk memahamkan para pembaca tentang kesan keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini.

Sebagai seorang anggota pasukan peguam Nizar, saya menghormati keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. Tapi saya tidak pasti keputusan tersebut akan diterima dengan baik oleh rakyat khususnya rakyat di Perak.

Dalam keadaan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman masih belum pulih sepenuhnya sudah tentu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak dapat lari dari cemuhan rakyat. Inilah masalahnya apabila sesebuah institusi dalam sebuah negara sudah hilang keabsahan (legitimacy).
Di negara ini apabila BN memerintah terlalu lama dan keabsahan parti tersebut dipertikaikan turut sama terpalit adalah institusi keadilan seperti Mahkamah, Peguam Negara dan polis. Apabila rakyat hilang keyakinan kepada sistem keadilan, maka sebarang keputusan Mahkamah apatah lagi keputusan seperti keputusan Mahkamah Rayuan pada hari ini sudah tentu tidak akan mudah diterima sebagai satu keputusan yang adil dan telus.

Sejak dari awal rakyat sudah nampak macam ada sesuatu yang tidak kena kepada cara kes rayuan Zambry dikendalikan. Zambry kalah di Mahkamah Tinggi pada 11/5/2009. Mahkamah Tinggi menolak permohonan Zambry bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman.

Pada 12/5/2009 di sebelah pagi Zambry membuat permohonan bagi menggantungkan perlaksanaan penghakiman. Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh pendengaran permohonan Zambry pada pagi hari yang sama. Tarikh pendengaran yang diberikan dengan tergesa-gesa sudah tentu memprejudiskan Nizar dan pasukan peguamnya bagi membuat persiapan yang teliti dan mendalam.

Pada tengah hari 12 hb Mei itu juga Y.A Hakim Dato Ramly membenarkan permohonan Zambry dan perintah diberikan tanpa sebarang syarat.

Nizar membuat permohonan bagi membatalkan perintah penggantungan yang diberikan kepada Zambry. Mulanya permohonan Nizar ditetapkan pada 18/5/2009 tetapi kemudiannya ditangguhkan pada 21/5/2009 iaitu pada hari yang sama rayuan Zambry didengar. Sudah tentu permohonan Nizar tidak lagi relevan untuk didengar atau seperti yang sering dikatakan ianya menjadi akademik.

21 hb Mei rayuan Zambry didengar dengan hujah lisan dan bertulis dikemukakan oleh pihak –pihak secara mendalam. Mahkamah hanya ambil masa satu hari sahaja untuk putuskan. Memang hebat Mahkamah boleh buat keputusan dalam masa satu hari. Tetapi cuba kita bayangkan jika kita menghantar baju untuk dijahit dan tukang jahit siapkan baju kita dalam satu hari - saudara boleh bayangkanlah tahap kualiti baju tersebut.

Suatu yang amat mengharukan kami (pasukan peguam Nizar) adalah meski pun Nizar kalah namun sambutan rakyat kepada kami di Mahkamah Rayuan hari ini seolah-olah menunjukkan Nizar yang menang dan bukannnya Zambry.

Untuk rakan pasukan peguam Nizar iaitu Tuan Haji Sulaiman Abdullah, Philip Khoo, Ranjit Singh, Razlan Hadri, Nga Hock Cheh, Chan Kok Keong, Mr. Leong, Edmond Bon, Amir Arshad dan Zulkarnain Lokman ingatlah keputusan hari ini tidak akan mematahkan semangat kita sebaliknya ia memberi semangat baru kepada kita untuk terus berjuang menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Kita jumpa lagi di Mahkamah Persekutuan insya’Allah.
Komen: Undang-undang dihormati dan menjadi rujukan kepada orang ramai dalam sebarang pertikaian atau tindakan yang salah. Rukunegara sendiri memberi perinsip Kedaulatan Undang-undang, atau Rule of Law sebagai asas penting dalam kewarganegaraan dan pembinaan bangsa di negara ini. Mahkamah pula merupakan tempat yang dihormati dengan kearifan Hakim dalam melaksanakan keadilan. Di sinilah tempat orang ramai bergantung harap kepada pengadilan tepat, kebenaran dan mengelak dari penganiayaan. Hakim diberi taraf istimewa dalam masyarakat kerana sifat neutral dan kearifannya. Proses mahkamah ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara, semuanya disusun bagi mengangkat kedudukan sistem pengadilan negara ke status yang suci dan disanjungi. Namun semua itu akan menjadi hambar apabila ia tercemar dan dicemar demi kepentingan sesuatu pihak. Hukum Karma bagaimanapun sering memainkan peranan dalam sejarah negara mahupun sejarah politik. Bak pepatah Inggeris what goes around comes around. Adalah amat mengharukan jika keris sendiri tertikam tuannya satu hari kelak (blogs ini sunyi seminggu kerana bercuti dan akan sunyi lagi untuk dua minggu akan datang mulai 28 Mei ini).

Sunday, May 17, 2009

Dr M 'blames' editors for self-censorship
Rahmah Ghazali May 16, 09 9:37pm Malaysiakini.com

Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has denied that during his long tenure as prime minister, he had imposed censorship on the mainstream media.
In his 30-minute speech at the Bloggers United Malaysia (BUM) dialogue in Subang Jaya this evening, Mahathir said the media self-censored itself because it tried to 'second guess' what government leaders want. According to the 84-year-old politician turned blogger, there were a lot of praises made during his time as prime minister “except for vernacular papers or party organ papers which were quite criticial” of him.

“But mainstream media such as New Straits Times or Utusan Malaysia sort of second guessed what kind of things they want to print (about the leaders). Sometimes they were wrong,” he said.

He claimed that the situation became worse after he stepped down when the press practised self-censorship more extensively. He blamed this on former New Straits Times group editor-in-chief Kalimullah Hassan, a known loyalist of Mahathir's successor, Abdullah Ahmad Badawi. “He would do this (self-censorship) in whatever you report and it went on very quietly. The press never complained and gave the impression that there was no interference, but there was,” argued Mahathir. According to him, blogging could get around media censorship because “government control (of the Internet) is just impossible”.

Although the Multimedia Super Corridor (MSC) promised not to censor the Internet, Mahathir said a simple code of ethics should be agreed by the bloggers in “sticking to the facts”. The former premier argued that blogging could eventually displace the traditional media and other electronic media completely.

With the number of bloggers growing everyday, Mahathir noted that it would be very frustrating for the government of the day to “play hide and seek” with them when it comes to censorship.“Because there is nothing to stop him (the blogger) from setting up another blog... the only thing I’m glad is that I’m no longer the PM (to take care of this) so to the government of the day, I wish them luck,” he quipped.

106 people arrested under ISAMahathir had been accused of imposing self-censorship on the media in his two decades as prime minister, especially during the infamous Operasi Lalang in 1987 when the police cracked down on opposition leaders and social activists. The operation saw the arrest of 106 persons under the Internal Security Act (ISA) and the revocation of the publishing licences of three dailies - The Star, Sin Chew Jit Poh and Watan.
However, said Mahathir, he had nothing to do with it as they never stopped the papers from saying "nasty things" about him. “There were accusations thrown at me, saying that I was worse during my time.

But I would like to say that newspaper editors are very sensitive people especially those in mainstream media. “They self-censor because they believed I would not like (what they report) and that I would object - that was all. Other papers said nasty things about me but I never stopped them,” said Mahathir.
He further justified the ISA crackdown because "the situation was moving towards (racial riots of May 13) 1969". “It was increasing to a point that Umno wanted to have 500,000 people to show their strength and I thought it would escalate, that was why we had to take action,” he said.' Treated something like a pariah.'

Moreover, Mahathir apparently laid the blame on those in charge of security - the police.“If I had told them not to, they would soon feel that I was not very supportive. The police have the guns and the power, and we don’t. When managing people with guns, you have to be very careful,” he said.

At a press conference later, Mahathir also expressed his disappointment towards the mainstream papers and that he himself has “stopped reading the New Straits Times”.

To back his claims that the media have been practising self-censorship, he said he was “gagged by the media completely during his successor’s tenure, that of Abdullah Ahmad Badawi”. The owner of a million-hit blog called Chedet, Mahathir said that he was “treated something like a pariah” as he was cut off completely by members of government even though some of them were appointed by him.

In his speech earlier, Mahathir recollected the events which led him to take up blogging exactly a year ago.“I had at least 14 invitations from Umno members to give a talk but these people were later told to withdraw their invitations, which they did."

So I was cut off from being able to give my views even to members of my own party,” he said. 'I was cut off from the press'Mahathir also put the blame on Abdullah for “erasing the existence of the previous PM who had appointed him” instead of being “slightly grateful to his predecessor”. “But strangely, the moment the new PM took over, he seemed to think that he needed to erase the existence of the previous PM.

“Soon after that, I was cut off from the press... reporters were not allowed to interview me... and they were not allowed to print anything I said,” said Mahathir. Gagging a politician from talking is not a good idea, added Mahathir, because “we politicians like to talk”. “You can kill a politician by preventing him from talking... I have a big mouth so I use it quite often,” said Mahathir to the laughter from the 200-strong crowd.

He said it was not until 2008 - four years after he stepped down - that he had to resort to blogging.Mahathir revealed he had trepiditon taking up blogging as he thought he might not be able to handle criticism. “I was afraid that I couldn’t handle some nasty comments thrown at me and scared that I could not reply to all of them... it is a torture. I hesitated for quite a long time until I (started to) blog,” said Mahathir.

Comment: Look who's talking.. I must say that Malaysians have enjoyed most freedom of writing under PM Abdullah Badawi. It was better then than the present premeirship. Mahathir speaks biasly towards his regime as if people cannot see the difference. His regime uses state agencies and media the most to curtail freedom and contestation. Stringent measures were taken and people lived in a 'fear culture' created during that time. Lately.. the atmosphere had returned and what had happen in Perak over the last few weeks was dubbed as the return of Mahathirism. There are no terms coined as Abdullahism or Razakism or even Husseinism. But when people hear of Mahathirism, they can easily recognise the 'package' inside his draconian rule.

Saturday, May 16, 2009

Umno perlu ubati hati orang Melayu
May 16, 09 10:04am Malaysiakini.com'

Tugas utama Umno dalam senario politik negara kini adalah "mengubati hati" orang Melayu agar kepercayaan mereka terhadap parti itu kembali pulih. Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A Kadir Jasin berkata jika ia tidak terubat, Umno tidak mungkin boleh kembali kepada keadaan asal dan disokong orang Melayu, malah untuk kekal di tahap sekarang mungkin menjadi lebih sukar.

"Umno hari ini dilihat melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati rakyat Malaysia bukannya orang Melayu. Hakikatnya bila Umno kuat dengan sokongan orang Melayu, orang bukan Melayu akan sokong kita," katanya yang juga seorang blogger terkenal.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Umno bertajuk "Trend Pilihan Raya Kecil" yang dipengerusikan oleh Datuk Shahaniza Shamsuddin di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi, lapor Bernama. Ahli panel lain ialah ahli akademik dan juga penganalisis politik Prof Datuk Zainal Kling dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Mengenai piliharaya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Kadir berkata BN perlu meletakkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu pada 31 Mei depan. "Segala cakap-cakap mengenai Umno tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap Umno dan merosakkan kedudukan Umno.. jadi pilihanraya kecil atau besar, Umno kena juga bertanding," katanya.

Prof Zainal pula berkata kepimpinan Umno di semua peringkat perlu berani mempertahankan ideologinya sendiri dan berani menepis segala dakyah pembangkang melalui media arus perdana dan juga media alternatif. "Bertahun lamanya pembangkang menuduh bahawa sebarang kegiatan yang membina dan membela Melayu itu sebagai "racism", tetapi tidak ada seorang pun di antara orang Umno yang berani menjawab tuduhan itu".

"Umno juga perlu menguasai ilmu komunikasi kerana setiap saat pembangkang akan menghentam kita di dalam semua saluran, dan akhirnya Umno jadi "defensive". "Sebab itu corak politik yang terlalu "ethical" yang dipraktikkan Umno sudah tidak relevan lagi sekarang," katanya.

Komen: Ini yang menjadi masalah besar sekarang. Sejak Pilihanraya Mac 2008 sudah banyak suara menyebut tentang ini, i.e.. Umno perlu memujuk orang Melayu, Umno perlu mengambil hati pengundi Melayu, Umno perlu berubah dan mendekati akar umbi Melayu, Umno perlu pulihkan keyakinan Melayu dan sebagainya lagi.., menunjukkan betapa sudah melanda gelombang keluar beramai-ramai dari Umno . Jika tidak keluar pun sudah begitu ramai yang menarik sokongan mereka. Pemimpin juga bijak sekali mengeksploitasi isu ini dengan menyebut berbagai propaganda seperti..., Zaman pemimpin betul semua sudah berubah, Pemimpin sedia menerima kritikan, Pemimpin perlu turun padang, Tsunami politik membawa transformasi dan sebagainya. Namun yang lucunya dalam praktik Umno semacam kata-kata ini semua hanya seperti mencurah air tempayan ke longkang. Lihat apa yang terjadi di Perak, lihat berapa tangkapan semakin banyak dibuat selepas regim Pak Lah, lihat bagaimana keputusan mahkamah yang menimbulkan banyak persoalan, lihat isu PPSMI dan lihat isu agama dan kronisme. Umno perlu ubati hati orang Melayu memang dituntut demi masa depan UMNO, tetapi lebih banyak opium atau "candu" diberi dari ubat yang mujarab.

Politik Sarawak, 1994 DBP

Thursday, May 14, 2009

Seperti yg telah dikatakan, Jalannya masih panjang dan menyulitkan..

Perak: Speaker lwn Speaker - Pusingan 2
May 15, 09 12:34pm Malaysiakini.com

Krisis politik di Perak kini beralih ke mahkamah berhubung kerusi Speaker di mana Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar memohon dua perintah mahkamah berhubung penggantiannya bagi jawatan tersebut.

Dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Ipoh pada kira-kira jam 11.45 pagi ini, Sivakumar memohon perintah mahkamah terhadap Speaker baru yang dilantik oleh BN, Datuk R Ganesan, daripada mengganggu beliau menjalankan tugas.

Sivakumar juga memohon gantirugi terhadap tindakan kekerasan terhadapnya sewaktu sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, di mana beliau diheret keluar dari dewan secara kekerasan oleh anggota polis atas arahan Ganesan.

Sehubungan itu, Sivakumar juga memohon perintah mahkamah terhadap Ganesan untuk menghalangnya daripada terus bertindak secara kekerasan oleh (Ganesan) dan/atau ejen atau pesuruhnya. Jika kesemua perintah mahkamah itu berjaya diperolehi, maka Pakatan akan dapat menghalang sidang khas yang dijangka dipanggil oleh BN untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah. Bagaimanapun, menteri besar BN, Datuk Zambry Abd Kadir kemudiannya berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu.

Komen: Telah ada komen tentang ini sebelum ini betapa jalan masih jauh dan menyulitkan untuk kedua-dua pihak. Saman menyaman dan lepas satu kes kepada satu kes yang lain akan dibawa ke Mahkamah. Adalah tidak mengejutkan jika kes ini semua hanya selesai pada 2012 sebaik sahaja pilihanraya ke 13 akan diadakan dan DUN pun terpaksa dibubarkan selari dengan DUN yang lain di negara ini. Siva mempunyai asas kerana dijatuhkan secara samseng koboi. Ganesan juga ada asas kerana mendakwa Siva punyai interest dan selayaknya timbalan speaker yang mengadakan sidang. Bagaimanapun terlalu banyak perkara bersifat teknikal yang boleh dipersoal. Apakah sidang sudah dimulakan ketika Siva dijatuhkan? Tidak kah Sidang hanya mula selepas ucapan diraja? Bolehkah ditukarkan speaker secara seperti itu tanpa prosedur yang lazim dibuat? Jika keputusan mahkamah tinggi kekal bahawa Datuk Seri Nizar memang MB yang sah, apakah sidang 'koboi' itu sah, memandangkan di situlah speaker ditukar?.. dan ada bermacam lagi yang boleh dibangkitkan. Memang kita kena menunggu lama nampaknya. Malanglah orang ramai yang sedang menunggu atau mengharap sesuatu dari kerajaan negeri ini, seperti yang memohon kontrak, tender, jual beli tanah dan sebagainya yang memerlukan kelulusan eksekutif negeri. Bubar DUN memang merupakan jalan keluar tebaik seperti yang sudah dicadang oleh pelbagai pihak,.. namun pihak berkepentingan hanya memikirkan jangan kepentingan pihak lain mendapat untung... kepentingan dia sahaja yang perlu dipelihara. Orang ramai nampaknya yang paling tidak pernah dilihat penting dalam kes ini.

Wednesday, May 13, 2009

Machiavellian rule to continue Political Hegemony in Malaysia

What Hasn't UMNO Prostituted in Malaysia?
Posted by ADMIN
http://kutuberahak.blogspot.com/2009/05/what-hasn-umno-prostituted-in-malaysia.html

That's right. What hasn't UMNO prostituted in this country. For all the fence sitters voters out there, should UMNO decides to contest in Penanti by election, just pop down for a visit and have a look-see.

You will find just about alll Federal government agencies being deployed to campaign for Barisan Nasional. For those involved in the Reformasi movement of 1998, they saw how the entire government apparatus was prostituted right in front of their eyes.

How the courts were used to give a guilty verdict to Anwar, how the ISA was used to silence Anwar Ibrahim, how the police was used to quell genuine disatisfaction among tax paying voters and they were prevented from expressing themselves when such right is enshrined in Malaysia's constitution.

I still remember Rahim Nor saying that he do not want a repeat of Indonesia 1998 in Malaysia. But what happened in Indonesia in 1998 is the removal of a cruel dictatorship (aka New Order) of the Suharto regime.

Openly the former IGP admitted that the role of the Police is to protect corruptors, power abusers, crony capitalists, rapists, killers and not to mention crooked judges. Because, that's what Suharto's New Order is all about. Total waste of country's resources to enrich his family and cronies with the help of every single government apparatus.Now, the same cycle repeats itself.

We are seeing how our courts, whose CJ and Presidents, were once appointed by a drunk lawyer who cannot stop himself from boasting in front of Kelana Jaya MP. I mean, our entire line-up of the Judiciary was determined by a drunk lawyer. That's the measure of our Judiciary's credibility.

UMNO Prostitute Everything For Their Own EndsLet me list them down:

a. The Courts - "Correct, Correct, Correct"

b. Universities - to quell students uprising because it was the students that brought down dictators like Marcos and Suharto.

c. Government own medias

d. The law

e. Law Enforcement Apparatus

f. Any type of Government agencies

g. Religous institutions

h. Doctors (remember Saiful Bukhari)

i. Schools (in states where they don't rule, they use schools for their UMNO's political activities)

j. KEMAS - paid by tax payers but campaigned 100% for UMNO/BN

k. JKKK - same as KEMAS case

l. Jabatan Pendaftaran Negara - For Phantom voters operations

m. Suruhanjaya Pilihanraya - Rejected Speakers orders to hold elections for the 3 DUN despite having documented evidence, among others.

n. Jabatan Perkhidmatan Awam - The prostitute Perak SS actually conspired with UMNO to topple the PR government. It's time for other PR state to kick their own SS out the door, fast.

o. The Palaces - except Terengganu and Kedah

p. Ministries under UMNO

q. Embassies in foreign countries - These embasies are used to sponsor activities of Kelab UMNO whereever they are.

r. GLC's - Used to hire UMNO people so that they can have long holidays to work for UMNO especially in elections, among others.

s. Banks - Bank Bumiputra went bankrupt because they were giving loans to UMNO leaders and never repaid.

t. Cental Bank - Under Mahathir, our Bank Negara went bankrupt more than 4 times because of Mahathir's various ambitious projects like cornering the tin market and trying to be a big player in the forex market.

And what's scary, the list will go on and on. Unless we remove UMNO and BN from power. That's the only hope for future Malaysians.

Comment: This is a very gramscian in analysis. State apparatus being used to perpetuate power is normal in many developing countries. However things have changed in most Asian countries. Marcos, Suharto, Musharaf and Thaksin for egs. were brought down for their cruel authoritarian rule. Nevertheless this has yet to happen in Malaysia. Time will tell.. because the same process is inevitable. As an observer I would be more interested to know if the next regime will successfully refrain themselves from doing the same thing. This is politics.. and politics is about power. To ensure power in ones hand Machiavellian rule will prevail. Unless they can prove otherwise... they will last longer.

Tuesday, May 12, 2009

Perjalanannya Masih Jauh dan Menyulitkan...

Penjelasan Peguam Nizar
May 13th, 2009 MOHAMED HANIPA MAIDIN

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah? Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu.

Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan; Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan (yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah “quo warranto” dikeluarkan kepada Zambry (Responden) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.


d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat- pengkhidmat beliau (seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, SUK) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab- tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekali gus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar (bukannya DS Zambry) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi. Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi. Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang (iaitu Nizar). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman (stay of execution of judgment) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini (12 Mei) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik (special circumstances) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman (dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato’ Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi, Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman (judicial review) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

Komen:
Kemelut ini tidak akan selesai semudah yang dijangkakan setelah muncul keputusan Nizar merupakan MB yang sah. Memang beliau merupakan MB yang sah di peringkat Mahkamah Tinggi setakat ini. MB BN merayu ke peringkat Mahkamah Persekutuan dan kita tunggu keputusan tersebut. Di samping itu BN sedang berusaha keras untuk mengadakan sidang segera bagi membolehkan mereka membuat undi tidak percaya kepada MB Nizar. Sesegera itu juga Nizar ke Istana memohon DUN dibubarkan. Semacam kedua-dua sedang berlumba bila keputusan Mahkamah Persekutuan diisytiharkan nanti. Dari sini timbul pelbagai persoalan yang amat kompleks yang merumitkan lagi kemelut ini seperti berikut...
i. Apakah istana akan bersetuju untuk membubar dewan?.. saya agak pesimistik pada peringkat ini (berasaskan sikap sebelum ini),

ii. Apakah undi tidak percaya yang bakal dibawa oleh BN nanti itu sah? i.e. apakah 'speaker' Ganesan yang dilantik secara koboi itu sah?
iii. Memandangkan belum lagi mengangkat sumpah, apakah boleh 'speaker' baru itu mengendalikan dewan?

iv. Nizar masih menyatakan sidang 7 Mei lepas tidak sah kerana tidak menurut peraturan. Dengan itu apakah semua yang dilantik pada masa itu sah?

v. Kenapa proses mendengar rayuan Zambry didengar oleh seorang Hakim sahaja, sedangkan proses biasanya memerlukan tiga hakim..?

Banyak lagi yang menimbulkan kemusykilan dari penyelesaian dari kemelut yang berpanjangan ini. Hampir semua pihak mendesak kepada pilihanraya baru kecuali BN. Suhakam & pemimpin veteran Ku Li telah turut mendesak dan lebih 40 NGO telah menyerah memo menuntut kuasa dikembalikan kepada orang ramai. Bagi yang masih bermimpi dan syok sendiri tetap tidak nampak akan keperluan itu. Teringat saya kepada frasa popular Lord Acton...Power tends to corrupt and absolute power corrupts absolutely...

Friday, May 8, 2009

Langkah terdesak, takut kalah Pilihanraya Kecil

ISA: Tiga pemimpin Hindraf bebas
May 8, 09 12:34pm Malaysiakini.com

Tiga pemimpin Hindraf - masih berada di kem tahanan Kamunting - bersama 10 yang lain akan dibebaskan daripada kurungan Akta Keselamatan Dalam Negeri, demikian diumumkan hari ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein membuat pengumuman demikian di sidang media khas di Putrajaya sebentar tadi.

Tiga pemimpin ini termasuk ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan, dan penasihat undang-undang Hindraf, P Uthayakumar. Mereka akan dibebaskan dalam waktu terdekat apabila proses dokumentasi pembebasan selesai, kata Hishammuddin lagi.

Daripada lima tokoh terkanan Hindraf yang ditahan pada Disember 2007 bawah akta kontroversi tersebut, dua daripadanya telah dibebaskan awal bulan lalu sejurus selepas Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 3 April. R Kenghadharan dan V Ganabatirau dibebaskan bersyarat dalam kumpulan 13 tahanan ISA seperti diumumkan Najib sewaktu ucapan sulungnya ke seluruh negara. Seorang lagi T Vasantha Kumar akan dibebaskan bersama Manoharan - yang menimbangkan untuk melepaskan jawatan ADUN baru-baru ini dengan alasan gagal berkhidmat kepada para pengundi kawasannya.

Tahanan lain yang akan dibebaskan: Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil dan Admi Pindatun (Malaysia), Zainun Rasyid dan Aboud Ghafar Shahril (Indonesia), dan Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih (Filipina). "Pembebasan kesemua tahanan rakyat tempatan akan dibuat dalam tempoh dua tiga hari lagi sebaik semua proses dokumentasi selesai dan tahanan warga asing pula akan dibebaskan selepas kita mengatur dan mengambil tindakan pengusiran dengan pihak Manila dan Jakarta," kata Hishammuddin kepada pemberita di pejabatnya.

Menjawab satu soalan, beliau menafikan pembebasan Manoharan ada kaitan dengan hasrat pemimpin Hindraf itu untuk melepaskan jawatan ADUN. "Jauh sekali. Sebaliknya kita mendapati kesemua yang akan dibebaskan itu tidak lagi menjadi ancaman kepada negara," katanya.

Komen: Berita kemungkinan Manoharan melepaskan kerusi Dun Kota Alam Shah dikeluakan dalam media alternatif dan blog ini pada minggu lepas. Bimbang akan ianya benar-benar berlaku, tindakan segera membebaskannya dilakukan. Pilihanraya kecil adalah suatu yang amat ditakuti oleh BN kini, apabila spirit atau morale semakin jatuh setiap kali keputusan dikeluarkan. Ia harus disekat hatta sanggup melepaskan tahanan. Di mana undang-undang yang telus? Tidak kah lebih dihormati dan disanjungi jika kebebasan itu berlaku diluar tekanan pembangkang, seperti semasa pelantikan PM baru atau ketika menyambut suatu hari yang bersejarah. Dengan tindakan yang dilakukan atas tekanan ini menunjukkan lagi ketewasan itu berterusan. Hindraf, Pakatan dan pejuang hak asasi terus bersorak lagi nampaknya. Mereka sedang memikirkan tuntutan lain dan tekanan lain. Pihak yang tersepit terlalu defensif kini kerana tindakan terburu-buru sendiri. Senjata kadangkala boleh memakan tuan.

Thursday, May 7, 2009

Used to be in Taiwan & Korea...sadly it is in Malaysia under the brand new regime

Sivakumar dragged out, BN speaker takes over
May 7, 09 8:24am LIVE REPORTS Malaysiakini.com

.... 2.55pm: The same group of 'officials' escort Ganesan to the speaker's chair and the speaker then started chairing the sitting.

2.41pm: Several uniformed police personnel grab hold of Sivakumar and forcibly remove him from the speaker's chair. He was then dragged out of the House by a group of plainclothes personnel wearing tags which read 'official'.
Sivakumar resists and shouts, "I am the legal speaker. Why am I being treated like this?" It cannot be ascertained if these were police personnel. Pakatan reps try to shield him but more plainclothes personnel enter the House and manage to breakthrough the human barricade. Several Pakatan reps are also dragged out and the ensuing melee sees several flower pots in the assembly are smashed.

2.35pm: Attempts by the sergeant-at-arms and state assembly staff to remove Sivakumar are being resisted by the speaker and Pakatan reps. Some other Pakatan assembly persons are continuing with their attempts to eject BN speaker Ganesan from the house.

2.30pm: The situation is still chaotic in the house. The sergeant-at-arms is now trying to remove Sivakumar from the speaker's chair to allow Ganesan to assume the chair.

Comment: A significant historical incident happened in Perak DUN today 7 May 2009, but scarce of news appeared in mainstream media in Malaysia. Malaysiakini has taken an important task in providing detail reports of the incident every 5 or 10 minutes. Taken here is only a small portion of it, only the peak of the event, when law of the jungle took place. Where are we heading...? 1Malaysia and Islam Hadhari? Wawasan 2020 and open democracy?.. as many times claimed by the prime ministers, current and previous ones... Darker Ages i guess...

Wednesday, May 6, 2009

Kena Pecat, Kena Tangkap, Kena Sembur Makin Menjadi-jadi

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus
Jimadie Shah Othman May 5, 09 4:24pm Malaysiakini.com

Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu. Syamsul Firdaus Mohamed Supri, 36, menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.

Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan. Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Umar Al-khattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini, beliau digantung daripada menyampaikan khutbah antara 1 Mac hingga 30 April oleh pentadbiran masjid itu tanpa sebarang siasatan dalaman walaupun beliau memohon berbuat demikian. Beliau difahamkan, tindakan tersebut diambil susulan bantahan seorang ahli parlimen BN yang menetap berhampiran masjid tersebut - beberapa ratus meter dari rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Setiamurni 8 - yang mendengar khutbahnya pada 20 Februari.

Syamsul juga mengucapkan terima kasih kepada Anwar yang menghubungi seorang ahli jawatankuasa masjid itu semalam, yang tidak dinamakan, dan meninggalkan pesan kepadanya supaya bersabar.Mengulas lanjut isi khutbah yang dipertikaikan itu, Shamsul berkata, beliau hanya "menambah sedikit" mesej "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" dalam khutbah kedua kerana perkara itu biasa dilakukan oleh khatib. Tambahnya, dalam khutbah pertama, beliau membacakan teks penuh yang dibekalkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berjudul "Petunjuk dari Kesesatan" tanpa sebarang tokok tambah.

Selama kira-kira 10 tahun berkhidmat di masjid berkenaan sejak 1 Disember 1998, Shamsul mendakwa tidak pernah mendapat teguran daripada ahli kariah kawasan itu. Beliau juga berkata tidak pernah aktif dalam politik pembangkang yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan tindakan. "Sokong-sokong itu biasalah," tambahnya, sambil mendakwa inilah kali pertama imam dipecat di masjid itu. Ditanya sama ada beliau berhajat merayu atau mengambil tindakan undang-undang terhadap majikannya kerana "yakin berada di pihak yang benar", Shamsul berkata: "Saya tidak hendak panjangkan lagi (perkara ini). Saya pun bercadang hendak buat kerja lain."

Bapa kepada dua anak itu dikehendaki mengosongkan rumah imam di Jalan Setiajasa, Bukit Damansara – milik masjid itu – yang didudukinya dalam tempoh tiga bulan. Beliau bagaimanapun bercadang berpindah Jun ini. Shamsul berstatus imam lantikan masjid dan bukannya kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) seperti dua lagi imam di masjid itu.

Komen: Regim Pak Lah telah berlalu. Kritikan selalu dilemparkan kepada regim beliau kerana dilihat tidak cergas. Kini regim telah berganti kepada PM baru. Keadaan tidak cergas telah dibenteras. Kini kelihatan agensi State amat cergas dalam regim kali ini hatta di dalam mesjid. Kita selalu menolak apa yang kita miliki dengan harapan yang baru lebih damai, positif dan lebih menguntungkan. Namun kadangkala kita tersilap dan lebih aneh kita tidak pernah mahu belajar dari kesilapan itu.

Tuesday, May 5, 2009

There Comes RPK Again...!!!

RPK reveals his 'source' on Altantuya allegations
May 5, 09 6:34pm Malaysiakini.com

Popular blogger Raja Petra Kamarudin, in a posting today, revealed what he claimed was his source for his sensational allegation that Malaysia’s first lady Rosmah Mansor was at the scene when a Mongolian woman was murdered.

According to Raja Petra, the information came from Lt Kol Azmi Zainal Abidin, who is the "number two in the Special Branch of the Military Intelligence". In a posting which appeared in Raja Petra’s Malaysia Today website, the controversial blogger said he was put in touch with Lt Kol Azmi by one of his long-standing friends - Nik Azmi Nik Daud, who is an aide to Umno veteran leader Tengku Razaleigh Hamzah. Raja Petra’s revelations were made in his trademark colourful style in the form of a dialogue between him and his police interrogators when he was detained under the Internal Security Act last August.

When asked by his interrogators whether he could trust his source since he did not know him, Raja Petra reportedly answered: “I don’t know him well enough to trust him all the way. But the person who introduced us is a very old friend. “I’ve known him for about 45 years, longer than I’ve known my wife. And I trust my friend. My friend gave me his personal assurance that the story is legit.” According to Raja Petra, he had also sought help from a few other people to vouch for Lt Kol Azmi’s credibility, among them PKR de facto leader Anwar Ibrahim through his aide, Din Merican.

“I also asked John Pang, who also works for Ku Li (Tengku Razaleigh), to check with Ku Li whether Lt Kol Azmi’s information is reliable. I told John what Lt Kol Azmi told us and asked him to inform Ku Li about it. John confirmed that Lt Kol Azmi told Ku Li the same thing and that the information is reliable.” Pang, who is an aide to Razaleigh, said he did receive a phone call from Raja Petra regarding the matter.

“Yes, Raja Petra did ask me about it and I confirmed that Ku Li was aware of the story,” said Pang when contacted today.He added that his boss did not dispute Raja Petra’s account pertaining to his contact with Lt Kol Azmi. Razaleigh has declined to comment apart from saying, “Read the (Raja Petra’s) blog.” According to Pang, Nik Azmi is not an official member of Razaleigh's staff.

Misgivings in signing statutory declaration Raja Petra also revealed that he had misgivings in signing a statutory declaration based on the information which he received from Lt Kol Azmi. “I told Bull (Nik Azmi) I was a bit worried about signing a statutory declaration because the government will surely arrest and charge me if I do. I felt an article would be safer. “But Bull disagreed. He felt an article was not strong enough. Bull said if anything happens to me they would go to court to testify that what I had signed is the truth. Bull assured me they would not allow me to rot in jail. So, on June 18 (2008), I signed the statutory declaration.”

Raja Petra, 59, has been charged for criminal defamation in a statutory declaration which he signed implicating Rosmah, who is wife of Prime Minister Najib Abdul Razak, and two others in the grisly murder of Altantuya Shaariibuu in 2006. He has also charged with sedition for his posting ‘Let’s send Altantuya murderers to hell’, but he failed to turn up in court last month. Sessions judge Rozina Ayob had subsequently issued an arrest warrant for Raja Petra.

Now a fugitive, Raja Petra’s whereabouts is unknown. Raja Petra also claimed that former minister Jamaluddin Jarjis, who is from Najib’s home state of Pahang, had contacted him to “make a deal”. “We drove to a roadside stall in Jalan Ipoh (in Kuala Lumpur) and sat there and talked. JJ (Jamaluddin Jarjis) told me that Najib had asked him to meet me to make a deal. I asked him whether Najib really knows we are meeting and whether he had endorsed or sanctioned the meeting and JJ replied that our meeting was on Najib’s instructions,” Raja Petra allegedly told his interrogators. “We spent about an hour talking.

The bottom line is he wanted me to stop writing about Najib and Altantuya. He also asked me whether I could delay my sedition trial until Najib becomes the prime minister. Once Najib is installed as prime minister, they will drop the charges against me. I will also receive a monthly allowance of RM30,000 for my cooperation. He didn’t say for how long though.”

Raja Petra said that he did not make the deal and soon after he signed the statutory declaration. Meanwhile, veteran opposition leader Lim Kit Siang said that Raja Petra’s latest revelation has again show the urgent need for a royal commission to probe the scandal. “I had repeatedly made in Parliament for a royal commission of inquiry to deal with all the allegations haunting and hounding Najib, especially as he had said that he was innocent and had not done anything wrong,” he said. Raja Petra's statutory declaration

Comment:
For some reasons, I rather reserve my comment this time.
Feel free to say yes or no to this story...